Monday, November 22, 2010

Cinta Bazar Ramadhan (Special Chapter)

Dari sudut hati Jaha a.k.a. brader murtabak 8

    Nama aku Azhar.Tapi kawan-kawan panggil Jaha je.diorang cakap aku ni macam selebriti.suara aku sebijik macam awie, rupa paras pulak macam Angah Raja Lawak.Namun aku tak termakan dengan segala pujian-pujian yang nak suruh aku belanja makan je.Namun kadang-kadang aku bangga jugak bila aku rasa macam diri aku ni betul-betul selebriti.Hidup aku ni boleh dikira lengkap. Ada kerja yang stabil, ada rumah sendiri, ada kereta sendiri dan banyak lagi yang tak perlu aku senaraikan.hehe.Cuma aku kekurangan sesuatu.sesuatu yang buat aku gelisah tak sudah.Dalam usiaku yang sudah menjangkau 28tahun, aku memerlukan seseorang yang boleh dibuat suri dalam hidupku.Telah ramai awek yang aku temui.Namun semuanya hampa.tiada yang melekat.beginilah nasib seorang selebriti,kata seorang member ku usop yang selalu suruh aku belanja dia makan roti canai tiap-tiap pagi.Masuk tahun 2010 aku bertekad ingin menamatkan zaman solo ku.

    Diam tak diam (kadang-kadang memekak pun ada jugak), dah masuk bulan Ramadhan,maknanya dah masuk bulan puasa.Tiada lagi roti canai diwaktu pagi.Ah asyik fikir makan je aku ni. Aku masih lagi solo. Dulu aku target, nak dapat awek sebelum raya. Maknanya aku ada sebulan je lagi sbelum mencapai deadline misi mencari awek 2010 yang aku catat pada planner aku seawal januari dulu.Arghh rasa tension timbul jua saat ini.Mungkin betol kata usop, aku kena mandi bunga.tapi aku bimbang aku akan bertukar menjadi mat bunga.Tak macho la aku kalau dah jadi mat bunga.Aku bukan jenis mamat yang hafal segala macam madah berhelah untuk digunakan sebagai ayat pemanis bicara dikala mengorat awek. Aku ni jenis straight to the point,tapi kadang-kadang pemalu jugak.haha.

    Pada keesokan harinya (1 Ramadhan), aku yang bujang lagi solo ni berjalan seorang diri ke Bazar Ramadhan yang berdekakatan.Malas aku nak ajak usop, nanti kering poket aku.huhu. Kat malaysia ni, dah jadi trend, asal datang ramadhan je, mesti ramai yang serbu Bazar Ramadhan, daripada baby sampaila orang tua bertongkat.msti ade je kat situ.keadaan yang sesak tu membuatkan aku rasa macam nak langgar orang je, tapi nanti orang cakap camni plak "eleh mentang-mentang la dia besar, suka-suki je nak langgar orang". memikirkan kemungkinan itu dan teringatkan bulan yang mulia ni, aku bersabar.

    Aku lihat macam-macam juadah yang telah tersedia untuk dibeli. Cakap je nak lauk ape, kuih ape, semua ada.Tinggal cakap dan hulur duit je.Walaupun aku jenis yang makan banyak, namun aku gagal memikirkan juadah apa yang patut aku beli untuk bukak puasa hari ni.Kalau aku tanya makcik yang bukak gerai ni, confirm dia suruh angkut semua lauk yang dia jual.haha.Tiba-tiba aku teringatkan usop.Dia suka sangat makan roti canai.Tapi ada ke orang jual roti canai kat bazar ni? Tiba-tibaaku terpandang satu gerai yang nampak macam jual roti canai.Tapi rupanya jangkaan aku meleset.Dia jual murtabak rupanya.Yang lebih mengejutkan aku, penjual murtabak ni seorang awek atau dengan lebih tepat awek cun.Terpaku aku seketika...


    "Abang nak murtabak ape?" Alahai lunak pulak suaranya.aku rasa terbuai-buai bila mendengar suaranya merdunya itu.

    "Abang OK tak ni?" Eh aku tak jawab lagi ke soalannya tadi.Malunya aku...

    "Dik bagi murtabak 8.." Muka dia macam berkerut je. tak percaya ke aku nak murtabak 8. Eh aku cakap 8 ke tadi? Gila sape nak makan sampai 8? Terlajak kereta boleh reverse, terlajak kata lu tanggun sendiri la..Takpela awek cun punya pasal.. beli 20 pun aku sanggup.. nanti aku bagi jela usop makan. Dia tu aku bagi ape pun dia makan, tolak kayu dengan batu je.haha. Aku terus memerhati tingkah awek tersebut.laju je dia buat keje.terpesona aku melihatnya...

    "Ok dah siap bang," aku pun menyambut huluran murtabak tersebut dan menghulurkan RM10 dan berkata "adik simpan la bakinya" dengan penuh confident.Namun jawapan darinya amat memalukan aku.

    "Tapi ni tak cukup lagi bang, murtabak tu 2ringgit satu, jadi semuanya 16 ringgit..." Dia masih tersenyum manakala aku pulak rasa macam dah hijau je muka menahan malu yang teramat.lalu aku memberi Rm10 lagi dan sekali lagi suruh dia simpan bakinya. Aku cepat-cepat blah dari situ akibat malu yang terlampau....

*****************************

    "Mana ko beli murtabak ni Ha? sedap gile.." Usop..itulah ayat selalu dia bagi kat aku setiap kali aku belanja dia makan.Semuanya sedap bila masuk ke mulut dia.Maklum la barang free, mestila sedap.haha.

    "Ala aku beli dekat sorang makcik kat bazar Ramadhan tadi," Aku tak boleh bagitau awek yang jual murtabak ni.Kang si Usop ni potong line aku pulak.Bikin panas je nanti.

**********************************

    Dipendekkan cerita, setiap hari aku akan ke gerai murtabak awek tersebut dengan harapan untuk melihat senyuman manisnya.Dan aku tetap beli 8 murtabak sebab aku dan malu.Yang untungnya si Usop sebab dapat melantak setiap hari.Namun pada suatu hari aku melihat sesuatu yang kurang enak.Ada sorang mamat kelihatan cuba mengejas bidadari aku tu.Aku tengok awek tu tergelak-gelak gembira.Ni memang bikin panas.Aku tak boleh biarkan keadaan ini berlarutan.Aku harus bertindak pantas.Sepantas superman walaupun aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis.Ah aku dah termenyanyi la pulak.

    "Dik bagi murtabak 8," tanpa berfikir panjang aku menyerbu ke arah mereka.Mamat tu menunjukkan muka tak puas hati.Namun dia tetap blah juga.Sorry la bro, dia milikku bukan milikmu, pergilah kamu jangan kau ganggu...aku menyanyi lagi.Ni gara-gara aku layan sinetron Cinta Kirana dengan usop.

    Walaupun aku telah berjaya mengusir mamat tersebut, namun aku masih tidak berjaya mengorat awek tersebut.Nama pun aku tak tahu.Sukar betul aku nak buat first move.Aku ni manala tau langkah-langkah mengorat awek.Takkan aku nak tanya Usop, makhluk tu tau makan je.Arghhh tension aku memikirkan masa depan yang kelam.Ditambah pulak dengan persaingan dari mamat tadi.risau aku dibuatnya.

**************************************

    Pada suatu hari, seperti biasa aku akan ke bazar Ramadhan.Namun kali ni hatiku hancur berkecai apabila melihat mamat tu bergandingan dengan awek murtabak tu menuju ke sebuah restoran.Mungkin nak berbuka puasa bersama kot.Mahu saja aku menjerit memanggil namanya.namun aku tak tahu apa namanya.Buntu aku seketika.rasa macam tiada semangat untuk meneruskan perjalanan membeli juadah berbuka.Apalah malangnya nasibku ini.Mungkin aku betul-betul perlu mandi bunga.

