Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Friday, February 24, 2012

Dari Sinar Mata 21

Mana pulak si Dila ni, dah berjanggut aku tunggu pun tak sampai-sampai lagi. Semalam beria-ria ajak aku keluar, ni dah dekat sejam belum nampak bayang pun. Ni yang aku malas nak berjanji dengan orang. Tapi nak buat macamana kawan lama yang ajak, takkan nak tolak pulak. Dah la jarang-jarang ada peluang nak jumpa macam ni. Aku ni pun bukan jenis yang suka keluar sangat, tapi sesekali keluar apa salahnya kan? Tapi bila jadi kes macam ni memang buat aku menyesal gila la pulak. kalau aku tahu, memang awal-awal aku dah cancel nak jumpa harini. Buang masa betul la. Dahla hari ni ramai pulak orang kat sini. Ada yang pandang-pandang jeling-jeling aku macam tak pernah tengok perempuan. Siap la kau nanti Dila!

5 minit kemudian Dila datang sambil tersengih-sengih.

" Sorry la Atie, aku tunggu sepupu aku ni. Dia nak ikut sekali tadi," Alasan la tu

"Mana sepupu kau? Tak nampak pun?" Aku buat nada tegas sikit, biar dia tahu aku tengah marah.

" Tu yang baju belang tu.." Dila menunjukkan ke arah seseorang yang amat aku kenali. Kenapa mesti  dia? adoi la...


*****

" Makan kat sini la best, boleh tengok pemandangan bandar," Kata Dila. Pemandangan la sangat. Ingat ni KLCC ke? kat sini boleh tengok pemandangan traffic jam je.

Dila hanya tersengih-sengih, Aku masih lagi rasa nak marah. Semalam janji nak datang seorang je, ni alih-alih datang berdua. Dengan mamat ni pulak tu. Dahla lambat sejam. Memang rasa nak balik je sekarang ni.

" Rileks la Atie, sebagai tanda mintak maaf, aku belanja kau makan hari ni, order je nak makan apa, cuma janganla mahal sangat. Aku pun student macam kau jugak.haha" Tersenyum jugak aku akhirnya. Dila ni memang pandai ambil hati orang. Sebab tu jarang dengar cerita dia musuh dengan sesiapa pun.

"Haa macam tu la, aku nak gi toilet jap, korang berbual la apa yang patut ye," Dila melangkah pergi. Aku tiba-tiba jadi tak selesa.

"Tak sangka kita bertemu lagi kan?' Dia memulakan bicara. Kenapalah aku asyik terserempak dengan dia je?

"A'ah,' pendek je aku balas.

"Orang kata kalau selalu terserempak ni ade jodoh," Tenang je dia cakap. meluat aku dengar.

" Takde maknanye la Encik Suhaimi," aku buat muka. dia tersenyum pulak.

"So cuti ni awak buat apa?" Dia cuba jugak nak berbual

"Saya makan tidur je,"

"So awak tak mandi la ni ye?" sinis soalannya

"Eh tolong sikit ye, ingat saya ni macam awak ke," dia ni memang dah melampau.

"Dah tadi awak cakap awak makan tidur je,"

"Takkan nak senaraikan semua yang saya buat?" ingat dia polis ke nak soal siasat aku macam tu.Lama pulak Dila ni pergi toilet. Aku dah malas nak layan budak sekor ni.

*****

" Mirul jom gi KB Mall arini," 

" Nak buat apa? dah tentu jam arini, buang masa je nanti," Banyak alasan pulak mamat ni.

" Kan aku yang drive, kalau jam pun yang letihnya aku. Jom la. aku nak cari barang sikit ni," Aku memang jenis tak suka pergi jalan-jalan sorang-sorang. Selalu ada Fina, hari ni entah kemana dia pergi.

"Yela-yela" akhirnya dia mengalah.haha

*****

" Wan kau nampak tak awek yang jual barang Samsung tadi tu?"

" Nampak je, kenapa?" 

" Cun gile bro, rasa nak gi beli je Galaxy Note tu bila dia senyum tadi, hehe" Aku dah agak dah. Budak Mirul ni depan awek dia je jadi boyfriend paling baik di dunia, belakang dah jadi playboy balik.

" Dahtu kenapa tak beli je?" Aku saja nak tengok reaksi dia.

" Mahal bro, mau makan sebulan gaji aku tu,"

"Ala apa sangatla mahalnya kalau nak dibandingkan dengan senyuman awek tu kan" sinis aku berkata

" Gurau kasar nampak bro," kami sama-sama gelak. Aku memang dah lama kenal Mirul ni. Setakat perli-perli ni memang kitorang takde nak simpan dalam hati. Gurau adik-beradik katanya.

" Ni kta nak makan kat mana, McD, Pizza ke KFC?"

" Apa barang makan fastfood, kita makan kat foodcourt atas la. ada nasi ayam special. Sambil tengok pemandangan dari atas.haha" pemandangan la sangat. aku ikutkan je. lagipun bagus jugak makan nasi. kenyang sikit kot.

Hari ni aku rasa macam senang hati je. Hadiah untuk Lia pun dah beli tadi. Tak sabar nak tengok reaksi dia bila aku bagi hadiah ni. Mesti dia terkejut.haha. Tersenyum sendiri aku bila memikirkan reaksi dia. Namun senyuman aku tak kekal lama dia aku terpandang seseuatu. Sesuatu yang mengejutkan aku..

" What the...."


Dah tentu la bersambung lagi.haha

sajenakmerepek: Sorry sangat-sangat pasal aku lambat gila update. Aku mengalami tekanan perasaan sikit baru-baru ni. Emm kalau aku terus skip ke final part boleh tak? rasa kurang bermotivasi pulak bila takde orang komen.huhu



~ adakah kau merindu ku sebagaimana ku merindui mu? ~

No comments: