Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, December 29, 2011

Suka Duka 2011

Diam tak diam, 2011 hampir melabuhkan tirainya. Macam biasa jugak, dalam setahun ni pasti ada peristiwa suka dan duka yang aku lalui. Begitu juga perubahan-perubahan yang aku lalui walaupun tak banyak. Tapi kadang-kadang aku rasa macam waktu dah terhenti atau mungkin aku yang ditinggalkan waktu. Mungkin kehidupan aku yang agak kosong ni menyebabkan aku kurang gembira dan seolah-seolah terperangkap dalam satu ruangan yang tiada siapa pun fahami apa yang aku alami. Aku tahu hidup ini bukan hanya untuk gembira, sebab kadang-kadang kesedihan yang buat aku kuat.

Perubahan yang paling ketara pada tahun ni ialah aku mula kerja tetap (selamat tinggal dunia pengangguran,haha). Walaupun pada mulanya aku hampir berhenti sebab rasa kerja tu sangatlah tak sesuai dengan aku, namun berkat kesabaran atas nasihat kawan baik dan sebab terdesak nak duit bayar hutang along PTPTN, aku teruskan jua. Alhamdullilah keadaan aku sekarang lebih baik berbanding sebelum ni. Dapat jugak naik pangkat walaupun kerja tak sampai setahun pun.hehe. Tapi bila datang time stress, selalu jugak pikir nak cari kerja lain.haha.

Kedua, aku dapat lagi sorang anak sedara. maka bertambah la hero dalam family. Happy tengok baby ni sebenarnya. Anak sendiri? maknya belum jumpa lagi.haha. Bukan senang nak cari sekarang ni.Kalau orang tanya bila nak kawin, jawapan aku belum bertemu jodoh lagi. Sila jangan tanya lagi.haha

Ketiga, aku rasa macam aku dah masuk ke transisi alam yang lebih dewasa bila mnginjak ke usia 25 tahun. Aku mula melihat dunia dari sisi yang berbeza. Jika dulu aku sibuk berimpian itu ini, sekarang aku mula berfikir bagaimana untuk merealisasikan impian itu. Ada yang mungkin tercapai dan ada yang macam mustahil je.huhu.

Dari segi fizikal rasanya takde perubahan sangat, masih maintain kurus macam dulu. Cuma sejak aku mengamalkan makan pagi (dulu aku langsung tak makan pagi), aku rasa perut macam dah sedikit maju ke hadapan.Perubahan ni memang agak merungsingkan aku.haha.

Apa yang duka 2011? rasanya macam takde sangat, cuma bila tengok kawa-kawan mula kawin sorang demi sorang, terasa jugak la ketinggalannya aku ni.haha. Nak tipu diri sendiri memang tak dapat la sebab aku sentiasa berbicara dengan diri sendiri. Apatah lagi baru-baru ni ex aku dah bertunang. Lagi la aku stress sebab aku ingat nak kawin sebelum dia kawin.hahaha.

Walau apapun aku rasa 2011 lebih berwarna-warni berbanding 2010 yang suram je. Diharap 2012 nanti akan jadi pelangi pulak, indah dan ceria. hee

"...Selamat Datang 2012..."


~ There's just too much that time cannot erase ~

Monday, December 26, 2011

Lagu Dengan Nama Gadis

Kalau korang seorang peminat lagu-lagu melayu, pasi korang akan perasan banyak lagu-lagu melayu kita ni guna nama gadis sebagai tajuk lagu. Kalau guna nama gadis ni, boleh menampakkan tahap kejiwangan yang tinggi dan berani sebab luahkan rasa cinta terus pada si empunya diri. Takde pakai kiasan dah. Terus sebut nama. Manakala golongan gadis-gadis pulak mestilah suka benar bila namanya disebut-sebut oleh penyanyi tersebut walaupun mungkin hanya sekadar kebetulan je kena dengan namanya.hehe. Bagi golongan jejaka pulak boleh dibuat modal untuk memujuk awek beliau kalau awek tu merajuk ke apa. Boleh tuju lagu contohnya lagu Rozana -Search dituju buat awek bernama rozana.

Thursday, December 22, 2011

Dari Sinar Mata 17

"...start the day with something sweet and end it with something sweeter..."

Bangun je pagi tadi aku dah dapat sms dari Lia. Bila aku baca je memang buat ku tersenyum sorang-sorang. Alahai bahagia rasanya. Kalau tiap-tiap hari camni kan bagus. Dan kebahagiaan aku dibawa sampai ke office. Mungkin ada yang perasan aku tersenyum lain macam sikit hari ni, tapi pedulikanlah mereka. Yang penting aku bahagia. Dalam ramai-ramai staf yang aku terserempak pagi ni, cuma sorang je yang tegur.

" Senyum manjang je Encik Ridzwan, ada apa-apa good news ke malam tadi," Dia menegur sambil tersenyum jugak. Alamak sape nama dia ni? aku boleh pulak lupa.

" Eh takde apelah, kita kena selalu senyum, baru orang suka," Aku tersenyum lagi padanya. Dia turut membalas senyuman aku dan berlalu. Tapi ada sesuatu dalam senyumannya tu. Macam dia tahu je kenapa aku senyum pagi ni.

Tiba-tiba aku baru teringat. Bukan ke tadi tu Ida budak HR Department merangkap sepupu Lia? Adoi macamana aku boleh lupa ni? padahal bukan ramai sangat pun staff dalam office ni. Mesti Lia ada cerita apa-apa dekat dia pasal aku. Entah-entah dia jadi spy Lia kot? Rasa muka macam dah merah je ni. Cepat-cepat aku masuk ke bilik aku. Takut terserempak dengan sape-sape lagi.

Monday, December 19, 2011

Antara Target dan Realiti


" Saya  nak kahwin sebelum umur 30 " - Lelaki sentimental

" Saya nak bina rumah atas bukit " - gadis pencinta alam

" gua nak masuk selekoh dengan kelajuan 180km/j " - mat rempit sejati


Aku pasti setiap manusia atas muka bumi ni punyai target atau cita-cita yang ingin dicapai dalam hidup mereka. Itu adalah fitrah semulajadi manusia yang berakal sihat. Punya impian dan cita-cita. Mengharapkan sesuatu yang indah bagi melengkapkan kitaran hidup seorang manusia dan juga memenuhi keperluan dan kehendak sendiri.

Thursday, December 15, 2011

Dari Sinar Mata 16

Minggu depan Lia dah nak Final exam, tapi entah kenapa malam ni aku terasa nak sangat-sangat dengar suara dia. Memang senang je nak atasi masalah aku ni. Aku boleh call je dia terus. Tapi aku takut mengganggu dia pulak. Manalah tahu dia tengah kusyuk study sampai lupa nak letak mana telefon. Tak best pulak rasanya kalau mengganggu konsentrasi dia tu. Tapi aku pulak yang merana nanti. Dah seminggu aku tak call dia sebab kesibukan yang melanda. Letih pulak rasanya berfikir ni. Dilema betul rasanya.

Akhirnya aku buat keputusan setelah empat kali ulang lagu Bila Terasa Rindu - Dafi. Aku akan hantar SMS je kat Lia. Kalau dia balas tu maknanya dia tak busy sangat la kan?

Monday, December 5, 2011

Name Card Zaman Sekolah

Pieces of My Memories

masa ni Titanic tengah meletup di pawagam...haha


Pernah tengok tak name card camni? Kalau budak-budak yang sekolah zaman 90-an mesti ada yang pernah tengok. Aku buat name card ni masa darjah 6, tahun 98. Mula-mula aku tak minat sangat buat mende ni sebab aku fikir membazir je sume tu. Satu set kad  ni ada 12 keping dengan harga RM3. Aku yang pada masa tu lebih berminat melabur duit untuk beli komik DragonBall memang tak pandang benda-benda alah macam tu.haha

Pada aku, syarikat yang buat namecard ni memang sangat bijak dia punya marketing strategy. Diorang gunakan budak sekolah sebagai ejen untuk jual kad ni sume. Seingat aku syarikat yang keluarkan kad ni kat Penang. Bayangkan macamana pada zaman tu perniagaan diorang boleh sampai kelantan? Satu lagi strategi diorang ialah dengan bagi 1set percuma bagi agen yang dapat 12 orang pelanggan. Maka berlumba-lumba lah budak-budak sekolah aku cari agen.

Disebabkan hampir semua budak kelas aku ada namecard, maka aku terpaksa la menempah satu set. hehe. Mula-mula aku nak buat yang ada design DragonBall. Tapi dah ramai sangat yang pilih design tu. Rasa tak eksklusif la pulak kalau pakai design sama ni. Lalu aku memilih design BSB sebab masa tu aku baru start layan lagu orang putih, dan BSB memang menjadi boyband feveret aku pada masa tu.huhu.

Tapi yang kelakrnya namecard ni cuma ditukar sesama sendiri je dalam kelas. Haha. Tengah aku kemas kotak lama aku semalam aku jumpa koleksi kad yang aku kumpul dulu. Memang aku tersenyum sorang-sorang bila ingat balik zaman tu. Banyak sangat perkara unik zaman aku sekolah dulu. Bila aku tanya adik aku yang masih bersekolah, dia cuma jawab "tak pernah tengok pun, kat mana nak buat ni?". Adoi budak zaman sekarang cuma tau main FB, Twitter ngan blog je.

Sekarang aku dah ada Business card yang real, tapi kenangan name card zaman sekolah memang buat aku senyum lebar... :)

Ni aku punya...haha
ni design paling glemer...

~ masihkah kau ingat? ~

Thursday, December 1, 2011

Dari Sinar Mata 15

Hidup sebagai student Universiti ni memang kadang-kadang boleh buat seseorang rasa stress. Assignment berlambak yang nak kena dibuat sepanjang satu semester. Tu belum ditambah dengan kegiatan-kegiatan lain yang wajib kena join. Kalau assignment senang macam buat homework zaman sekolah dulu takpela jugak, ini nak kena buat research bagai. Kalau yang jenis pemalas, memang copy assignment senior yang lepas-lepas je.

Aku sebenanrnya bukan malas nak siapkan assignmnet. Kalau assignment individu memang kejap je aku boleh siapkan ni. Tapi kalau assignmnet berkumpulan ni yang buat aku malas sikit. Apatah lagi kalau ahli kumpulan tinggal di kolej kediaman yang berbeza. Memang payah nak jumpa. Kalau dah jumpa pun kadang-kadang daripada discuss pasal assignment, jadi discuss pasal gosip artis. Apekejadahnya ini semua? Memang aku hangin betul kalau yang jenis datang discussion tapi berbual pasal benda yang tiada kaitan langsung dengan assignment. Dorang ingat aku banyak sangat masa nak melepak kat situ agaknya.

Monday, November 28, 2011

Menggapai Pelangi Indah

Indahnya hidup dan kehidupan mungkin bagai pelangi- sekadar indah
dimata namun hanya sementara.Hakikatnya tiada apapun yang dikecapi,
bagai memeluk bayangan cuma. Mungkin juga indahnya hidup dan
kehidupan ini bagai mimpi bertemu sang puteri atau putera idaman hati.
Bila mimpi berakhir di siang hari, segalanya tiada lagi.Sekadar menjadi
kenangan manis yang hakikatnya jauh dari realiti...



~ lumrah pelangi, hadirnya cuma sementara ~

Wednesday, November 23, 2011

Cerita Pasal Kahwin

Semalam aku ke KB Mall sebab mak aku suruh gi ambik dia punya spek (cermin mata) yang ditempah minggu lepas. Sebenarnya aku malas nak gi sana, tambah-tambah musim hujan macam sekarang. Rasa nak drive tu sangatlah malas. Tapi rupanya ada something yang telah diaturkan oleh DIA yang MAHA MENGETAHUI. Rupanya yang kerja kat kedai spek tu kawan lama aku. Kawan sejak Form 2 lagi. Dulu agak rapat la. Tapi lepas dah bawak haluan masing-masing ni, jarang dah jumpa.

Last sekali aku jumpa dia, tahun lepas. Masa tu aku menghadiri wedding dia. Jumpa sekali lagi dah ada  anak pun. Rasa ketinggalan pulak aku ni. Haha.

Monday, November 21, 2011

Bila Hati Dah Sayang

Bila hati dah sayang
semua menjadi indah
marah bagaikan gurauan
bencimu tak ku dendami
apa lagi senyumanmu
ku terbayang kala rindu

Tidak perlu ku jelaskan
apa yang ku inginkan
berkasih biarlah satu
bercinta setia di hati
hanya itu yang ku harap
moga hati kn bersatu

Sepenuh rindu hatiku merindu
debunga cinta penuh di jiwa
terlalu payah nak ku melupakan
bila hati sudah sayang
aku jadi gila bayang
memuja bulan bintang
yang membisu
 
Entah apa lagi ku luahkan
untuk menyatakan cinta
setengah nyawa ku menahan
 
Mabuk cinta
sakit cinta
rindu makin menyesal
namun orang yang disayang
diam bersahaja
 
Usah bermain rasa
jika hanya menduga
nanti tersentuh hati
pedih menyiksa diri
dengarkanlah rayuanku
berikanlah kasih sayang






~ andai laut tidak berombak, pasti pantai akan kesepian ~

Thursday, November 17, 2011

Senyum Mu Enggan Pergi 2


Masih terbayang senyumanmu
semanis pemilik rupa
seindah tutur bicara
sehalus budi pekerti

Puas sudah kucuba
menepis bayangan itu
namun ia masih disitu
seakan sudah sebati dijiwa

Wednesday, November 16, 2011

Bukan Senang Untuk Meluahkan

Dalam hidup ini, seringkali kita berada dalam situasi dilema, umpama tiba dia suatu persimpangan jalan. Harus memilih pilihan jalan. Jika ia mempunyai petanda, maka ianya tidaklah sesukar mana untuk membuat pilihan. Tapi ianya pasti suatu yang sukar jika kita harus membuat pilihan tanpa sebarang petanda. Untuk membuat pilihan yang tepat, pasti mengundang seribu keresahan. Resah gelisah yang bertandang di jiwa pasti menimbulkan kegusaran. Bagaimana harus memilih?

Saat untuk meluahkan rasa cinta juga termasuk dalam dilema Baik lelaki mahupun perempuan pasti berfikir banyak kali sebelum meluahkan rasa cinta kepada insan yang di cintai. Bukan senang untuk meluahkan rasa cinta yang mungkin sudah bertahun lamanya tersimpan di hati. Sehinggakan sampai suatu saat, hati tidak lagi mampu bertahan dalam cinta dalam diam. Rasa cinta itu perlu diluahkan kepada insan yang sepatutnya. Persoalannya bagaimana harus meluahkan?

Monday, November 14, 2011

Cinta Kedai Buku

Fendy masih lagi mundar-mandir dihadapan kedai buku Popular. Fikirannya ligat berfikir samada mahu meneruskan misi separuh segan ni atau batalkan saja niatnya. Namun akibat yang pedih bakal diterima sekiranya misi ini tidak dilaksanakan sebagaimana yang telah diarahkan. Hatinya gundah gulana memikirkan akibat itu. Tapi dia juga tidak sanggup menghadapi kemungkinan kesan yang bakal dihadapi sekiranya misi ini tetap diteruskan. Ini semua gara-gara Sally. Dia lah petualang dalam semua hal yang bakal berlaku ni.

Dengan langkah yang berat, Fendy meneruskan langkah ke kedai buku Popular itu. Ditoleh kiri dan kanan, bimbang jika ada mata-mata yang memerhati mengenali dirinya. Lagaknya yang macam cuak ditambah segan boleh menimbulkan syak wasangka bagi sesiapa yang melihatnya. Tadi dia dah dipandang-pandang jeling-jeling oleh 2 orang pak guard yang kebetulan melalui kawasan itu. Celaka betul, bisik hatinya.

Thursday, November 10, 2011

Dari Sinar Mata 14

Malu sangat-sangat. Itu je yang mampu aku katakan buat masa ni bila ingat balik peristiwa petang tadi. Malu betul bila ingatkan perangai aku yang macam budak perempuan baru nak kenal erti cinta. Nampak sangat aku jealous tak bertempat tadi. Padahal aku dengan Ridzwan belum ada apa-apa ikatan. Nak kata kawan rapat mungkin, tapi kalau nak kata bercinta memang tak la rasanya sebab aku sndiri yang letak syarat supaya dia tunggu aku habis pengajian baru cerita pasal cinta. Sudahnya aku yang malu sendiri.huhu

" Ni my little sis la Lia " eh little sis? aku dah mula rasa muka macam merah kena bakar je. Lebih-lebih lagi bila tengok si Ridzwan ni senyum semacam je. Nak kenakan aku la tu.

" Hai Fina, comel betul Fina ni," aku sempat kembali ke alam nyata. aku tak pandang pun Ridzwan sebab rasanya masa tu dah malu sangat-sangat. Rasa macam nak lari menyorok dalam gua je.hehe

"Eh pandai je akak ni, Fina biasa-biasa je," Nasib baik la Fina ni jenis yang macam budak-budak sikit. Puji sikit je dah blushing macam kena pinang je.huhu

 "Lia, jangan layan sangat budak Fina ni, dia ni ngada-ngada sikit," tiba-tiba si Ridzwan tu menyampuk pulak.

"Biarlah, Along jealous sebenarnya kan?" Balas Fina sambil buat muka. Aku cuma tergelak kecil tengok gelagat dua beradik ni. Hilang rasa malu dan berdebar aku tadi.

Tuesday, November 8, 2011

Dalam Diam Aku Mencintaimu

Lagu dan Kenangan

Disebabkan tiada idea nak update blog, maka aku teruskan siri Lagu dan Kenangan ni. Lagu yang aku pilih kali ni lagu Dalam Diam Aku Mencintaimu - Stings. Lagu ni rasanya kuar tahun 98. Masa tu aku darjah 6. Nampak tak betapa aku dah sentimental sejak kecik lagi? haha

Lagu ni lebih kepada cinta yang dipendam dalam hati, suka tapi tak mampu nak luahkan. Masa aku darjah 6, kelas aku ni dibuat position pelik sikit. Semua pelajar diletak berpasangan lelaki dan perempuan. Meja duduk berdua je semuanya. Mula-mula reason cikgu buat taktik camni sebab taknak bagi bising katanya. Bagi jejaka pemalu macam aku ni memangla menjadi taktik ni. Tapi kalau dah jenis yang bising, arrange macamana pun bising jugak.haha

Wednesday, November 2, 2011

Rindu Serindu - Rindunya

Lagu Dan Kenangan

Pagi semalam aku dapat satu idea masa tengah drive, pasal topik apa yang patut aku update kat blog. Disebabkan aku ni jenis suka melayan lagu, maka ada beberapa lagu yang menjadi kenangan dalam episod hidup aku ni. Ok lagu pertama yang aku pilih ialah lagu Rindu Serindu-rindunya by Spoon...

