Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, February 27, 2011

Bila Ia Bukan LaGi SePerti YanG KuimPikan


aku pernah bermimpi
aku pernah berangan-angan
kuingin gapai seribu impian
kuingin capai sejuta harapan

Namun hidup tak seindah impian
angan-angan bukan penentu
ada harga harus dibayar
ada usaha harus dicurah

aku pernah rasa peritnya hidup
aku pernah rasa seksanya dugaan
aku pernah lalui ranjau berduri
aku juga pernah rasa sakitnya kejatuhan

biarkan mereka berkata
kerana mereka tidak merasa
mereka tidak mengerti
mereka juga tidak memahami

impian tetap dihati
harapan masih di sanubari
akan aku usaha menggapainya
biarpun harus dibayar dengan harga yang tinggi...





Aku berserah pada ketentuan Allah, kerana DIA MAHA MENGETAHUI...

Sunday, February 20, 2011

Melankolia







"...HARAP MAAF.BLOG INI TIDAK AKAN DIUPDATE BUAT SEMENTARA WAKTU KERANA PENULIS TELAH MENGALAMI SINDROM MELONKOLIA DIMANA BELIAU DIDAPATI TERMENUNG SELAMA 17 JAM SEHARI.
BLOG INI AKAN DIUPDATE SEMULA SETELAH BELIAU SEMBUH..."

Tuesday, February 15, 2011

Alangkah Indahnya Hidup Ini



Alangkah Indahnya Hidup Ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah Indahnya Hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Ku tahu cintamu kepada umat
Ummati Ummati
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami

Alangkah Indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan Pasti mengalir air matamu
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Ya Rasullullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya rabbi Solli alaihiwasallim......














.:. Salam Maulidur Rasul...

Monday, February 14, 2011

Antara Kita

Kerana waktu teramat cepat berlalu
Simpan bayangku dalam hatimu
Juga kenangan yang kita ada
Bimbang nanti tiada waktu
Untuk kita kembali bersama
Menatap langit jingga
Disisip bicara jiwa...

Dalam usia yang hampir menganjak ke usia yang kedua puluh lima,tidak pernah sekalipun aku menyangka inilah jalan yang aku lalui. Tidak pernah aku terfikir untuk bertemu rakan-rakan yang amat menggembirakan. Dan tidak pernah jua aku berfikir bahawa aku akan menemui lawan-lawan yang amat menyakitkan. Malah aku juga tidak tahu bahawa pada saat dan ketika ini aku bakal ditakdirkan untuk berada disini. Semuanya kerana aku hanyalah manusia biasa. Makhluk yang serba lemah tapi angkuh.Aku tidak tahu apa yang bakal terjadi esok. Semuanya teramat misteri untuk diungkapkan...

Terkadang aku mengimbas kembali sejarah silam. Kutelusuri setiap jalan-jalan yang pernah aku lalui. Aku mengamati setiap peristiwa manis mahupun pahit. Seolah-olah peristiwa itu baru semalam berlaku. begitu cepat masa meninggalkan manusia yang alpa sepertiku. Sungguh aku tak menyangka....

Pabila aku teringatkan kenangan manis bersama teman-teman, aku seolah ingin kembali ke zaman itu.Bersama-sama mengejar ilmu demi sebuah cita-cita....

Dan aku...
Terus menghadapi hari-hari yang bakal mendatang. Juga demi sebuah cita-cita....



.:. I Don't like to take Right decision, I Take decision and make them Right...

Wednesday, February 9, 2011

Impian YanG MenJadi Satu HaraPan






Arini aku nak story pasal satu drama Melayu kita.. Selalu asyik dok review pasal drama-drama Jepun, Korea, English TV Series je. Sebenarnya banyak drama Melayu yang berkualiti dan bagus untuk ditonton. Walaupun industri drama sekarang ni banyak dilimpahkan dengan drama seram (takde mesej langsung) dan lawak keterlaluan (kadang-kadang sampai menghina orang pun ada).

