Monday, June 27, 2011

Dari Sinar Mata

Entah kenapa hari ni aku rasa lain macam. Dari pagi tadi aku terasa seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku pada hari ni. Namun aku cuba buat cool je walaupun hati mula berdebar. Bila tiba lunch time, aku rasa macam malas nak makan kat tempat biasa.

"Rul, agak-agak kita nak makan kat mana arini?"

"Ala tempat biasa la"

"Bosan la, kita cari tempat lain la pulak arini,"

Monday, June 20, 2011

Rindu Untuk Merindu


rindu itu datang lagi
namun pada siapa harus kurindu?

ku cuba menepis rindu
namun ia semakin mencengkam jiwa
semakin kuat setiap hari
seakan lemas dalam rindu

puas kucuba
mencari punca rindu ini
namun jawapan masih sama
tiada siapa untuk dirindu

dalam hati tertanya
"kenapa aku rindu?"
jawapan masih sama
kerana aku rindu untuk merindu...






mungkinkah hatimu milikku...?

Friday, June 10, 2011

Terlalu Mahu, Terlupa Yang Perlu

Ketika aku tengah syok drive waktu balik keje semalam, aku terdengar satu lagu ni. Sebenarnya aku dah dengar lagu ni masa konsert AF dua tiga minggu lepas. (kantoi layan AF..haha). Tapi masa tu aku rasa biasa-biasa je sebab Nubhan yang nyanyi. Rupanya penyanyi asal lagu ni Hazama. Lagu ni ciptaan band Meet Uncle Hussain. Memang sangat best bila Hazama nyanyi. Tambah pulak dengan gitaris MUH yang superb. Tapi yang paling best sebenarnya lirik lagu ni. Walaupun mula-mula dengar macam lirik lagu budak-budak, part yang "tanya sama pokok, ape sebab goyang". Tapi part chorus memang ade something. Aku memang dari dulu suka ayat-ayat yang tersirat ni.

Cakap banyak tak guna, hayati lirik lagu ni Pokok - Meet Uncle Hussain feat Hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok...


~ Terlalu leka, terlupa yang utama ~

Monday, June 6, 2011

Kau Masih Cantik Seperti Dulu

Aku mengenali dia 10 tahun dahulu. Pertama kali memandangnya, aku sudah jatuh cinta. Sumpah itulah kali pertama aku jatuh cinta pandang pertama. Mungkin ada pesona pada wajahnya yang membuatkan aku jatuh cinta padanya. Namun siapa aku untuk bertakhta dihatinya. Meskipun aku berjaya mengenali dengan lebih dekat, namun cuma sebagai sahabat, tidak lebih dari itu. Pernah jua aku meluahkan rasa, namun jawapan hampa yang diterima.

10 tahun berlalu. aku masih berhubung dengannya. Dan hari ini, dia selamat menjadi suri di hati suaminya. Aku cuma mampu tersenyum. Aku suka bila dia bahagia. Sebagai tanda penghargaan, aku hadir majlis perkahwinannya. Sekali lagi aku terpana memandangnya. terdetik dihatiku "Kau masih cantik seperti dulu". Namun apa kan daya. Bukan dia jodohku. Aku gembira untuknya. Moga dia bahagia ke akhir hayat.

dia pernah bagitau aku dia suka bunga biru
~sedang aku berkelana, pahit manis aku rindu~

Wednesday, June 1, 2011

Suku Abad Telah Berlalu

Rasanya sudah lama aku tidak merasai perasaan ini - perasaan seolah-olah hari esok aku akan berubah menjadi orang lain. Pertama kali merasainya ketika aku melangkah ke umur yang ke-20 tahun. Ianya seperti aku akan berubah meninggalkan zaman kanak-kanak yang ceria seperti Astro Ceria.hee. Ketika itu ada sedikit rasa takut. Aku seolah tidak percaya betapa cepatnya masa yang berlalu meninggalkan aku tanpa aku sedari.

Itu cerita 5 tahun dulu- Ketika aku masih mencari arah tuju hidup. Sekarang selepas 5 tahun berlalu, 31 mei datang lagi pada 2011. Perasaan yang aku rasa ketika itu kembali memenuhi segenap ruang hati. Terasa seolah akan berlaku suatu perubahan besar dalam hidup aku. 25 tahun atau suku abad telah berlalu. Meskipun ianya cuma sekadar angka yang sentiasa bertambah, namun ia juga menunjukkan betapa kita mungkin tidak akan lama lagi menghirup oksigen di bumi sementara ini. Terfikir aku sejenak.

Dalam usia yang sudah menganjak kematangan, hidup aku juga dipenuhi dengan isu-isu yang perlu aku tangani dengan penuh kematangan. Soal kerja, hidup dan cinta sering menjadi persoalan utama dalam benak fikiran. Setiap hari aku memikirkannya. Apatah lagi melihat kawan-kawan yang mula melangkah ke tahap yang seterusnya. Tipu kalau aku katakan aku tidak punya keinginan yang sama.

Terima kasih atas semua Birthday wishes samada melalui sms atau FB, aku amat menghargainya. Ia membuatkan aku tersenyum sendiri. Hee



25 and still.... alone...