Wednesday, November 2, 2011

Rindu Serindu - Rindunya

Lagu Dan Kenangan

Pagi semalam aku dapat satu idea masa tengah drive, pasal topik apa yang patut aku update kat blog. Disebabkan aku ni jenis suka melayan lagu, maka ada beberapa lagu yang menjadi kenangan dalam episod hidup aku ni. Ok lagu pertama yang aku pilih ialah lagu Rindu Serindu-rindunya by Spoon...

Lagu ni aku rasa aku dengar tahun 97 time aku darjah 5. Masa tu aku yang baru nak akil baligh ni dilanda satu perasaan jiwang pesen budak-budak. Ini semua gara-gara aku terjatuh cinta dengan awek sebelah rumah dan juga merupakan anak kepada cikgu kat sekolah aku.Haha. Tapi masa tu aku takdela nak pergi cakap i love u atau hantar surat cinta penuh bedak kat dia pun. Sekadar suka dalam hati je pasal aku ni jenis pemalu orangnya.


Berbalik pada lagu ni, pada zaman tu mana nak ade mp3 macam sekarang. Kalau nak dengar lagu berulang kali kenala beli kaset atau CD. Aku yang ketika tu mana nak mampu beli sume tu. Jadi aku pun layan dekat radio je. Masa tu Radio Muzik memang femes dikalangan masyarakat melayu sebab masa tu mana ade radio swasta macam Era ngan Hot FM. Segmen paling aku suke masa tu time segmen Pilihan Bersama yang ada tiap-tiap malam. Kalau tunggu msti ada lagu ni pasal masa tu lagu ni tengah femes top-meletop walaupun nama band dia spoon atau sudu dalam bahasa melayu.haha.

Sampai satu ketika aku dengar cite penyanyi band spoon ni kena bunuh. Masa tu aku tak ambik port sangat dengan perkembangan dunia hiburan ni pasal aku reti layan lagu je. Tengok berita pun jarang-jarang je. Kadang-kadang rindu jugak zaman tunggu lagu kat radio ni. Sekarang tak payah tunggu, download mp3 pastu ulang la dengar sampai menyampah. haha

Ape-apehal, layan dulu lagu ni seround...hee






~ kalau memang tiada jodoh, apa lagi nak ku heboh ~

4 comments:

KhaiRin said...

dulu bla blk asrama je driver bas mesti psg lagu ni

Azwan Aziz said...

dulu lagu ni sgt femes kan? huhu

Cik Ila said...

hahahah..zaman kita lebih kurang..dengar kaset je..sape yg ade walkman tu kira kaya aaa..pastu bateri bersepah2 kt umh..siap jemur bwh matahari lagi konon nk kmbalikan cas yg hilang...

nk jimat power,kaset tu pusing dgn pen je..xperlu nk rewind ke,forward ke..hahah

Azwan Aziz said...

Hehe cik ila ni betol2 mengimbau kenangan... bab kaset pusing dengan pen memang sgt legend..haha.. budak2 sekarang kompem xtau trick tu..haha