Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, June 11, 2012

Dari Sinar Mata 25

" Tu macam Lia je," tiba-tiba Mirul bersuara. Segera aku pandang ke arah yang ditunjukkan. Memang sah tu Lia. Nasib baik dia dengan kawan perempuan je, buatnya keluar berdua dengan lelaki, mau jeles lagi aku.

Nak pergi ke taknak ni? Dari jauh aku datang takkan nak tengok je? Nanti habuk pun takde ni. Tiba-tiba Mirul tolak aku.

"Pergi jela, karang ada yang menyesal terjun feri pulak nanti," Dia dan Abang Lan dah sama-sama gelak. Cilake betul di saat genting macam ni diorang pakat bantai gelakkan aku pulak.

Aku pun berjalan perlahan-lahan ke arah Lia and the geng, segan ade, malu ada, berdebar pun ada jugak. Aiseh camne nak start nih? Time ni la aku nak jadi kelu seribu bahasa. Menyampah pulak dengan diri sendiri.

"Lia," pendek je aku sebut dengan harapan dia mendengar. Dan dia memang mendengar sebab dia berpaling. Dia kelihatan agak terkejut, namun cuma seketika apabila dia tiba-tiba nak blah pulak. Tadi kemain lagi suka berbual dengan kawan dia tu.

Dengan tak sengaja aku terpegang tangan dia. Diulangi tidak sengaja. Itu je yang aku terfikir masa tu. Dia buat muka garang pulak.


"Lepaslah, haram tau," 

"Sorry, Lia tolong bagi saya satu peluang lagi boleh tak? sekali ni je, tolong dengar penjelasan saya." 

"Nak cakap apa lagi?" Dia masih marah, namun macam reda sikit.

"Dengar apa yang saya nak cakap ni, saya nak mintak maaf sangat-sangat sebab salah sangka dekat awak. Saya tahu saya yang salah sebab cemburu tak tentu pasal. Tapi saya nak awak tahu yang saya buat macam tu sebab saya dah sayang sangat dekat awak. Saya memang taknak kehilangan awak. Andai diberikan emas permata, kpilih senyumanmu, andai kupunya mahligai indah, kan ku hadiahkan untukmu,"

Diam

Aku pun diam sebab tunggu jawapan dia.

Kemudian dia tergelak, Apekene pulak minah ni? tadi bukan main serius, ni gelak pulak.

"Kenapa awak gelak?"

"Yang tadi tu lirik lagu kan?" dia sambung gelak lagi. Ceh kantoi pulak. Aku bantai lirik lagu Bayangan gurauan-mega sebab dengar dalam radio pagi tadi.haha

"A'ah, hee" aku cuma mampu tersengih. Tengok dia gelak pun dah cukup buat aku lega seketika.

"Sape yang cakap saya ada kat sini?"

"Adalah,"

"Mesti Ida kan?"

"Identiti pemberi maklumat kenala dirahsiakan,"

"Takpe, kalau macam tu perbualan kita tamat disini je," Adeh main ugut-ugut pulak dia ni.

"Yela Ida yang bagitau, tapi awak jangan salahkan dia, saya yang paksa dia bagitau," Aku kena cover jugak si ida tu, dia dah banyak tolong aku.

"Macam tu la, nak saya maafkan ke ni?" dia buat muka nakal dia tu.

"Kalau awak sudi la" aku buat muka kesian.

"Boleh, tapi ada syaratnya" Ni yang aku malas. Nanti kalau dia suruh aku berenang balik perlis macamana? aku berenang pun tak pandai.

"Apa syaratnya?"

"Awak ingat tak perjanjian kita dulu?"

"Ingat"

"Tempoh pengajian saya ada tiga bulan lagi,"

"Jadi?"

"Kalau betul awak ikhlas nak berkawan dengan saya, jangan hubungi saya langsung dalam masa tiga bulan ni" Ini serius. Dia memang serius. Dari riak wajahnya memang nampak dia serius.

"Serius?"

"Serius"

"sms pun tak boleh?"

"langsung tak boleh berhubung," dah macam hakim bagi keputusan muktamad je gayanya.

"Baiklah saya setuju,"

"See you in next three month," dia berpaling sambil tersenyum.

Aku terpaku di situ "macamana aku nak hidup dalam 3 bulan ni?"

Patung helang tu seakan tersenyum sinis. Damn!

To be continue....

sajenakmerepek: akhirnya datang jugak mood aku nak sambung cite ni. lama gile delay. aku pun kadang-kadang kecewa dengan diri sendiri sebab tak sambung awal-awal...haha



~ please forgive me ~

LIKE kalau SUKA

3 comments:

dear anies said...

sik baik la lirik lagu tu betul..kalu slh? kn da kantoi

Anonymous said...

perjanjian 3 bulan tu takpe lagi..citer ni pun nak kena tunggu 3 bulan lg ke smbungan die hehe

Azwan Aziz said...

hehe sabar2...gua tengah kehilangan arah ni... gua akan sambung dalam masa terdekat...mmg dh 3bulan tangguh...huhu