Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Tuesday, April 3, 2012

Dari Sinar Mata 23

Ridzwan merenung ke luar tingkap, melihat kenderaan yang bertali arus, tidak pernah putus. Matanya ligat memerhatikan aksi penunggang motosikal yang asyik cilok-mencilok di celah-celah kenderaan lain. Asyik benar kelihatannya. Namun fikiran dan jiwanya entah kemana. Peristiwa dua hari lepas benar-benar meninggalkan kesan yang sungguh mendalam baginya. Tidak pernah dirinya mengalami kekecewaan sehebat ini. Di dalam fikirannya cuma terfikir apa kekurangannya, apa salahnya. Yang pasti dia masih tak menemui jawapan itu biarpun telah sejam berdiri merenung ke luar tingkap pejabatnya itu.

Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu. Segera dia menyembunyikan riak wajahnya sebentar tadi dan digantikan dengan riak wajah biasa. Dia tidak mahu pekerja lain mengetahui dia sedang gundah gulana. Biarlah dia seorang yang menanggung semuanya.


" Masuk '

Kelihatan seorang gadis melangkah masuk. Ida, sepupu kepada Atilia. Kenapa pulak dia masuk jumpa aku ni? Dia bukan budak department aku pun. Takkan nak masuk buat direct selling kat office? 

"Ada apa awak nak jumpa saya, Ida?" aku rasa suara aku macam antara keluar dengan tidak je.

"Saya ada hal sikit nak bagitau Encik Ridzwan, Pasal Atie" Terkejut aku seketika.

" Duduklah," aku mempersilakan dia. Takkan nak bercakap sambil berdiri pulak, Ni bukan nak buat public speaking.

" Sebelum tu saya nak mintak maaf kalau apa yang akan saya katakan ni akan menyinggung hati Encik Ridzwan" Intro pun dah buat aku berdebar-debar.

"Takpe, cakap je,"

"Sebenarnya, saya dah tahu kisah antara Atie dengan Encik Ridzwan,"

" Jadi Lia suruh awak datang jumpa saya ke?"

"Eh bukan macam tu. Saya datang ni tanpa pengetahuan dia pun. Sebenarnya Atie bukanlah seperti yang Encik Ridzwan sangkakan. Dia bukan curang. Masa tu dia keluar dengan Dila, kawan lamanya. kebetulan masa tu Dila bawak sepupu dia, lelaki yang Encik nampak tu," Aku mendengar dengan teliti. Nak percaya ke tak ni?

"Masa Encik Ridzwan nampak dia berdua dengan lelaki tu, Dila sebenarnya ke tandas,' Adeh makin berbelit pulak cerita ni. Dah macam telenovela la pulak.

" Maksud awak, tu bukan teman lelaki Lia la?"

"Iye, dia masih single lagi, saya rasa Encik pun tahu kan," Ni nak jerat aku ke ape? Kusut pulak rasanya.

"Satu lagi, saya nak buka rahsia Atie. Saya tak kisah kalau dia nak marah saya selepas ni. Dulu dia jugak pernah rapat dengan seorang lelaki. Tapi lelaki tu kuat cemburu. Dia tinggalkan Atie selepas nampak Atie berbual dengan classmate dia sendiri. Sejak hari tu, Atie mula takut nak rapat dengan lelaki, sehinggalah Encik Ridzwan muncul. Tapi rasanya Encik dah hampakan dia sekali lagi," Aku rasa macam batu besar menghempas kepala aku. kenapa la aku terburu-buru sangat hari tu? Damn..

"Terpulanglah kalau Encik nak percaya atau tidak, saya sayangkan dia, saya cuma nak tengok dia bahagia,"

Termenung aku seketika.

"Emm dia ada kat mana sekarang? Boleh ke kalau saya nak jumpa dia?" Teragak-agak aku bertanya.

"Dia dah balik Kedah,"

"Tapi cuti dia ada seminggu lagi kan?"

"Dia ke Langkawi....."

*********

Kusut betul kepala otak aku ni dari tengahari tadi lagi. Cerita Ida dah buat aku mula terfikir. Bangang jugak aku sebab terus hukum dia tanpa dengar penjelasan dia. Kalau la aku bagi dia peluang, tentu aku masih bahagia dengan dia. Nak hantuk kepala, rasa sayang pulak, Adoi la... 

Aku capai handphone, terus dial nombor Mirul.

"Hello.." terdengar suara dihujung sana.

"Jom ikut aku pergi Langkawi....!"

Bersambung...

sajenakmerepek: nak gi langkawi tak? hehe



~ fight for your love ~

3 comments:

dear anies said...

mampukah hati yg tercalar itu diubati?

Azwan Aziz said...

mungkin, kalau kena dengan caranya...hee

Anonymous said...

aiiya..ini citer manyak panjang n lame ooo...teruskan usaha penulis..jgn bg lame sgt tunggu..hehehe