Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, October 31, 2012

Me as a Kelantan Fan

Perhatian: Entri ini mengandungi sedikit emosi sentimental, sila sediakan tisu jika perlu

Aku anak jati Kelantan, mak ayah aku orang Kelantan jadi aku memang pure Kelantan. Menjadi seorang Kelantan bukanlah suatu yang mudah. Aspek bahasa dan budaya menjadikan kami unik walaupun sering dikatakan negeri yang serba mundur. Namun kami bukanlah mudah menyerah kalah.

Dalam bolasepak, aku masih lagi hijau, baru beberapa tahun mengikuti perkembangan bolasepak. Ya aku boleh dikatakan salah seorang yang baru minat bola ketika Kelantan mula naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Aku mengaku aku tidak kenal pun siapa pemain kelantan sebelum 2009 kecuali lagenda Hashim Mustapha. 

Saturday, October 27, 2012

Ikhlas Itu Datang Dari Hati

Pada zaman moden yang serba mencabar ini, setiap perbuatan dan tutur kata pasti akan dinilai. Dalam setiap perbuatan baik pasti akan dinilai keihlasannya kerana terlalu banyak korupsi dalam dunia sekarang. Setiap perkara yang dilakukan selalunya akan diharapkan pembalasan. Disebabkan hal ini maka terlalu banyak prasangka biarpun perbuatan itu benar-benar ikhlas.

Ikhlas atau tidak seseorang itu amatlah sukar untuk kita manusia biasa ini tafsirkan kerana ikhlas itu datang dari hati. Niat yang baik maka ikhlaslah perbuatannya dan sebaliknya. Manusia yang lemah ini tidak mungkin mampu membaca niat dalam hati manusia yang lain. Hanya perbuatan mampu menafsirkan setinggi mana tahap keihklasan seseorang. Perbuatan yang meminta balasan sudah pasti memperlihatkan ketidakikhlasan. Sebaiknya kita lakukan sesuatu dengan ikhlas dan Allah akan membalasnya. Jika tidak di dunia, di akhirat kelak pasti ada sesuatu yang akan diberikan. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.

Monday, October 22, 2012

Kelantan Juara Treble

Kelantan akhirnya melengkapkan tahun gemilang 2012 dengan menjulang Piala Malaysia sekaligus menjadikan Kelantan Juara Treble selepas memenangi Piala FA dan Liga Super. Kemenangan 3-2 ke atas pasukan ATM yang disifatkan sebagai perlawanan Final Epik yang menemukan Juara Liga Super dengan Juara Liga Perdana.

Gol Kelantan yang dihasilkan oleh Nor Shahrul Idlan Talaha pada minit 44 dan 50 dan gol kemenangan daripada Indra Putra memberikan suatu suatu kenangan paling manis buat seluruh penyokong The Red Warriors. Seluruh Stadium Shah Alam menjadi gamat pabila wisel penamant ditiup oleh pengadil. Kemenangan ini memberi suatu kepuasan yang tidak terhingga pada seluruh penyokong yang datang dari serata pelusuk negara demi memberi sokongan pada pasukan kesayangan mereka. Tangisan kegembiraan, tawa kemenangan memenuhi segenap ruang. Ketika Piya (Badri radzi) menjulang Piala Malaysia, sekali lagi kami bersorak keriangan.

Wednesday, October 10, 2012

Album Review: Bunkface - Bunk Not Dead

Kali ni aku rasa macam nak buat review album pulak tapi bukan album gambar, ni album muzik haha. Jadi artis pertama yang aku akan review adalah kumpulan Bunkface yang telah me-released kan album baru mereka hujung bulan Julai yang lepas.


Album yang diberi nama Bunk Not Dead mengandungi 13 lagu (2 daripadanya dah keluar sebagai single sebelum ni)

Monday, October 1, 2012

Cabaran Untuk Diri Sendiri

Dalam hidup ni tentu tak best kalau tiada cabaran kan? Kadang-kadang aku memang suka bagi cabaran untuk diri sendiri supaya hidup aku lebih seronok dan ceria haha. Contohnya aku kena sampai office dalam setengah jam walaupun biasanya masa yang aku kena ambik untuk ke office antara 45minit - 1jam. Walaupun kadang-kadang gagal dalam cabaran, namun rasa seronok tu tetap ada.

Kali ini aku nak cabar diri aku untuk post minima 5 entri sebulan memandangkan aku dah lama meninggalkan blog ni terkapai-kapai macam hilang arah. Insya-Allah aku akan cuba aktif menulis balik andai diberi sokongan.huhu.



~ hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran ~