Monday, December 19, 2011

Antara Target dan Realiti


" Saya  nak kahwin sebelum umur 30 " - Lelaki sentimental

" Saya nak bina rumah atas bukit " - gadis pencinta alam

" gua nak masuk selekoh dengan kelajuan 180km/j " - mat rempit sejati


Aku pasti setiap manusia atas muka bumi ni punyai target atau cita-cita yang ingin dicapai dalam hidup mereka. Itu adalah fitrah semulajadi manusia yang berakal sihat. Punya impian dan cita-cita. Mengharapkan sesuatu yang indah bagi melengkapkan kitaran hidup seorang manusia dan juga memenuhi keperluan dan kehendak sendiri.


Dan aku juga tidaklah terkecuali, aku juga punya target hidup yang telah aku tetapkan sejak aku masih bersekolah. Target yang akan membuatkan aku terus maju kehadapan. Tidak perlulah aku menyenaraikan setiap target yang aku telah tetapkan itu, segan pulak rasanya.hehe. Cuma yang boleh aku katakan, aku berazam untuk menjadi lebih baik dan mungkin juga yang terbaik.

Namun seiring dengan pertambahan usia dan kematangan fikiran, aku mula berfikir semula tentang target yang aku tetapkan suatu masa dahulu. Ianya masih mampu dicapai, namun mungkin aku perlu berusaha sekeras mungkin. Takdir hidup manusia telah ditetapkan oleh yang Maha Esa. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Aku mula sedar realiti bukanlah seindah impian dan bukan senang untuk menjadikan impian suatu realiti. Kadang-kadang aku terlupa apa yang berlaku di sekeliling akibat terlalu mengejar target.

Seringkali juga aku cemburu melihat kejayaan orang lain sedangkan target aku masih jua tidak kesampaian, masih juga disitu. Melihat orang lain melangkah selangkah demi selangkah meninggalkan aku dibelakang amatlah memeritkan. Apatah lagi aku pernah bermimpi untuk mengecap kejayaan bersama mereka. Mujurlah aku sempat tersedar sebelum lupa diri, lupa Tuhan. Seharusnya aku tahu bahawa rezeki masing-masing telah ditentukan. Setiap orang telah ditentukan sejauh mana dia mampu melangkah. Namun tidaklah menjadi suatu kesalahan sekirannya kita masih lagi mempunyai cita-cita. Siapa tahu mungkin Allah akan kabulkan suatu hari nanti.

Tidak salah untuk kita mempunyai target atau impian cuma biarlah ia suatu yang realistik. Jangan bermimpi untuk berjalan di atas pelangi indah kerana nak menyentuh pelangi itu sendiri adalah mustahil...





~ bersyukur akan membuatkan kita lebih tenang ~

5 comments:

Cik Ila said...

Rasa mcm target tak pernah tercapai...nak fikir target lain pun susah,sebab takot tak tercapai lagi..haha

Azwan Aziz said...

@ cik ila, jangan set tinggi sangat target tu... hehe

KhaiRin said...

insya allah pasti hadir target tu cuma jgn putus berdoa tu je...kn allah suka hamba2-Nya merayu2?

Diyana Abdullah said...

andakah lelaki sentimental itu?hehe...sy target nk ada ank 2 sblm 30.smpt x :p

LollyHatesMe™ said...

sy target utk tdk menarget