Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, April 23, 2012

Dari Sinar Mata 24

Dah menjadi kebiasaan aku bila serabut dan kusut, mesti nak kena layan lagu. Kalau time serabut camni, mesti nak lagu rock je, kalau dengar lagu jiwang karang meleleh pulak. Haru aku nanti. Dalam playlist for sure ada Linkin Park, My Chemical Romance, Simple Plan dengan Sum 41. Speaker tu mesti berdentum macam nak pecah. Pintu kena tutup la. Karang mama bising pulak.

In The End - Linkin Park memulakan playlist. Layan gile aku. Rasa cam Chester pun ada. Lepas je lagu tu, tiba-tiba kuar lagu yang langsung aku tak pernah dengar. Mana datang lagu ni? Takkan tiba-tiba boleh muncul dalam dalam playlist aku? Ke jiran sebelah yang pasang lagu? Confius aku kejap.

Jejak-jejak langkahku, bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku...

(Di Atas Satu Cinta - Indah Dewi Pertiwi)

Thursday, April 5, 2012

Our Team, Our Pride

3-0 BRO!


04-04-2012 - Mohammad Ghaddar berjaya menjulang Kelantan dalam saingan peringkat kumpulan Kejohanan Piala Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC Cup) Setelah berjaya mencipta 3 gol untuk menewaskan Arema FC dari Indonesia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Kejayaan itu sekaligus membuktikan bahawa ghaddar masih lagi seorang penyerang berbisa yang bakal mengubah nasib Kelantan di masa hadapan.

Berbekalkan tiket tempat terbuka yang berharga RM15 yang dibeli oleh sepupu aku (sebab aku busy gile

Tuesday, April 3, 2012

Dari Sinar Mata 23

Ridzwan merenung ke luar tingkap, melihat kenderaan yang bertali arus, tidak pernah putus. Matanya ligat memerhatikan aksi penunggang motosikal yang asyik cilok-mencilok di celah-celah kenderaan lain. Asyik benar kelihatannya. Namun fikiran dan jiwanya entah kemana. Peristiwa dua hari lepas benar-benar meninggalkan kesan yang sungguh mendalam baginya. Tidak pernah dirinya mengalami kekecewaan sehebat ini. Di dalam fikirannya cuma terfikir apa kekurangannya, apa salahnya. Yang pasti dia masih tak menemui jawapan itu biarpun telah sejam berdiri merenung ke luar tingkap pejabatnya itu.

Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu. Segera dia menyembunyikan riak wajahnya sebentar tadi dan digantikan dengan riak wajah biasa. Dia tidak mahu pekerja lain mengetahui dia sedang gundah gulana. Biarlah dia seorang yang menanggung semuanya.