    Keesokan harinya aku lihat pemandangan yang lebih menyakitkan hati.Mamat tu dengan gembiranya menolong awek tersebut menjual murtabak bersama.bengang betul aku camni.kenapa la dia pilih mamat kurus tu? Sedangkan aku jauh lebih tough dan sasa sampai salman khan tu kagum dengan body aku ni.Perlukah aku bukak baju untuk tunjuk betapa bergayanya aku?gila ke ape nak bukak baju kat sini? kang tak pasal-pasal orang cakap aku gila pulak.haha.Rasanya otak aku dah tak mampu berfungsi dengan baik.Tapi aku tetap pergi ke gerai tersebut sebab usop dah pesan nak makan murtabak lagi hari ni.

    Saat aku sampai kat depan gerai murtabak tu, seolah ada arus elektrik yang menyala antara aku dengan mamat kurus tu.Namun aku tetap merasakan kekalahan aku bila melihat awek tersebut melayannya dengan mesra.Disebabkan kecewa yang teramat, maka aku pun beli 1 je murtabak.Mungkin ini murtabak terakhir yang akan aku beli kat sini.lalu aku cepat-cepat beredar dari situ.Tak sanggup lagi aku melihat bunga yang ku puja dipetik orang.Aku menjadi sentimental secara tiba-tiba.

    Dalam aku kalut untuk beredar, aku dengan tidak sengaja terlanggar seorang gadis berbaju kurung ungu.

    "Sorry-sorry saya tak sengaja," spontan aku berkata begitu.biasala kan.

    "Takpe-takpe, sikit je,' dia bingkas bangun sambil membetulkan tudungnya.Eh macam pernah kulihat gadis ini.tapi dimana ya?

    "Awak ni Izzah kan?" aku cuba meneka.namun aku agak pasti gadis ni memang Izzah, classmate aku masa form5 dulu.

    "Ye,saya izzah.awak ni... " dia cuba mengingat semula " Azhar kan?"

    "Yup saya Azhar.lama betul kita tak jumpa kan" memang lepas habis sekolah dulu aku langsung tak jumpa dia.yela zaman tu mana ade facebook macam sekarang.

    "A'ah lama betul tak jumpa.awak nampak lain sekarang.dulu kurus je,' aku tersipu-sipu malu dia cakap camtu.haha

    "awak sorang je ke ni?" aku cuba mengalih topik.

    "Sorang je, housemate saya berbuka dengan BF dia hari ni" dari ayat tersebut aku merumuskan yang dia still single.

    "Jom berbuka ngan saya nak tak?" Confident je aku ajak awek berbuka.padahal tadi baru putus cinta.haha

    "Betul ke ni? saya ok je.lagipun banyak benda nak tanya awak ni" dia menjawab dengan senyuman yang sangat manis.

    Hari tu aku berbuka dengan dia, sempat jugak bertukar nombor phone.Tuhan tu maha adil.Mungkin Tuhan nak bagi yang lebih sesuai untuk aku.Selamat tinggal gadis murtabak.haha


-TammaT-


Special Thanks:

To Cg_mila: for showing me something that makes me wanna write this special chapter..hehe
To Liya_syahira:For always comment in my blog...really appreciate it

For those who want to share this story in their blog/website, please ask my permission first and be my follower..TQ :-)

2 comments:

cg_mila said...

hehe.rindu nk bc cite ni.dh 2 taun..buat lah cite dari sudut hati azwan aziz pulak.haha *smbung taw cite di saat aku mencintaimu tu:p

Azwan Aziz said...

Di saat aku mencintaimu tu mmg dari sudut hati azwan aziz la hehe