Okey, drama yang aku nak review kali ni tak lain tak bukan, macam poster diatas. Gemilang judul diberi. Mula-mula aku malas nak tengok sebab menyampah dengan pelakon utama drama ni Shah Jazle (aku tak jeles ye). Tapi aku tengok banyak review yang kata drama ni bagus. Aku pun cuba check sinopsis dan tengok sape pengarahnya. Rupanya Kabir Bhatia yang kuarkan drama ni. Patutla orang cakap best. Disebabkan aku dah terlepas episod pertama, maka aku pun cari la tempat download di internet.. Lalu aku segera layan drama ni.

Apa yang dapat aku kata? Aku hampir menangis tengok episod satu ni. Kisah asal usul seorang kanak-kanak yang hilang segalanya disebabkan kemiskinan. Kegigihan dia untuk teruskan hidup selepas Ibu bapanya meninggal dan adik-adiknya terpaksa diserahkan pada keluarga angkat. Aku juga kagum dengan pelakon yang membawa watak Lah masa kecik, Naim Daniel. Tersentuh betul jiwa sentimental aku.

Jadi kepada yang belum menonton, aku sarankan anda semua menonton drama ni sebab drama ni bukanlah sebuah drama kosong untuk hiburan semata-mata, ada mesej tersirat yang cuba disampaikan.

.:.Tiz Zaqyah turut menyerikan drama ni..hee

Tuesday, February 8, 2011

Sometimes

Sometimes...

Kadangkala Aku terfikir
Betapa bosan kehidupanku sekarang
Hidup tanpa teman-teman yang memahami
Kesunyian menjelma lagi

Terkadang aku berfikir
Apakah Aku telah memilih jalan yang salah?
Apakah Aku tersalah langkah?
Atau Akukah yang bersalah?

Kekadang Aku memikirkan
Bagaimana kehidupanku kelak
Mungkinkah secerah sinar suria?
Atau gelita tanpa cahaya?

Namun, walau apa jua jawapannya,
Hidup mesti terus
Biarlah DIA yang menentukan
Hidupku mengikut Qada' dan Qadar-NYA.....


Monday, February 7, 2011

Welcome to mY liFe

Aku sebenarnya dah takde idea nak update blog, idea tu ade, cuma datang separuh-separuh je. Dah berlambak kat draft, cuma tak habis je. Tak tau la kenapa. Patutnya minggu ni aku happy gila, tapi ada sesuatu yang mengganggu jiwa sentimental aku ni sehingga aku jadi tak keruan. Banyak berfikir, kurang bekerja. Otak pun cepat je letih. 

Jadi untuk memenuhkan ruang ni, maka aku layankan satu lirik lagu feveret aku nih...


Welcome To My Life
By: Simple Plan
Album: Welcome to My Life

Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just don't belong
And no one understands you

Do you ever wanna run away?
Do you lock yourself in your room?
With the radio on turned up so loud
That no one hears you screaming

No you don't know what it's like
When nothing feels alright
You don't know what it's like to be like me

Do you wanna be somebody else?
Are you sick of feeling so left out?
Are you desperate to find something more
Before your life is over?
Are you stuck inside a world you hate?
Are you sick of everyone around?
With the big fake smiles and stupid lies
While deep inside you're bleeding

No one ever lies straight to your face
And no one ever stabbed you in the back
You might think I'm happy
But I'm not gonna be ok!
Everybody always gave you what you wanted
You never had to work it was always there
You don't know what it's like
What it's like!

To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked
When you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like (what it's like)
To be hurt
To feel lost
To be left out in the dark
To be kicked
When you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breaking down
And no one's there to save you
No you don't know what it's like
Welcome to my life
[The End]

Friday, February 4, 2011

Hole in mY soul

Kadang-kadang perjuangan adalah sesuatu yang kita perlukan dalam hidup ini .Jika Tuhan membiarkan kita
hidup tanpa sebarang dugaan dan rintangan,itu mungkin akan melumpuhkan kita.Kita mungkin tidak akan jadi kuat,tabah dan yakin menempuh segala rintangan untuk meneruskan kehidupan..


How It Feel...

Take a walk outside your mind
Tell me how it feel to be..
The one who turn a knife inside of me
Take a look and you will find
There's nothing there,
I swear....
I'm telling you cause
there's a hole in my soul...