Lagu ni aku rasa aku dengar tahun 97 time aku darjah 5. Masa tu aku yang baru nak akil baligh ni dilanda satu perasaan jiwang pesen budak-budak. Ini semua gara-gara aku terjatuh cinta dengan awek sebelah rumah dan juga merupakan anak kepada cikgu kat sekolah aku.Haha. Tapi masa tu aku takdela nak pergi cakap i love u atau hantar surat cinta penuh bedak kat dia pun. Sekadar suka dalam hati je pasal aku ni jenis pemalu orangnya.

Sunday, October 30, 2011

Jom Kepoh Tengok Bola

Semalam aku pergi ke Jom Heboh yang diadakan kat Kota Bharu. Mula-mula aku malas nak pegi, tapi lepas diperdaya oleh Mije, aku turutkan jua. Ada Fasha Sandha pakai tudung katanya. Aku pun meredah la lautan manusia untuk sampai ke Stadium Sultan Muhammad ke 4 tu... gile jam..naik lenguh kaki aku pasal aku bawak keta manual je, takde duit nak beli keta auto.haha. 

Bila sampai je sana, aku tengok kemain lagi ramainya orang. Dari baby sampai ke golongan makcik-makcik pun ade. Golongan awek-awek tak payah citela, bersepah. Yang pakai tudung labuh sampaila yang rambut percuma (free hair) sume ade. Tidak ketinggalan golongan brader-brader rempit yang datang jalan-jalan, sengih-sengih pun ade. Pendek kata semua orang datang jom heboh ni sampai aku nak berjalan dh rasa macam orang tawaf je, punyala berhimpit-himpit. Nasib baik aku tak bawak anak aku sekali, (eh bilamasa aku kawin? hahaha).

Friday, October 28, 2011

Dari Sinar Mata 13

Semalam aku rasa macam nak melompat je, nasib baik boleh control lagi sebab masa tu aku tengah makan dengan Bos dan sorang client. Masakan tidak, tengah aku sedap-sedap makan, tiba-tiba ada bunyi sms. Kadang-kadang rasa nak marah jugak kalau ada kalau orang send sms atau call time aku tengah makan ni, tapi ni special punya sms. Lia yang send.

-awak, esok saya balik KB *smile* -

Masa baca sms ni, aku punya senyum memang mengalahkan maskot McDonald agaknya. Sampai Bos aku pun dah pandang semacam je. Tapi dia memang dah paham kalau tengok aku senyum sorang-sorang ni. Bukan sehari dua aku kerja dengan dia. Dah nak dekat 3 tahun rasanya. Bos aku memang best, kalau aku ajak tengok Transformers pun dia still ok lagi.haha. Apekehal cite pasal bos aku pulak ni?

Berbalik pada kisah aku dan Lia, lepas lunch tu, aku terus call dia. Nak tanya jugakla dia balik dengan siapa. Dengan bas katanya. Aku ingat nak jemput dia, tapi dia menolak dengan baik sebab katanya kami belum ada apa-apa. Lagipun aku belum kenal family dia, jadi tak manisla kalau tiba-tiba dia sampai rumah dengan seorang lelaki. Betul jugak katanya. Kenapalah fikiran aku ni banyak ke arah kebaratan? Mungkin sebab aku banyak sangat layan TV Series orang putih agaknya. Rosak pemikiran aku sebagai orang timur ni.huhu

Monday, October 24, 2011

Cerita Kedai Buku

Semalam aku pergi ke satu kedai buku ni (tak payah sebut la kedai mana,huhu) sebab nak cari satu novel. Biasala bila aku boring, memang aku akan ke kedai buku walaupun masa tu takde niat pun nak beli buku. Tapi semalam aku bukan nak beli novel untuk aku, tapi untuk seseorang sebab aku dah janji nak bagi present kat dia. Macam biasa aku masuk kedai buku dan terus ke bahagian novel-novel. Masa tu tak ramai sangat orang. Jadi aku rasa selesa sikit nak tengok-tengok novel. Biasanya pasti ade 2,3 orang budak pompuan kat bahagian tu. Lelaki? jangan harap nak ada.Yang lalu je ade kot. 

Selalunya budak-budak pompuan ni akan pandang aku semacam je kalau aku gi belek-belek novel. Cis ingat lelaki tak baca novel ke? Even penulis pun ramai yang lelaki tau. Tapi aku buat cool je. Nak buat macamana kan mentaliti orang Malaysia ni memang begini. Aku sebagai lelaki yang suka membaca ni terpaksa la menerima dengan hati yang terbuka.haha

Berbalik pada cerita aku tu semula, setelah puas belek-belek, tengok-tengok, pusing-pusing akhirnya aku jumpa novel yang dicari. Aku pun terus ambik novel tu ke kaunter bayaran. Sekali lagi benda yang sama berlaku. Kalau di kaunter dah tentu golongan awek-awek yang jadi cashier. Yang jantan-jantan dah tentu dok bahagian stor untuk kerja-kerja berat.huhu. Ada 2 orang awek yang jaga kaunter tu. Bila aku letak je novel tu atas kaunter, dorang dah senyum-senyum. Sekali lagi aku terpaksa buat cool. Takkan nak marah pulak. Manala tau dia senyum kat orang lain ataupun diorang senyum sebab nak mengorat aku? kehkehkeh


~ pelik sangat ke lelaki baca novel? ~

Sunday, October 16, 2011

Dari Sinar Mata 12

Dah seminggu Atilia bertolak ke Kedah. Seminggu jugak la aku tak menatap senyumannya. Kadang-kadang aku rasa macam mimpi je jumpa dia. Macam seolah-olah aku dalam alam mimpi yang panjang, dan bila aku sedar, dia sebenarnya tidak wujud pun. Mengarut pulak aku ni. Mungkin inilah yang orang cakap over angau, padahal dia tak cakap pun dia suka aku. Sekali lagi aku tengok hadiah yang dia bagi pada malam terakhir kami jumpa. Sampai sekarang aku rasa pelik kenapa dia bagi hadiah ni kat aku.

"Saya ada something nak bagi kat awak" Katanya lembut. Aku dah agak dia nak bagi something sebab aku nampak dia bawak kotak. Takkan dia nak bawak handbag dalam kotak kan? hehe


"Nak bagi apa" Aku cuba control suara supaya tak nampak macam terhegeh-hegeh sangat nak tau hadiah apa, padahal dalam hati aku memang nak sangat tahu apa yang dia nak bagi kat aku tu. Kemudian dia hulurkan kotak warna ungu tu untuk aku. Nak kata besar, takdelah besar mana, tapi takdelah kecik sangat. Aku sampai perlahan-lahan seolah-olah kat kotak tu ada sticker 'Handle with care'.


"Awak bagi apa ni? Macam special je" Aku sengih, dia senyum.


"Nanti sampai rumah, awak bukalah. Jangan buka selagi tak sampai rumah tau, nanti kena sumpahan," Dia senyum ala-ala nak tergelak. Adoila ni yang aku lemah ni.


"Okey, saya bukak kat rumah jela. Thanks ek, buat susah-susah je."


"Takde apela. Lagipun tak adil la kalau saya je yang dapat hadiah,'

Wednesday, October 12, 2011

Teramat Sangat


Teramat Sangat|Aznil Hj Nawawi

Semua di dunia berpasangan,
Ada kiri ada kanan,
Hanya ku tengah sendirian...

Bermacam nasihat ku dengar,
Bermacam petua dah ku cuba,
Tak juga juga berpunya...

Ku lihat orang berpacaran,
Bagai lengkap kehidupan,
Menimbulkan rasa hiba...

Kerna ku rasa sunyi,
Terasa sangat sunyi,
Teramat sangatlah sunyi,
Sunyi sepinya hidup ini...

Ku rasa sepi,
Terasa sangat sepi,
Teramat sangatlah sepi,
Hanya berteman bayang-bayang sendiri...

Hujung minggu ramai yang berhibur,
Di kamar ku seorang termenung,
Menggaru kepala ku bingung...

Dalam berbillion insan di muka bumi,
Ramai yang mencari ku pasti,
Kenapa tak cari di sini...

Ku lihat orang bergumbira,
Dengan insan yang tercinta,
Apapun yang malang...

Ku masih terasa sunyi,
Terasa sangat sunyi,
Teramat sangatlah sunyi,
Sunyi sepinya hidup ini...

Ku rasa sepi,
Terasa sangat sepi,
Teramat sangatlah sepi,
Hanya berteman bayang-bayang sendiri...

Andai kata ku terjumpa,
Si dia yang sudi bersama,
Barulah rasa erti cinta,
Kan lebih bermakna...

Ku rasa sunyi,
Terasa sangat sunyi,
Teramat sangatlah sunyi,
Sunyi sepinya hidup ini...







~ Alone in the dark ~

Wednesday, October 5, 2011

Dari Sinar Mata 11

Sejak hari tu, rasanya dah seminggu aku tak jumpa Atie. Ada jugak aku call dia 2,3 kali. Entah kenapa tiba-tiba aku jadi sibuk. Sibuk tambah serabut. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku serabut. Mungkin sebab aku terlalu banyak berfikir kot. Ni la sebabnya aku cepat stress. Aku ni jenis suka fikir banyak sangat. Kadang-kadang sampai terfikir hal-hal yang negatif. Agaknya kalau otak aku ni macam processor computer, mesti dah kena tambah extra fan sebab nak kasi sejuk.haha.

Esok Atie dah nak bertolak ke UUM. Aku offer diri nak hantar dia, tapi dia tolak sebab dah janji dengan kawan katanya. Lagipun bila aku fikir-fikir balik, memang tak patut pun aku yang hantar dia. Aku belum ada apa-apa ikatan dengan dia pun. Malam ni aku janji nak jumpa dia. Yela lepas ni entah bila baru aku dapat jumpa dia kan. Mungkin malam ni akan hala tuju hubungan aku dengan dia.


*****

Ridzwan, setiap kali aku teringatkan dia pasti aku tersenyum. Tak pernah ada lelaki yang sebegitu bersungguh-sungguh semata-mata nak dapatkan nombor  telefon aku. Masih aku ingat bagaimana kecewanya dia apabila tak dapat nombor last dulu. Padahal kalau dia dapat nombor tu sekalipun, belum tentu aku akan jatuh cinta dengan dia. Tapi dia buat aku kagum, kagum dengan kesungguhan dia. Bukan sekali aku test dia. Tapi dia tetap sabar. Kadang-kadang sikapnya tu buat aku rasa bahagia, rasa dihargai, rasa diperlukan. Aku dah jatuh cinta ke ni? hehe

Monday, September 26, 2011

Dari Sinar Mata 10

Tak ku sangka, tak ku duga. Atie yang aku kenal tu sebenarnya seorang budak Universiti. Bukan aku nak merendahkan orang yang bekerja kat kedai makan, tapi itulah hakikatnya. Setahu aku budak-budak sekarang ni bukannya rajin sangat nak buat kerja part-time ni. Lebih-lebih lagi time cuti semester yang diistilahkan sebagai honeymoon selepas penat belajar selama 1 semester. Aku juga pernah melalui zaman tu. Zaman dimana waktu cuti sememangnya digunakan untuk cuti sepenuhnya. Masa cuti digunakan untuk bermalas-malasan dengan alasan nak merehatkan otak. ceh.

Tapi itu bukan masalah besar. Bagi aku lagi bagus kalau macam tu. Yang menjadi masalahnya, aku dah janji nak tunggu dia. Bukan seminggu dua, tapi setahun. Adoi camne ni. Terlajak kereta, ada gear reverse, terlajak kata lu tanggung la sendiri. Dan aku bukanlah seorang lelaki yang suka bagi janji kosong. Janji harus ditepati.

******

"Kau betul ke suka kat Ridzwan tu?" Atie dah buat nada macam mak yang tengah risaukan anak daranya.

Sunday, September 18, 2011

Dari Sinar Mata 9

"Esok datang tau, kalau tak datang dah tak dapat sampai bila-bila"

Kata-kata Atie malam tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Misteri betul dengan perkataan 'sampai bila-bila' tu. Kadang-kadang aku rasa macam nak fikir bukan-bukan pun ada. Dahla aku ni jenis yang suka berfikir. Malam tadi pun tidur lambat. Semuanya pasal kata-kata Atie tu. Kalau nak ditafsirkan, macam-macam makna yang boleh difikirkan. Tapi aku nak tahu apa yang dia fikirkan. Atie ni betul-betul suka buat suspen la. Agaknya dia suka baca novel jenis penyiasatan. Nak bagi orang suspen dan tertunggu-tunggu je selalu. haish...

Tiba-tiba ada bunyi hon dari belakang. Alamak traffic light dah hijau. Macamana la aku boleh lupa aku tengah drive sekarang? Bahaya betul perangai camni.haha. Orang belakang ni pun tak boleh ke sabar sikit? Bukannya aku tidur dalam kereta pun, berangan kejap je.hehe. Perjalanan di teruskan. Sebenarnya aku cuti hari ni. Bukan cuti sebab nak jumpa Atie, tapi memang hari sabtu aku tak kerja. Tapi selalunya hari sabtu ni la hari untuk aku rehat-rehat kat rumah, namun hari ni aku terpaksa keluar jugak. Nak jumpa Atie punya pasal. Kata orang cinta memerlukan pengorbanan. Sejak bila aku mula peduli dengan kata orang ni? hehe. Kata orang lagi, cinta ni boleh mengubah seseorang. Dah berubahkah aku?

Tuesday, September 13, 2011

I'LL NEVER BREAK YOUR HEART

Dedicated to someone
(Sila jangan tanya siapa..hee)

"I'll Never Break Your Heart"


Baby, I know you're hurting
Right now you feel like you could never
Love again
Now all I ask is for a chance
To prove that I love you


From the first day
That I saw your smiling face
Honey, I knew that we would
Be together forever
Ooh when I asked you out
You said no but I found out
Darling that you'd been hurt
You felt like you'd never love again
I deserve a try honey just once
Give me a chance and I'll prove this all wrong
You walked in, you were so quick to judge
But honey he' s nothing like me

I'll never break your heart
I'll never make you cry
I'd rather die than live without you
I'll give you all of me
Honey, that's no lie

As time goes by
You will get to know me
A little more better
Girl that's the way love goes baby, baby
And I know you're afraid
To let your feelings show
And I understand
Girl, it's time to let go
I deserve a try honey
Just once
Give me a chance and I'll prove this all wrong
You walked in, you were so quick to judge
But honey he's nothing like me
Darling why can't you see?

No way, no how (I'll never break your heart girl, I'll never make you cry)
I swear (Oh I, oh I, I swear)
No way, no how (I'll never break your heart girl, I'll never make you cry)

I PROMISE






~ hoping for the best ~

Monday, September 12, 2011

Random #1

Ni antara entry yang jarang-jarang aku tulis kecuali time-time tertentu. (Macam sekarang)

Entah kenapa malam ni aku rasa sangat kosong. Kosong sangat-sangat. Bukak FB pun dah tak rasa apa, makin menyakitkan hati adala. Ditambah pulak dengan lagu-lagu sedih yang dipasang dalam playlist winamp aku. (aku pun tak tahu kenapa aku suka sangat layan lagu sedih-sedih ni).makin bertambah rasa kekosongan tu. Dan aku pulak tiba-tiba rasa rajin nak update blog. Memang luar alam jugakla perbuatan aku ni.

Nak termenung, bulan seakan merajuk, menghilang di balik awan. Malam makin kelam, hati makin hilang. Nak tidur, mata seakan memboikot, puas dipejam , tak jua lena kunjung tiba. Hati makin hilang. nak berbicara, tiada siapa untuk dibuka bicara. Pedih memang pedih, letih jangan ditanya lagi.

Puas berfikir, otak penat, jiwa kosong, hati kelam. Jika hati ada taman, mungkin taman tu dah layu, macam rumput kena racun rumpai. Kuning, tiada jiwa, seakan dilanda musim luruh. semuanya seolah runtuh, luruh.. Menyusuri malam, kelam tak bertemu cahaya. mencari sinar, tiada muncul jua.

Menunggu pagi, mengharap sinar kembali. Mungkin ada sinar yang menanti, selagi hayat masih diberi...






~ rasa macam nak berhenti berharap ~

Wednesday, September 7, 2011

Dari Sinar Mata 8

Sekarang dah pukul 9.17, rasanya dah macam time yang sesuai untuk call dia. Mesti dia dah dinner kan? Tapi kalau dia tengah dinner macamana? Nanti mengganggu dia pulak. Aku ni bukannya jenis yang suka ganggu orang makan, nanti sebab aku call selera dia terbantut. Kalau dia tak cukup makan, mesti mak dia marah aku pulak. Eh bila masa mak dia kenal aku? hehe. Tapi rasanya kalau aku tak call dia, sampai lusa pun belum tentu dia call aku. Call jela... Tiba-tiba ada bunyi sms sampai. Bila aku tengok nama sender, Atie rupanya.

-Awak, thanks ek bagi present tu. suke sangat.. *smile* -

Bibir menguntum senyum tanpa dipinta. Aku pun tak tahu macamana aku boleh beli hadiah tu. Masa tengah jalan-jalan aku terpandang benda tu. Terus rasa nak beli. Macam ada aura je yang tarik aku untuk masuk kedai tu dan membeli hadiah tu.

Kalau dia boleh taip sms, maknanya mesti dia tengah free sekarang. Ok cun, boleh call.

" Assalamualaikum " aku memulakan bicara.

" Waalaikumussalam " macam biasa, lembut je suaranya

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Datang Ke Dunia

6 September 2011
8.50am

Sedang aku bersiap sedia nak gi keje, tiba-tiba mak aku menjerit:

"Wan, gi anta akak ni, dia dah nak bersalin"

Aku ingatkan mak aku gurau je, pasal tadi aku tengok akak aku rilek macam takde tanda-tanda orang sakit nak bersalin pun. Lagipun doktor cakap lagi 3 hari 9/9 baru due (nak jugak tarikh cun..haha). Lepas mak aku cakap sekali lagi baru aku percaya. Lalu aku dengan abang ipar aku segera ke Hospital Tengku Anis, nasib dekat je umah aku dengan spital.

Bila dia masuk je bilik bersalin, aku dengan abang ipar aku tunggu kat luar. Merasa jugak aku debarannya. Rupanya macam ni rasanya debaran nak tunggu bini bersalin. Aku tengok abang ipar aku resah gelisah je. Padahal ni dah anak kedua.hehe.

Tiba-tiba dengar suara budak menangis. Masa tu memang aku rasa cam nak nangis pun ada. Tak tau la nak cakap camne. Rasa terharu, gembira dan macam2 lagi rasa ada. Tapi nurse tak bagi masuk lagi. Pastu bos aku pulak call. Tak leh tengok orang senang ke? hadui...huhu.. kena gi keje jap. petangnya baru aku sempat nak gi tengok anak sedara aku yang kedua...




Ni la rupa anak sedara aku tu. Nak dukung, tapi tak berani lagi. hehe... Alhamdulillah Akak aku ok, baby pun ok. Nama belum ada lagi kot.. tapi mesti akak aku dah plan nama dia. Lupa nak cakap, ni baby boy.. nanti abang dia adala geng nak main gusti...haha


~ Tiba-tiba aku rasa dah tiba masa aku bina keluarga sendiri pulak...hee ~

Wednesday, August 24, 2011

Dari Sinar Mata 7

Sejak aku jumpa dengan Atie seminggu lepas, aku langsung tak jumpa dia lagi. Bukan pasal aku dah tak berkenan kat dia ataupun aku di-reject olehnya, tapi sebab aku kena outstation ke Kuantan seminggu.Mula-mula memang rasa sangat berat hati nak pergi, tapi dah memang kerja aku kan. Takkan nak cakap kat Bos aku taknak pergi sebab nak jumpa awek, mau kena pelempang aku.Haha.

Bicara soal hati pulak. Hati mula rasa rindu, atau mungkin jugak sudah angau. Rindu nak tengok senyumannya. Aku saja taknak call dia seminggu. Nak jugak tengok reaksi dia. Kot-kot dia pun rindu aku jugak, dia yang call aku kan. Tapi agak hampa. Dia pun menyepi jugak. Kalau nak ikutkan hati, memang nak aje aku call dia tiap-tiap hari, tapi aku sabarkan je hati ni. Lagu Ku Ingin Kamu-Romance beralun di speaker laptop. Buat aku jadi sentimental je. Takpe, esok pasti aku bertemu dia. Baik aku tido je, lagi cepat datangnya hari esok.Haha

*****

Dah seminggu dia tak call aku. Takkan la sibuk sangat kot. Orang lain pun kerja jugak, tapi takdela sampai macam ni. Entah-entah dia bukan outstation, balik rumah bini kot. Lagipun aku bukannya kenal sangat dia tu. Eh yang aku teringat pasal dia ni kenapa? Bukan dia boyfriend aku pun. Dia nak buat apa, dia punya pasal la kan. Takde kena mengena dengan aku pun. Tapi aku hairan dengan hati aku ni. Kenapa mesti ada rindu? Kenapa mesti nak harapkan dia call aku?

*****

Ridzwan tengok jam lagi. Entah kali ke berapa dia tengok jam pagi ni. Rasa resah gelisah je menunggu tengahari. Mirul yang kepoh dah dihalaunya keluar. Ganggu orang nak buat kerja je. Kerja pun banyak lagi. Namun perasaan untuk siapkan kerja tu sedikit terganggu.Bukan susah mana pun, cuma..ahh susah la nak cakap. Tengok jam lagi. Lambat lagi ke nak pukul 12.30? kalau jam tu berjantina perempuan, pasti dia rasa malu sebab aku asyik tengok dia je dari pagi lagi. Ahh aku dah mula merepek tak tentu pasal.

Friday, August 19, 2011

Gone Too Soon


Simple Plan - Gone Too Soon

Hey there now
Where'd you go
You left me here so unexpected
You changed my life
I hope you know
Cause now I'm lost
So unprotected

In a blink of an eye
I never got to say goodbye

Like a shooting star
Flyin' across the room
So fast so far
You were gone too soon
You're part of me
And I'll never be
The same here without you
You were gone too soon

You were always there
And like shining light
On my darkest days
You were there to guide me

Oh I miss you now
I wish you could see
Just how much your memory
Will always mean to me
In a blink of an eye
I never got to say goodbye

Shine on! shine on!
Onto a better place
Shine on! shine on!
We'll never be the same
Shine on! shine on!

Like a shooting star
Flyin' across the room
So fast so far
You were gone too soon
You're part of me
And I'll never be
The same here without you
You were gone too soon






~ Tertinggal suatu kesan abadi ~


Wednesday, August 17, 2011

Pergi Tak Kembali

17 Ramadhan 1432

6.05pm

Entah macamana tiba-tiba terdetik di hati aku untuk hantar sms kat Anim. Dah agak lama aku tak sms dia. Saja nak ucap selamat berbuka je. Tapi balasan sms yang aku terima membuatkan hampir terlepas henfon ditangan.

-Weh, taw cte x ucuk ninggal?-

Pendek je sms tu. Tapi perkataan ninggal tu buat aku sangat terkejut. lantas aku segera call anim untuk tau berita lebih lanjut. Memang sah ucuk atau Nur Adiana Zainal dah meninggal pukul 2.05 petang.

speechless

Bukan aku nak menidakkan ketentuan Ilahi, namun aku masih terbayang wajahnya yang ceria. Dia selalu bergurau. walau macamana sedih sekalipun dia tetap tabah. Walaupun aku cuma kenal dia melalui FB, namun dia antara kawan FB yang paling rapat. Bukan jenis yang ada ketika senang, time aku susah hati pun dia tetap ada. Bagi nasihat, bagi semangat. Kadang-kadang aku dah rasa macam dia akak aku sebab dia 2 tahun lebih tua. Banyak nasihat yang dia kongsikan. selalu je dia komen kalau aku post status baru, paling kurang pun dia akan like.

Sepanjang aku mengenalinya, banyak dugaan hidup yang dia hadapi. Agak berat pada pandangan aku. Namun dia tetap tabah. Dalam seminggu dua ni, banyak kali dia update pasal sakit dia, semput dan selalu sesak nafas. Aku ingat macam sakit biasa sebab puasa dalam cuaca panas ni. Namun Allah dah tentukan segalanya. Dia dijemput mengadap Pencipta-Nya pada 17 Ramadhan, hari Nuzul Quran. Moga Arwah ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah...





~ aku tengok wall fb arwah penuh dengan ucapan takziah, apa mungkin wall fb aku juga sebegini apabila aku tiada kelak?~

Tuesday, August 16, 2011

Dari Sinar Mata 6

Sekarang dah pukul 9.37... Ah sudah..aku dah lambat. Dahla hari ni first date dengan Atie. Janji nak jumpa pukul 10.Sempat lagi ni. Tapi aku mandi pun belum. Baju pun tak tau nak pakai yang mana lagi. Ni semua gara-gara layan drama jepun malam tadi la. Ingatkan nak layan 1 episod je. Sekali sampai 5 episod. Kan dah lambat bangun.Apa-apa hal pun, mandi dulu la.

Dah pukul 10. Aku baru nak start enjin kereta. Masak la aku kali ni. Dah la kemain lagi susah nak ajak dia keluar. Dah dapat ni aku buat hal pulak. Terjejas la reputasi aku sebagai jejaka yang always punctual. Perasan betul.haha.Mintak-mintak la dia pun datang lambat jugak. Boleh ke mintak camtu? hehe

Waktu aku melangkah masuk ke restoran Four Seasons tu aku dah tertangkap sesusuk tubuh yang cukup aku kenali. Sah Atie dah sampai. Waktu tu dah 10.25. Nak bagi alasan ape ni? Takkan nak cakap aku tolong orang tua melintas jalan? sumpah dia tak percaya nanti. Kalau aku terus terang, takut dia marah pulak. Ah baik cakap yang betul je. Bak kata orang putih Honesty Is The Best Policy. Aku terus mendekati meja yang dia duduk. Berdebar la pulak. Bukan sebab first date, tapi sebab takut datang lambat.hehe.

"Dah lama sampai?" Aku bertanya sebaik saja duduk. Aku tengok dia buat muka selamba.

"Pukul 10.05 tadi" pendek je jawab. marah ke?

"Sorry la saya terbangun lambat tadi" Aku sengih je dengan harapan dia tak akan marah.

"Takpe, biasala lelaki memang suka bangun lambat kalau hari cuti kan?" Ambik kau sedas. kan dah kena.huhu

"Eh takdela. Selalu saya bangun awal, hari ni je terbangun lambat sikit," Aku cuba-cuba nak buat lawak. Akhirnya diaa senyum. Lega.

"Emm ok lah. Awak nak tau sesuatu tak?" Tiba-tiba dia masuk mode serius balik. Janganla dia cakap dia tu sebenarnya bini orang atau tunang orang. Pengsan aku nanti.

"Sebenarnya saya dah lama kenal awak. Sebelum awak jumpa saya kat kedai tu lagi"

"Eh biar betul? Macamana awak boleh kenal saya? Saya bukannya famous macam Mawi, hehe"

"Kat office awak ada tak staff yang nama Ida?"

"Ida?Siti Rohaida?"

"Yup. Ida tu la. Dia tu cousin saya. hehe" Giliran dia pulak gelak.

"Jadi awek yang hantar dia tiap-tiap pagi tu awak la ek?" Tiba-tiba aku boleh teringat pasal Ida. Memang tiap-tiap pagi mesti aku terserempak denga dia kat bawah. Ada sorang awek yang hantar dia dengan motor. Tapi tak pernah bukak helmet.

"Haa pandai pun. Saya la tu" Dia senyum lagi. nampak ceria pulak.

"Patutlah awak senyum je bila nampak saya masa mula-mula saya sampai kedai awak tu kan?"

"Mula-mula saya terkejut jugak. Tak sangka awak sampai kesana."

Alamak, ni berita buruk. Kalau si Ida tu cerita yang bukan-bukan pasal aku macamana? Masak aku kali ni. Tiba-tiba aku rasa nak ke rumah Ida sekarang jugak. Tapi takkan aku nak tinggal Atie kat sini. Blank aku kejap. Aku cuma mampu berharap Ida takkan cerita apa-apa. Tolong la..


Macam biasa... bersambung.... hee



Dah sampai episod 6, bagila komen sket... huhu

~ kepercayaan sesuatu yang penting dalam setiap perhubungan ~

Thursday, August 11, 2011

Writer's Block!

Semenjak dua menjak ni aku mengalami sindrom writer's block... bila aku dok sorang-sorang, macam-macam idea datang dalam kepala aku ni, even tengah drive pun banyak je idea yang muncul apatah lagi ketika beli murtabak di bazar Ramadhan, still datang idea. Namun bila aku duduk elok-elok depan laptop, tiba-tiba BLANK... Tak tau nak taip apa, tak tau nak mula macamana. semuanya terasa KOSONG...

Pada yang menunggu sambungan Dari Sinar Mata, aku mohon maaf banyak2..mungkin lambat sikit boleh sambung... aku perlukan something yang aku sendiri pun belum pasti apa lagi...

Maybe i need a little rest after all... sigh...

credit to motifake.com
~ Diam Dalam Lena ~

Friday, August 5, 2011

Dari Sinar Mata 5

Di depan mata ada 10 helai tisu yang mempunyai 10 nombor. Rasanya dah dekat setengah jam aku merenung tisu-tisu ni. Apa yang ditunggu sudah ada depan mata, namun tiada apa tindakan yang dilakukan. Padahal aritu beria sangat nak nombor telefon budak tu. Sekarang dah dapat tak tahu nak buat apa pulak. Sungguh aneh perasaan ni. Tiba-tiba datang keraguan yang menyentap rasa di hati.adeh...

013-XXXXXX5... nombor telefon Atie di dail lambat-lambat. Hati pulak berdebar-debar. Rasa ni macam pertama kali nak call budak perempuan zaman sekolah dulu je. Waktu tu aku ni bukanlah jenis lelaki yang suka usik-usik budak perempuan. Kalau tegur pun time ada hal-hal penting je. Bukan nak menyombong, tapi memang aku jarang sangat cakap dengan budak perempuan. Tapi sebagai lelaki normal, dah tentu aku pun jatuh cinta jugak. Masa tu kalau couple biasanya dengan budak kelas sendiri atau kelas sebelah je.Hati aku dah berkenan dengan sorang awek ni. Lalu aku usaha cari nombor telefon dia. Tapi bila nak call macam ni la rasanya. Berdebar tak tentu pasal....

"Sebelum call, kau kena pikir paling kurang 5 soalan dulu" Tu pesan Si Mirul untuk aku. Katanya takut tiba-tiba diam takde benda nak cakap.Rugi je kredit tu. Entah boleh pakai ke tak tips si Mirul tu. Dah macam nak interview pulak kalau prepare soalan ni.haha.

Butang call ditekan. Debaran makin terasa. Buat malu je kalau Atie tau aku berdebar camni.

"Hello" Terdengar suara di hujung talian. Sah memang suara dia. Aku takut jugak kalau-kalau dia bagi nombor bapak ke kat aku, tak pasal-pasal kena marah nanti..haha

"Hello, ni Atie ke?" Antara keluar dengan tak je suara aku ni.

"Ye, Atie sini. Sape ni ye?" Suara dia yang comel tu menusuk telinga. Terasa hilang sikit debaran dihati...hehe

"Saya ni regular customer awak," Pendek je aku balas dengan harapan dia faham.

"Ooo yang suka mintak tisu tu eh?" Dia macam nak tergelak je. Amboi nakal nampak.

"A'ah yang tu la. Saya ganggu awak ke ni?" gile sopan ayat aku ni..

"Taklah. saya tengah rehat-rehat sambil layan FB je ni" ade FB tu. nak mintak ke taknak dia FB ni ek?

"Rajin awak layan FB eh, mesti selalu update status ni kan?"

"Taklah, saya saja tengok perkembangan kawan-kawan. Nak tanya sikit boleh?"

"Boleh je, tanyala" Mintak-mintak la dia tak tanya yang bukan-bukan.

"Kenapa ye awak beria-ria nak nombor telefon saya?" Ah soalan ni jugak yang ditanya.

"Emm sebab saya nak kenal awak" Boleh pakai kot jawapan ni.

"Tapi boleh je kenal kat kedai tu kan?"

"Saya taknak ganggu awak kerja, kalau saya ajak awak borak time awak kerja, marah pulak bos awak nanti,hehe" Dia tergelak sama.

"Pandai jugak awak buat lawak eh, ingatkan serius je"

"Kalau nak serius je, cepat tua nanti," Bahagia pulak terasa.

Agak lama jugak perbualan aku dengan Atie. Banyak jugak la yang aku tahu pasal dia. Yang penting aku dah rasa kekok nak borak dengan dia sebab dia jenis yang santai je. Takdela nak skema sangat. Tu yang aku suka. Dalam hati tiba-tiba rasa macam ada taman. hee~

Macam biasa la, bersambung lagi...~


credit to rensquared
~ Tak salah mencuba, cuma janganlah sampai memaksa ~

Monday, July 25, 2011

Dari Sinar Mata 4

" Atie tak baik kau buat dia camtu, kesian aku tengok tadi," Elly masih tak puas hati.

" Ala dia kena tunggu lagi sehari je,hehe" Atie masih lagi tak dapat nak menahan ketawa lepas dengar cerita Elly.

"Terus hilang selera dia tadi tau, aku pulak yang rasa bersalah sebab terbabit dalam rancangan kau ni," Elly masih jugak nak bagi si Atie rasa bersalah.

"Yela-yela esok aku bagila" Dia terus melangkah ke bilik. Tidur lagi bagus..

Bukan dia saja-saja nak buat macam tu. Dia Ada sebab sendiri. Lagipun sesuatu yang sukar diperolehi pasti lebih tinggi nilainya kan? KAN?

*****

 Ridzwan kembali merenung kipas yang sedang berpusing di biliknya. Speaker laptopnya berdentum lagu In The End - Linkin Park. Ni memang lagu kecewa kegemarannya. Memang kalau time-time jiwa dilanda kekecewaan, lagu ini jugaklah yang diulang berkali-kali. Bunyi piano dalam lagu tu betul-betul menusuk jiwa.

Argh yang aku kecewa sangat ni kenapa? bukan aku baru clash dengan awek pun. Mengorat pun belum start lagi. Tapi entah kenapa hati ini rasa suatu perasaan yang sangat kecewa. Hanya tinggal 1 nombor je lagi. Bukan aku malas nak fikir. Memang la 1 nombor lagi tu boleh teka random je dari 0 sampai 9, tapi aku nak nombor tu datang dari dia. Barula nampak kesudian dia nak kawan dengan aku. Kalau dah jadi macam ni, memang terasa dipermainkan je. Entah-entah betul apa yang Mirul cakap, dia cuma nak suruh aku makan kat kedai dia je tiap-tiap hari atau dalam istilah business - Marketing Strategy. Hampeh betul la. Time-time camni buleh teringat pulak silibus time study dulu. Tapi mungkin jugak dia nak test sejauh mana kesungguhan aku nak kawan dengan dia. Bila dia tau aku still gi makan esok, mesti dia nampak keikhlasan hati aku ni. Senyum perlahan-lahan terukir di bibir. Lagu In the End yang dah diulang 12kali diganti dengan lagu Miss You Like Crazy - The Moffats. Jiwang aku malam ni..haha

*****

"Wan betul ke kau nak gi makan kat kedai tu lagi arini?"

" A'ah " pendek je aku jawab. Mirul ni bukan boleh layan sangat.

"Kan awek tu nak main-mainkan kau je? Nanti nampak macam terhegeh-hegeh pulak."

"Kita nak gi makan je kan"

"Eleh macam la aku tak tau tujuan kau tu. Kau ni memang dah angau la,"  Mirul seakan tak berpuas hati.

" Aku gentlemen ok, kalau dah mula, biar sampai habis. Kau nak ikut tak ni?

"Yela aku ikut skali," Mengalah akhirnya.

*****

Suasana kedai ni macam biasa. Time-time camni memang orang baru mula nak datang. Aku dengan Mirul duduk kat tempat biasa. Dan seperti yang aku jangka, Dia muncul jua. Masih dengan senyuman seperti biasa. Seolah tiada apa yang berlaku.

" Order?"

" Nasi goreng ayam dengan milo ais" Mirul terus order.

"Sama" pendek je aku order. Dia senyum lagi dan terus berlalu ke dapur.

Seketika kemudian dia datang membawa hidangan kami. Tiba-tiba Mirul menyampuk.

"Takde tisu ke arini?" hampeh kau Mirul, buat malu aku je. Rasa muka jadi hijau je seketika.

Dia pandang aku dan senyum. Tapi pulak yang rasa macam blushing. Gile malu woi..

"Ada, nanti kejap lagi saya ambik"

lepas je Atie masuk dalam, aku terus membebel kat Mirul.

"Ala aku nak tolong kau je, kang nanti dia buat-buat lupa, kau jugak yang gigit jari," betul jugak kata-kata Mirul tu. Kadang-kadang otak si Mirul ni boleh pakai jugak.

Tiba-tiba dia mucul dengan 2 helai tisu. satu untuk mirul dan satu untuk aku. terus aku tengok belakang tisu.

5 call me when u free -Atie-

yahooo!!!!


