Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, March 8, 2012

Dari Sinar Mata 22

Sepanjang perjalanan balik tadi aku diam je. Fikiran entah kemana. Mirul pun macam paham je bila dia pun senyap je. Hanya suara DJ radio yang kedengaran. Tapi aku tak dapat nak faham apa yang cuba disampaikan oleh DJ pun pasal kepala aku asyik dok flashback kejadian kat KB Mall tadi. Nak kata aku salah orang, bukan sehari dua aku kenal Lia. Malah wajahnya menghiasi hidup aku setiap hari. Gambar kami berdua dah jadi wallpaper handphone aku. Malah kalau aku pejam mata sekalipun wajahnya tetap ada disitu. Selera aku terbantut macam tu je walaupun dah banyak kali Mirul paksa aku makan.

Mengeluh sampai berpeluh pun tak guna sebab selagi aku tak dengar sendiri dari mulut Lia, aku takkan tahu cerita sebenarnya. Letih pulak aku asyik berfikir dari tengahari tadi bawak ke malam. Macam-macam pulak andaian buruk menerjah fikiran. Rasa nak marah pun ada.Tapi nak marah siapa? marah diri sendiri jela agaknya. Rasa menyesal pulak tak pergi tegur Lia tadi. Kalau aku jumpa dia tadi mesti aku takkan rasa kusut macam ni. Terus aku klik butang play kat winamp aku. I'm not Okay - My Chemical Romance berdentum di speaker.


*****

" Kenapa awak tiba-tiba nak jumpa saya hari ni? Kan hari kerja ni," Laju je dia bertanya. Mungkin sebab tadi aku cakap nak jumpa je tanpa beritahu kenapa nak jumpa.

" Saja,saya cuti hari ni," datar je aku jawab. 

"kenapa ni? macam ada masalah je," Memang pun, dan masalah tu datang dari awak tahu.

" A'ah ada masalah. Dari semalam lagi dok fikir, tapi tak jumpa jugak jawapannya." 

" Ceritala, mungkin saya boleh bantu kot," dia senyum. Melihat dia senyum, hatiku menjadi makin gundah gulana. Ikhlaskah senyumannya tu?

" Emm cuti-cuti ni awak tak keluar jalan-jalan ke? " 

" Tak sangat la, saya lepak kat rumah je. Cuma semalam keluar jumpa kawan lama kat KB Mall. Lama betul tak jumpa dia," ada sinar kegembiraan dalam mata dia.

" Jumpa kawan lama ke boyfriend? " Sinis aku bertanya.

" Apa awak cakap ni? saya tak faham," dia kelihatan sangat terkejut. Cuak la tu sebab aku tahu rahsia dia.

"Tak payah nak dalih lagi la Cik Atilia, saya dah nampak semuanya,"

"Awak salah faham ni, ia bukan seperti yang awak nampak," dia semakin kalut.

"Habis tu mata saya ni dah rabun la?" suara aku makin tinggi

" So inilah sebabnya awak nak jumpa saya hari ni ye?"

"Ya, saya nak tahu kenapa awak sanggup curang dengan saya?" aku tegaskan suara walaupun aku macam tak sanggup.

"Curang? siapa yang curang? Kita belum declare apa-apa pun Encik Ridzwan. Saya ingatkan saya dah jumpa lelaki yang memahami saya. Rupanya awak sama je dengan lelaki lain. Kalau setakat ni je kepercayaan awak kat saya, baik awak lupakan jela saya. Anggap je kita tak pernal kenal," ada getar dalam suaranya. Dia berlalu. Dan yang paling membuatkan aku sebak, dia menangis.

Buat kali pertama
Ku meliihat airmatanya
Sejak ku kenali dia
Sepinya kurasa
Disaat berduka
Inikah noktahnya
Pertemuan kita...?

(Visa - Dalam Gerimis) 

sajenakmerepak: Sorry pendek je update sebab aku akan gi holiday, so update dulu sket sebab takut jadi lambat sangat. hee :)



~ so many words, for broken heart ~

No comments: