Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, November 16, 2011

Bukan Senang Untuk Meluahkan

Dalam hidup ini, seringkali kita berada dalam situasi dilema, umpama tiba dia suatu persimpangan jalan. Harus memilih pilihan jalan. Jika ia mempunyai petanda, maka ianya tidaklah sesukar mana untuk membuat pilihan. Tapi ianya pasti suatu yang sukar jika kita harus membuat pilihan tanpa sebarang petanda. Untuk membuat pilihan yang tepat, pasti mengundang seribu keresahan. Resah gelisah yang bertandang di jiwa pasti menimbulkan kegusaran. Bagaimana harus memilih?

Saat untuk meluahkan rasa cinta juga termasuk dalam dilema Baik lelaki mahupun perempuan pasti berfikir banyak kali sebelum meluahkan rasa cinta kepada insan yang di cintai. Bukan senang untuk meluahkan rasa cinta yang mungkin sudah bertahun lamanya tersimpan di hati. Sehinggakan sampai suatu saat, hati tidak lagi mampu bertahan dalam cinta dalam diam. Rasa cinta itu perlu diluahkan kepada insan yang sepatutnya. Persoalannya bagaimana harus meluahkan?


Aspek keyakinan diri pasti menjadi faktor utama dalam usaha untuk meluahkan rasa itu. Setinggi manakah keyakinan dihati untuk meluahkannya? Sejauh manakah hati mampu bertahan dengan jawapan yang bakal diterima? Bukan mudah bagi seseorang untuk mempunyai 100%keyakinan pabila malu meluahkan perasaan. Berbagai tanggapan positif dan juga negatif pasti bermain di fikiran sebelum bertindak untuk meluahkan. Ianya juga yang akan menjadi faktor kejayaan dalam proses meluahkan perasaan tersebut.

Setiap orang pasti mahukan jawapan yang positif, setelah bersusah payah mengumpul keyakinan diri. Namun siapalah kita untuk menentukan jawapan yang bakal diterima. Soal hati bukanlah semudah itu. Jawapan yang diterima barangkali tiada dalam dugaan kita sendiri. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Dia telah menetapkan segalanya. Jika jawapan yang diterima adalah negatif, maka redhalah dengan ketentuan-Nya kerana Dia telah menetapkan yang terbaik buat kita. Mungkin masanya belum tiba. Sabarlah wahai HATI...





~ jika kau memahami hati seorang perindu ~

1 comment:

dear anies said...

istikharah.. solat hajat..pasti boleh..