Wednesday, February 1, 2012

Dari Sinar Mata 20

" Eh Ridwan, kamu buat apa kat sini?" dah tentu ni restoran, mestilah nak makan, apa punya soalan daa.. aku dah sedaya upaya mengelak tadi dia boleh nampak jugak.

"Saya datang makan je makcik," jawabku pendek. Kalau boleh aku nak blah buat macam tak nampak je.

"Ooo, ni sape yang cantik manis ni? " Dia dah start dah.

"Ni kawan saya," cilake betul. apesal aku rasa macam nervous pulak ni. Lia diam je.

"Kawan ke girlfriend?" dia dah buat senyum sinis.

"Kawan je makcik. Eh makcik kitorang dah lambat ni. Ada hal sikit. Nanti kita jumpa lagi ek," Aku segera mintak diri. Makcik ni bukan boleh nak dilayan lama-lama sangat.

Memperkenalkan makcik Leha ataupun lebih dikenali sebagai makcik internet bergerak. Dia ni lebih kurang mami jarum. Suka betul nak gosip hal orang. Satu taman perumahan aku dah kenal dengan perangai makcik ni. Bab gosip-gosip ni dia memang minat. Kadang-kadang dia nampak lain, dia pergi cerita lain. Ni dia nak buat cerita apa entah bila nampak aku dengan Lia. Nasib baik la aku dah nak balik tadi. Malang betul rasanya bila terserempak dengan makcik Leha tu.


" Sape makcik tu tadi awak? makcik awak ke?" Lia pulak dah start tanya soalan.

"Itu jiran saya. Dia jenis kaki gosip, tu yang saya malas nak cakap banyak dengan dia," aku jadi risau pulak.

"Mesti esok dia cerita kat jiran-jiran Ridzwan ni suka bawak anak dara orang jalan merata-rata,hehe" Eh dia gelak pulak. Nak kena budak ni.

" Oo gelak eh. Nanti nama awak pun masuk sekali tau,"

"Takdenya, awak tak sebut pun nama saya tadi," dia gelak lagi. Amboi sakan nampak.

"Takpe, nanti petang ni saya gi rumah dia, saya bagitau nama awak kat dia" aku buat muka serius.

"Berani ke nak gi rumah dia? tadi pun dah macam takut-takut je, hehe" kalah aku camni. ada je jawapan dia nak balas balik.

"Yela awak menang la," aku buat-buat merajuk

"Ala merajuk pulak dia, buruk tau lelaki merajuk ni," nak pujuk la tu.

Diam

" Ok, saya mintak maaf ye," dia dah buat muka kesian pulak.

Tak jadi aku nak merajuk ni.hehe
*****

Makin hari makin kuat rasanya perasaan cinta aku ni kat Lia. Rasa macam tak boleh nak tunggu je sampai ujung tahun ni. Tapi aku dah janji nak tunggu dia, nak taknak kena tunaikan janji jugak. Kalau tak, nanti melepas pulak aku nanti. Parah aku kecewa kalau tak jadi dengan Lia ni.haha. Tiba-tiba teringat pulak perbualan aku dengan Mama petang tadi.

"Wan, mama nak tanya sikit ni?" Tiba-tiba mama aku serius. Jarang dia nak tanya sikit camni, selalu main tanya je.haha

"Ape dia mama?" aku macam dah boleh agak soalan mama tu.

"Anak dara sape yang kamu bawak keluar semalam?" Dah agak dah. Mesti makcik internet bergerak tu yang buat kepoh kat mama aku ni.

"Kawan je mama, lagipun kitorang keluar makan je," 

"Tak elok bawak anak dara orang kehulur-kehilir ni wan. Kalau wan dah berkenan, bagitau je mama, Biar mama dengan papa pergi pinangkan.kita kan ada adat kita," amboi sampai kesitu mak aku pikir.hehe

"Nanti la dulu mama, Wan tengah nak kenal dia ni, nanti dah setel semua, wan bagitau mama eh," aku rasa macam dah senyum sorang-sorang je bila mama sebut pasal pinang meminang ni.hee

"Waa along dah nak kahwin ke?" datang dah budak bertuah ni.

"Ish Fina ni, kalau tak menyampuk boleh tak? " kan dah kena tegur dengan mama.haha

"Ala Fina tau dengan sape Along nak kahwin," dia dah buat sengih jahat.

"Fina jangan nak ngada-ngada ek," cepat-cepat aku nak tutup mulut si Fina ni. Dia lagi cepat rupanya lari. Terpaksa aku kejar dia pulak. Mama hanya menggeleng tengok perangai anak-anak dia yang macam budak tadika...hehe.

Bersambung lagi... :)


sajenakmerepek: sorry lambat update, demam+cuti tahun baru cina...haha






~ saat yang indah umpama kemanisan tanpa gula ~

No comments: