Sunday, October 16, 2011

Dari Sinar Mata 12

Dah seminggu Atilia bertolak ke Kedah. Seminggu jugak la aku tak menatap senyumannya. Kadang-kadang aku rasa macam mimpi je jumpa dia. Macam seolah-olah aku dalam alam mimpi yang panjang, dan bila aku sedar, dia sebenarnya tidak wujud pun. Mengarut pulak aku ni. Mungkin inilah yang orang cakap over angau, padahal dia tak cakap pun dia suka aku. Sekali lagi aku tengok hadiah yang dia bagi pada malam terakhir kami jumpa. Sampai sekarang aku rasa pelik kenapa dia bagi hadiah ni kat aku.

"Saya ada something nak bagi kat awak" Katanya lembut. Aku dah agak dia nak bagi something sebab aku nampak dia bawak kotak. Takkan dia nak bawak handbag dalam kotak kan? hehe


"Nak bagi apa" Aku cuba control suara supaya tak nampak macam terhegeh-hegeh sangat nak tau hadiah apa, padahal dalam hati aku memang nak sangat tahu apa yang dia nak bagi kat aku tu. Kemudian dia hulurkan kotak warna ungu tu untuk aku. Nak kata besar, takdelah besar mana, tapi takdelah kecik sangat. Aku sampai perlahan-lahan seolah-olah kat kotak tu ada sticker 'Handle with care'.


"Awak bagi apa ni? Macam special je" Aku sengih, dia senyum.


"Nanti sampai rumah, awak bukalah. Jangan buka selagi tak sampai rumah tau, nanti kena sumpahan," Dia senyum ala-ala nak tergelak. Adoila ni yang aku lemah ni.


"Okey, saya bukak kat rumah jela. Thanks ek, buat susah-susah je."


"Takde apela. Lagipun tak adil la kalau saya je yang dapat hadiah,'




Sekali lagi aku merenung hadiah pemberian Lia. Memang aku confius betul. Apa la agaknya yang dia fikir masa nak beli hadiah ni? ke aku je yang fikir banyak, sedangkan dia main ambik je masa beli tu? Rasa pelik pun ada ni. Kapal dalam botol tu betul-betul buat aku confius. Apa kaitannya aku dengan kapal? Aku bukan lah tentera laut, apatah lagi popeye the sailorman. Bukan juga captain Jack Sparrow. Takkan dia nak ajak aku bercuti naik kapal kot? Tiba-tiba aku sengih sendiri sambil speaker laptop berdentum lagu My Heart Will Go On- Celine Dion.

 *****

Disebabkan kebosanan yang melanda, maka aku pun layan TV je. Biasalah orang bujang macam aku ni hanya TV jadi peneman. Nak check FB rasa malas pulak. Lagipun masa aku tengok tadi, Lia tak online, so aku pun malas nak online jugak. Selalunya aku chat dengan dia melalui FB je. Tiba-tiba teringat pulak lagu Cinta Muka Buku- Najwa Latif.hehe. Aku taknak la call dia selalu. Nanti aku ganggu dia nak study atau buat assignment pulak. Nampak tak betapa aku ni seorang yang memahami? hehe

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Kalau dah bunyi ringtone Miss You Like Crazy ni dah tentu la Lia yang call. Tapi kenapa dia call aku? Jarang sangat dia call aku. Selalunya aku je yang call dia. Apa-apa hal jawab dulu.

" Hello Lia " Berdebar pulak aku rasa.

" Hello awak," Terdengar suara perlahan di hujung talian. Pelik betul. Lain macam je suara dia. Hati aku makin berdebar-debar.

" Kenapa ni Lia? Ada masalah ke? " Sedaya upaya aku control suara agar tak nampak sangat aku berdebar.

" Dia dah mati " Eh sape yang mati ni? Aku dengar dia macam dah nangis.

" Siapa yang mati Lia?"

" Romeo, " Romeo? rasa macam nak pecah je jantung aku ni. Romeo mana pulak ni? pakwe dia ke?

" Siapa Romeo ni Lia?" Perlahan je suara aku. Macam tersekat di kerongkong pun ada.

" Kucing Lia, dia dah mati petang tadi " Adoila kucing rupanya. Aku rasa lega macam baru keluar dari gua yang gelap gelita je.

" Nama kucing Lia, Romeo? macamana dia mati?" Aku cuba nak bagi dia tenang.

" Tadi dia kena langgar masa nak melintas jalan. Lia sayang sangat kat dia " Dia still menangis lagi.

" Sabarlah Lia, dah takdir dia mati hari ni. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya," Aku dah masuk mood kaunselor pulak.

" Nanti Lia mesti rindu dia," Orang kata nak pujuk perempuan ni kena banyak sabar.

" Nanti saya beli kucing lain untuk Lia,"

" Tapi takkan sama dengan Romeo,"

" Saya akan cari yang sama dengan Romeo,"

" Janji?"

" Janji "

Malam tu sepanjang malam aku dengar kisah Lia dengan kucing kesayangannya, Romeo. Banyak jugak yang aku baru tahu pasal dia. Dia suka kucing rupanya, maknanya dia jenis yang penyayang la kan? Dan aku rasa lega sebab dia cari aku masa dia bersedih. Aku betul-betul harap dapat jaga dia sebagai suami suatu hari nanti. One step closer...


Bersambung...





> Mintak maaf sangat-sangat sebab episod kali ni sangat pendek sebab aku agak busy minggu ni. Next time aku akan try kasik panjang sket.. hee

~ Kadang-kadang perkara remeh-temeh juga boleh jadi pengikat kasih sayang ~

1 comment:

Anonymous said...

sebagai suami suatu hari nanti...ahak3x