Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, September 18, 2011

Dari Sinar Mata 9

"Esok datang tau, kalau tak datang dah tak dapat sampai bila-bila"

Kata-kata Atie malam tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Misteri betul dengan perkataan 'sampai bila-bila' tu. Kadang-kadang aku rasa macam nak fikir bukan-bukan pun ada. Dahla aku ni jenis yang suka berfikir. Malam tadi pun tidur lambat. Semuanya pasal kata-kata Atie tu. Kalau nak ditafsirkan, macam-macam makna yang boleh difikirkan. Tapi aku nak tahu apa yang dia fikirkan. Atie ni betul-betul suka buat suspen la. Agaknya dia suka baca novel jenis penyiasatan. Nak bagi orang suspen dan tertunggu-tunggu je selalu. haish...

Tiba-tiba ada bunyi hon dari belakang. Alamak traffic light dah hijau. Macamana la aku boleh lupa aku tengah drive sekarang? Bahaya betul perangai camni.haha. Orang belakang ni pun tak boleh ke sabar sikit? Bukannya aku tidur dalam kereta pun, berangan kejap je.hehe. Perjalanan di teruskan. Sebenarnya aku cuti hari ni. Bukan cuti sebab nak jumpa Atie, tapi memang hari sabtu aku tak kerja. Tapi selalunya hari sabtu ni la hari untuk aku rehat-rehat kat rumah, namun hari ni aku terpaksa keluar jugak. Nak jumpa Atie punya pasal. Kata orang cinta memerlukan pengorbanan. Sejak bila aku mula peduli dengan kata orang ni? hehe. Kata orang lagi, cinta ni boleh mengubah seseorang. Dah berubahkah aku?



Lebih kurang pukul 10.56pagi, aku tiba kat restoran Selera Cik Siti, tempat Atie kerja. Dia yang suruh aku datang pukul 11 sebab katanya dia rehat pukul 11. Sebagai lelaki gentlemen, pasti aku datang awal walaupun hanya awal 4 minit.hehe. Bila aku masuk je ke restoran tu, aku dah nampak dia. Senyum je macam selalu. Aku pun turut membalas senyumannya. Dia ajak aku duduk kat satu meja yang macam tak ramai sangat orang. Mula-mula aku nak bawak dia ke tempat lain, tapi dia cakap dia rehat kejap je, jadi kitorang pun jumpa kat sini jela.

" Dah makan ke?" Tanya Atie padaku sebaik sahaja aku duduk.

"Belum lagi, awal lagi nak lucnh. Lagipun saya tak biasa makan pagi," Jujur aku jawab.hee

"Ni mesti kes selalu bangun lambat kan? Sebab tu tak biasa makan pagi," Adoi dia dah mula buat sengih nakal dia tu. Kantoi pulak aku.

"Hehe bangun lambat tu adala jugak, tapi saya memang tak boleh makan pagi, nanti sakit perut." Alasan kena kukuh sket.

"Yela. Awak, thanks sekali lagi pasal present tu. Saya suka sangat," Dari senyumannya tu. Dapat aku rasakan yang dia betul-betul suka hadiah tu. Bahagia pulak rasanya.

"Takde apela. Hadiah biasa-biasa je."

Lepas tu kitorang borak pasal benda-benda biasa je. Hati aku masih lagi berdebar. Apa sebenarnya yang dia nak bagi kat aku tu? Malam tadi bunyi macam sangat penting je. Tapi ni dah macam takde ape-ape pulak. Adoi camne ni? aku nak tanya, segan pulak. Tiba-tiba...

"Awak, saya nak tanya sikit boleh?" Ni kenapa tiba-tiba masuk mood serius seram pulak ni? Aku tak mampu nak jawab, angguk je.

"Awak betul-betul sukakan saya ke?" Betul ke apa yang aku dengar ni? Apasal aku rasa macam dunia dah terbalik ni? Rasa nak tampar diri sendiri pun ada.

"Ya, saya memang sukakan awak, sejak pertama kali saya jumpa awak" Setenang yang mungkin aku cuba menjawab. Harap-harap dia yakin.

"Tapi awak nak ke gadis macam saya ni? Saya ni orang biasa je. Tak padan dengan awak," Alahai dah masuk drama antara dua darjat pulak.

"Saya pun orang biasa jugak awak, kerja makan gaji jugak. Saya bukannya macam yang awak sangkakan,"

"Tapi ada satu syarat kalau awak nak berkawan dengan saya," Main syarat-syarat pulak. Dah rasa macam mood Sultan Melaka nak pinang Puteri Gunung Ledang pulak.

"Apa syaratnya?"

"Awak sanggup tak tunggu setahun?"

"Kenapa kena tunggu sampai setahun?"

"Sebab saya masih belajar lagi, ada setahun lagi sebelum saya tamat pengajian. Kalau awak sanggup tunggu sampai masa tu, barulah saya boleh serius dengan awak," tenang je jawapannya. aku pulak yang rasa macam nak terjatuh dari kerusi ni.

"Habis tu sekarang ni kan awak dah kerja?" naik hairan aku camni.

"Sekarang saya tengah cuti semester la cik abang,' Dia dah gelakkan aku. amboi sukanya dia. tadi kemain lagi seriusnya.

"Okey, pandai awak berlakon ye," rasa nak cubit je pipi budak Atie ni.

"Mana ada berlakon, awak yang tak pernah tanya.hehe. So macamana? Sanggup tunggu setahun? " Selamba je dia tanya. Mata yang bulat tu macam bersinar-sinar je.

" 10 tahun pun saya boleh tunggu," Tenang jugak aku jawab...


Bersambung pulak, tapi bukan tahun depan la...haha

Sementara tunggu sambungan, apekata korang bagi sepatah dua komen kat bawah ni... TQ.. :)






~ hidup ni penuh dengan kejutan ~

2 comments:

Anonymous said...

suka tak suka jadi no 2. tapi rasa nak bace nak tau apa jadi seterusn2 nye...asalnye bace dr syok.org

Azwan Aziz said...

Thanks sbb sudi baca sambungannya... :)