To be continue....kehkehkeh







~ Jangan hanya menunggu, ia harus dicari ~

Sunday, July 24, 2011

Lonely Like A Satellite

 
Astronaut - Simple Plan
 
 
Can anybody hear me
Oh am I talking to myself
My mind is running empty
In the search for someone else
Who doesn't look right through me
It's all just static in my head
Can anybody tell me why
I'm lonely like a satellite

'Cause tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted up
Now I'm stuck out here and the world forgot

Can I please come down (come down)
'Cause I'm tired of drifting round and round
Can I please come down

I'm deaf from all the silence
Is it something that I've done
I know that there are millions
I can't be the only one who's so disconnected
It's so different in my head
Can anybody tell me
Why I'm lonely like a satellite

'Cause tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted up
Now I'm stuck out here and the world forgot

Can I please come down (come down)
'Cause I'm tired of drifting round and round
Can I please come down

Now I lie awake and scream in a zero gravity
And it's starting to weigh down on me
Let's abort this mission now
Can I please come down

So tonight I'm calling all astronauts
All the lonely people that the world forgot
If you hear my voice come pick me up
Are you out there

'Cause you're all I've got!

And tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
And I lost all signal when I lifted up
Now I'm stuck out here and the world forgot

'Cause tonight I'm feeling like an astronaut
Sending SOS from this tiny box
To the lonely people that the world forgot
Are you out there
'Cause you're all I've got!
Can I please come down (please please please)
'Cause I'm tired of drifting round and round
(Tired of drifting round)
Can I please come down (please please please)
Can I please come down
Can I please come down

sekadar gambar hiasan  

~ satellite is lonely but it's connecting people ~

Sunday, July 17, 2011

Dari Sinar Mata 3

" Atie, kau serius ke dengan mamat tu?"

"Mamat mana pulak ni?"

"Ala budak yang datang makan tiap-tiap hari kat kedai kita tu"

"Ooo mamat yang aku bagi satu nombor setiap hari tu eh?"

"Yup. Kau ni senang-senang je bagi nombor kat sebarangan orang ek. Beringat sikit, entah-entah dia tu penjahat ke apa," Ada nada risau pada diri Elly.

"Jangan risau la. Aku kenal dia tu. Dia je yang tak kenal aku,hehe"

"Eh dari mana pulak kau kenal dia?" Elly dah terkejut. Atie ni memang perangai suka bagi orang terkejut.

"Adala.Nanti aku cerita ek. Esok dia akan dapat last number. Aku nak test dia sikit. Okey la aku nak mandi dulu ek,"

Atie kau jangan cari pasal dengan orang sudahla ye...

*****

Tuesday, July 12, 2011

Status FB setengah tahun pertama 2011

"...aku menanti kamu everyday..." (Mon, 11 Jul 2011 13:08:56 GMT)
"...i wish i have a Bumblebee..." (Fri, 08 Jul 2011 01:31:26 GMT)
 
"...gua dengar cite Piala LIga Super lagi mahal dari Piala FA..." (Wed, 06 Jul 2011 15:11:10 GMT)
"...tanya sama HATI, pernahkah meRINDU ?..." (Sun, 03 Jul 201113:29:12 GMT)
"...it's been 2 years since the last time we met..." (Fri, 01 Jul 2011 12:52:22 GMT)
"...rindu cuma sehiris rindu..." (Thu, 30 Jun 2011 13:10:53 GMT)
"...lonely like a satellite..." (Tue, 28 Jun 2011 13:06:21 GMT)
"...ku takkan bisa menjadi lebih dari apa yang terdaya..." (Fri, 24 Jun 2011 13:49:47 GMT)
"...andai ku turut rasa hati..." (Tue, 21 Jun 2011 12:57:23 GMT)
"...rindu untuk merindu..." (Mon, 20 Jun 2011 12:55:21 GMT)
"...terkenang kenangan..." (Thu, 16 Jun 2011 12:59:20 GMT)
"...ALHAMDULILLAH..." (Tue, 14 Jun 2011 14:48:07 GMT)
"...ada baiknya gua layan final AF untuk mengubat hati yang luka..." (Sun, 12 Jun 2011 12:55:48 GMT)
"...gua punya kecewa lebih dari si teruna kehilangan awek tersayang..." (Sun, 12 Jun 2011 12:09:18 GMT)
"...30 saat yang celaka..." (Sat, 11 Jun 2011 15:44:35 GMT)
"...kiri duri kanan pun berduri..." (Wed, 08 Jun 2011 13:00:49 GMT)
"...musim-musim macam ni gua memang suka layan lagu cari jodoh-wali band..." (Fri, 03 Jun 2011 13:24:03 GMT)
"...25 is just 24+1...hehe..." (Mon, 30 May 2011 23:48:52 GMT)
"...di sana cinta, di sini rindu..." (Mon, 30 May 2011 12:52:33 GMT)
"...sumpah gua rindu pantai..." (Tue, 24 May 2011 13:32:02 GMT)
"...word of the month - PASRAH..." (Mon, 23 May 2011 13:09:41 GMT)
"...cute pulak gua tengok fina malam ni..." (Sat, 21 May 2011 14:24:06 GMT)
"...siapa kelantan? kelantan adalah pendahulu liga..." (Thu, 19 May 2011 15:04:57 GMT)
"...walaupun gua memakai jersi Happy, namun gua tidakla se-happy mana pun..." (Wed, 18 May 2011 13:32:52 GMT)
"...keberkatan ilmu datangnya dari keredhaan seorang guru..."

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU-GURU MALAYSIA (Sun, 15 May 2011 23:56:36 GMT)
"...Alhamdulillah 5-1..." (Fri, 13 May 2011 14:59:52 GMT)
"...kalau ku pilih disini, apa kata disana?..." (Thu, 12 May 2011 13:40:12 GMT)
"...there's always pain before we can get better..." (Mon, 09 May 2011 12:51:40 GMT)
"...tak guna sokong red warriors kalau tak pegi stadium....haha..." (Sat, 07 May 2011 12:57:44 GMT)
"...mungkin kau tak fahami maksud yang tersembunyi..." (Wed, 04 May 2011 13:12:11 GMT)
"... i thought she knew..." (Mon, 02 May 2011 12:41:44 GMT)
"...mengagumi tanpa dicintai..." (Wed, 20 Apr 2011 12:56:22 GMT)
"...menang atau kalah, the red warriors tetap dihati..." (Sat, 16 Apr 2011 12:44:33 GMT)
"...best jugak ending 6 progresif.. rasa nak sekolah balik je..." (Thu, 14 Apr 2011 13:52:26 GMT)
"...Alhamdulillah .. 6-0..." (Sat, 09 Apr 2011 14:43:54 GMT)
"...di hati sunyi, di jiwa hampa..." (Thu, 07 Apr 2011 13:43:38 GMT)
"...mendung di awan tidak selamanya..." (Wed, 06 Apr 2011 13:18:24 GMT)
"...cun pulak gua tengok ana rafali malam ni..." (Sun, 03 Apr 2011 15:13:53 GMT)
"...thoughts were spinning in my head..." (Sat, 02 Apr 2011 14:06:59 GMT)
"...seribu bayangan aku gambarkan, masih lagi kau tak mengerti..." (Wed, 30 Mar 2011 13:04:30 GMT)
"...rasa macam dah lama tak baca novel..." (Mon, 28 Mar 2011 12:46:48 GMT)
"...yang tersirat itu misteri..." (Sun, 27 Mar 2011 13:08:49 GMT)
"...bila ku kenang ku renung profile facebook mu..." (Mon, 21 Mar 2011 13:47:52 GMT)
"...this is not what i had planned..." (Wed, 16 Mar 2011 13:45:08 GMT)
"...dapatkah putik kan menjadi bunga?..." (Mon, 14 Mar 2011 12:58:58 GMT)
"...musim kenduri kahwin datang lagi..." (Sat, 12 Mar 2011 12:56:47 GMT)
"... don't judge me by my facebook status..." (Tue, 08 Mar 2011 12:54:33 GMT)
"...mengeluh sampai berpeluh..." (Fri, 04 Mar 2011 13:26:02 GMT)
"...ku bicara sendiri, agar terhapus sepi..." (Wed, 02 Mar 2011 13:09:05 GMT)
 dengar cite zaquan nak leburkan kelate malam ni, tgk sape yg lebur? hahaha.... 3-0 bro...!!!! (Tue, 01 Mar 2011 14:43:06 GMT)
"...bila ia bukan lagi seperti yang ku impikan..." (Sat, 26 Feb 2011 13:23:09 GMT)
"...umpama menunggu salji di gurun sahara..." (Thu, 24 Feb 2011 13:58:58 GMT)
"...kusangka ku tabah berdikari, rupanya rapuh untuk berdiri..." (Wed, 23 Feb 2011 13:47:52 GMT)
"...gua busy, gua takde masa nak mengorat..." (Mon, 21 Feb 2011 13:57:03 GMT)
"...jangan pernah berhenti berharap..." (Sun, 20 Feb 2011 13:26:42 GMT)
 Red warriors gomo sokmo!!!! (Fri, 18 Feb 2011 15:39:46 GMT)
"...sedangkan superhero pun perlukan awek, inikan pula insan biasa..." (Thu, 17 Feb 2011 14:00:31 GMT)
"...kan aku dah pesan, jangan terlalu mengaharap..." (Tue, 15 Feb 2011 15:30:25 GMT)
"...terasa macam nak gi ujibakat AF9 la...hahahaha..." (Sun, 13 Feb 2011 04:25:31 GMT)
"...cinta ibarat hantu, ramai yang memperkatakannya, namun cuma sedikit sahaja yang bertemunya..." (Thu, 10 Feb 2011 02:01:20 GMT)
 tukar profile pic sempena game malam ni... (Wed, 09 Feb 2011 02:13:23 GMT)
"...aku bilang kau cantik dan mereka setuju..." (Tue, 08 Feb 2011 01:34:10 GMT)
"...tiada terfikir, tiada terlintas..." (Sun, 06 Feb 2011 14:26:34 GMT)
"...malam bulan dipagar bintang, namun hati masih sepi..." (Sat, 05 Feb 2011 14:43:38 GMT)
"...best jugak layan 6 Progresif..." (Thu, 03 Feb 2011 13:34:12 GMT)
"...layan naruto pun bagus jugak..." (Thu, 03 Feb 2011 03:47:16 GMT)
"...untuk apa ke bulan sedangkan bumi belum habis dijelajahi..." (Wed, 02 Feb 2011 00:54:34 GMT)
 GOMO KELATE GOMO!!! (Sat, 29 Jan 2011 10:54:34 GMT)
"...saya pemandu berhemah, tapi saya selalu kena speedtrap..." (Thu, 27 Jan 2011 14:01:25 GMT)
"...H.A.C.K.S..." (Wed, 26 Jan 2011 01:23:21 GMT)
"...i tried to be perfect, but nothing was worth it..." (Tue, 25 Jan 2011 01:56:10 GMT)
"...peluk baby boleh hilangkan stress..." (Mon, 24 Jan 2011 13:56:02 GMT)
"...terasa macam nak menulis novel..." (Sat, 22 Jan 2011 13:45:56 GMT)
"...suka duka ku silih berganti..." (Fri, 21 Jan 2011 02:42:24 GMT)
"...terasa agak sentimental lepas layan cite Hani..." (Tue, 18 Jan 2011 14:02:34 GMT)
"...terasa memori sudah penuh dengan terlalu banyak perkara di fikiran..." (Sat, 15 Jan 2011 13:23:14 GMT)
"...mungkin nanti..." (Thu, 13 Jan 2011 02:27:40 GMT)
"...saya bukan pilih yang popular, saya pilih yang terbaik..." (Tue, 11 Jan 2011 05:13:02 GMT)
"...sesekali rindu itu pasti datang..." (Mon, 10 Jan 2011 02:33:29 GMT)
"...L for Love, L for Lie..." (Thu, 06 Jan 2011 02:02:26 GMT)
"...berpanas, berhujan, berembun..." (Wed, 05 Jan 2011 04:16:03 GMT)
"...suka betul dengar suara dj Era, Feeya..." (Mon, 03 Jan 2011 03:17:22 GMT)
"...asal tahun baru je, mesti orang nama azam jadi glamer..." (Sat, 01 Jan 2011 13:00:32 GMT)



~ macam biasa, status yang tu masih tak berubah ~

Friday, July 8, 2011

Dari Sinar Mata 2

Malam tu aku tak dapat nak lelapkan mata. Asyik teringat kat awek kedai makan tadi je. Nama dia pun aku lupa nak tanya. Muka cun, nama pun mesti cun kan,hehe. Tapi betul ke dia nak bagi nombor telefon dia kat aku? atau sekadar marketing strategy supaya aku terus gi makan kat kedai dia tiap-tiap hari? Ini yang membuatkan hati lelaki aku ni sedikit gelisah. Ahh belum cuba belum tahu, aku cuba untuk tenangkan perasaan sendiri. Dan aku terus hanyut dibuai mimpi sambil layan lagu Fantasia Bulan Madu.

Keesokan paginya, aku kepejabat seperti biasa. Namun bukan kerja yang aku utamakan saat itu, yang paling aku nantikan adalah waktu lunch. Lambat pulak masa berjalan hari ni. Rasa macam nak pusing jam sendiri pun ada, hehe. Gelisah pulak aku rasa. Nasib baik hari ni tiada kerja urgent yang perlu aku settlekan. Yang tak berapa nak penting tu, aku tolak tepi dulu la. Bukan aku malas nak kerja, cuma aku taknak buat kerja dalam keadaan aku yang serba tak kena ni. Nanti banyak pulak benda silap yang berlaku. Tak pasal-pasal aku kena buat banyak kali. Bos aku tu pulak cerewet bukan main. Salah sikit je kena buat balik semua sekali.

Akhirnya masa yang ditunggu telah tiba. Hari ni aku terpaksa lunch sorang-sorang sebab Mirul dah janji nak temankan awek dia beli periuk untuk mak awek dia tu. Hadoi belum ape-ape dah pandai nak bodek mak mertua.Haha. Tapi aku tengok awek si Mirul tu memang mengada-ngada sikit. Mirul tu pulak mengikut je. Aku nak tegur pun takut putus sahabat pulak. Maklumla orang tengah bercinta ni semuanya nampak cantik.

Aku tiba kat kedai tu dalam pukul 12.45. Aku saje je keluar awal sikit. Kalau lambat-lambat kang takut ramai orang pulak. Takde can la aku nak mintak nombor seterusnya nanti. Dan seperti yang aku jangka, dia yang datang ambik pesanan aku. Tetap manis macam semalam.

"Encik nak makan apa ye arini?" dia bertanya dengan senyuman manis. Cair gua camni..

"Tak payah la nak berencik-encik dengan saya. Panggil Wan je," aku dah keluar ayat standard drama Malaysia,haha.

"Iye Encik Wan nak makan ape?" Dia macam nak gelak-gelak je. Amboi nakal jugak awek ni.

"Saya nak makan Nasi Ayam je hari ni dengan milo ais ek," dia angguk-angguk je.

"Lagi satu, jangan lupa saya nak tisu," giliran aku pulak yang senyum kat dia. Dia pulak dah macam malu-malu je.  "Okey" balasnya ringkas.

Berdebar-debar pulak aku rasa. Selalu tak pernah pulak aku rasa berdebar macam ni time nak lunch. Silap-silap belum makan aku dah kenyang ni.huhu. Macam semalam jugak, dekat 15 minit baru dia keluar balik.Punyala lama aku rasa. Macam 15 jam pun ada.

"selamat menjamu selera" katanya sebaik sahaja meletak pinggan nasi ayam tu kat depan aku.

"Err tisunya mana?" aku pulak jadi segan tiba-tiba.

"Ini tisunya" amboi hari ni dia bawak tisu warna pink untuk aku. macam perli je ni. Cepat-cepat aku bukak tisu tu. dan seperti yang aku dah agak mesti nombor 1 je yang ade.

"takleh bagi semua sekaligus ke?"

"mana boleh, kena satu-satu la." dia gelak pulak.

"Okeyla, tapi bagitau la nama awak dulu"

"Kat sini orang panggil saya Atie je"

"okey selamat berkenalan" Atie rupanya. ingatkan sari yanti..hehe Tiba-tiba ada orang panggil dia sebab nak order makan. Kacau daun betul la makcik tu.

" Saya pergi dulu ye, jumpa lagi esok," dia berlalu sambil meninggalkan senyuman manis untukku. kenyang gua camni...huhu

Alamak bersambung lagi....

~ Cinta itu datang secara tiba-tiba ~

Thursday, July 7, 2011

Liga Super Milik Kami!

Kelantan akhirnya berjaya mengubat luka kecewa untuk menjulang Piala FA dengan berjaya menjuarai Liga Super dengan menewaskan pencabar terdekat iaitu Terengganu dan Selangor. Kejayaan ini sekaligus memberi semula sinar harapan buat seluruh rakyat Kelantan yang sangat mengharapkan kejayaan bagi pasukan kesayangan mereka, The Red Warriors selepas banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi pada musim ini. 

LIGA SUPER MILIK KAMI
credit to oren kecik

~ Harap-harap Piala Malaysia akan terus berada di kelate ~

Monday, June 27, 2011

Dari Sinar Mata

Entah kenapa hari ni aku rasa lain macam. Dari pagi tadi aku terasa seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku pada hari ni. Namun aku cuba buat cool je walaupun hati mula berdebar. Bila tiba lunch time, aku rasa macam malas nak makan kat tempat biasa.

"Rul, agak-agak kita nak makan kat mana arini?"

"Ala tempat biasa la"

"Bosan la, kita cari tempat lain la pulak arini,"

Monday, June 20, 2011

Rindu Untuk Merindu


rindu itu datang lagi
namun pada siapa harus kurindu?

ku cuba menepis rindu
namun ia semakin mencengkam jiwa
semakin kuat setiap hari
seakan lemas dalam rindu

puas kucuba
mencari punca rindu ini
namun jawapan masih sama
tiada siapa untuk dirindu

dalam hati tertanya
"kenapa aku rindu?"
jawapan masih sama
kerana aku rindu untuk merindu...






mungkinkah hatimu milikku...?

Friday, June 10, 2011

Terlalu Mahu, Terlupa Yang Perlu

Ketika aku tengah syok drive waktu balik keje semalam, aku terdengar satu lagu ni. Sebenarnya aku dah dengar lagu ni masa konsert AF dua tiga minggu lepas. (kantoi layan AF..haha). Tapi masa tu aku rasa biasa-biasa je sebab Nubhan yang nyanyi. Rupanya penyanyi asal lagu ni Hazama. Lagu ni ciptaan band Meet Uncle Hussain. Memang sangat best bila Hazama nyanyi. Tambah pulak dengan gitaris MUH yang superb. Tapi yang paling best sebenarnya lirik lagu ni. Walaupun mula-mula dengar macam lirik lagu budak-budak, part yang "tanya sama pokok, ape sebab goyang". Tapi part chorus memang ade something. Aku memang dari dulu suka ayat-ayat yang tersirat ni.

Cakap banyak tak guna, hayati lirik lagu ni Pokok - Meet Uncle Hussain feat Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok...


~ Terlalu leka, terlupa yang utama ~