Saturday, January 7, 2012

Dari Sinar Mata 18

" Awak?"

" Eh awak?" Dia pun nampak terkejut jugak.

" Awak salah naik bas ke? Awak kan orang Johor, ni bas nak ke Kota Bharu "

" Dah betul la, saya memang nak ke Kota Bharu, cuba tengok tiket ni " Aku menyambut huluran tiket tu. Memang sah sama je dengan tiket aku, dan nombor seat pun dah betul. Tapi kenapa dia nak ke Kota Bharu? Nak ikut aku ke ape ni? Tiba-tiba rasa seram sejuk pulak.

"Awak nak buat apa kat Kota Bharu?" Akhirnya aku bertanya jugak.

"Saya nak balik rumah nenek saya," selamba dia menjawab.


"Tak pernah cakap pun nenek awak orang Kelantan,"

"Dah awak tak pernah tanya," Eleh buat kerek pulak dia ni. Malas aku nak layan. Tido lagi bagus. Harap-harap si Suhaimi ni tak gatal buat benda tak senonoh kat aku. Dah hilang rasa excited aku nak balik kampung.

*****

Suasana pagi di bumi Kelantan sangat mendamaikan. Rasa macam dah lama sangat tak balik kampung, padahal dua bulan lepas dah balik.hihi. Tadi aku dah call Abah, kejap lagi sampaila tu. Kesian jugak dekat Abah sebab terpaksa bangun pagi-pagi buta sebab nak ambik aku je. Tapi dia sendiri yang pesan,bila sampai je terus call dia sebab dia risau aku sorang-sorang kat stesen bas ni pagi-pagi camni. Tiba-tiba mamat menyampah tu datang dekat aku.

"Awak kat mana boleh dapatkan teksi?" 

"Time macam ni takde teksi lagi la, kejap lagi baru ada" Dia terdiam je. Ni mesti jarang balik kampung, apa pun tak tahu.

"Awak tunggu teksi jugak ke?"

"Saya tunggu Abah saya la,"

Tiba-tiba kelihatan Abah sampai. Lega aku sebab dah tak payah layan lelaki ni lagi. 

"Ni kawan Atie ke?" tanya Abah.

'Budak satu U Abah," aku jawab acuh tak acuh

"Tunggu ada orang datang ambik ke?" Mesra alam la pulak Abah aku ni.
"Taklah, saya tunggu teksi pakcik,"

"Rumah dekat mana?"

"Kat Kampung Cherang. Saya nak balik rumah nenek sebenarnya" sopan betul mamat ni bercakap dengan Abah.

"Kalau macam tu mehla naik kereta pakcik. Kampung Cherang tu dah dekat dengan rumah kami," Ah sudah. Abah aku ni memang baik tak bertempat betul la.

"Eh takpela pakcik, saya boleh tunggu teksi je,"

"Ala jom la, lagipun dah satu hala dengan rumah pakcik. Teksi lambat lagi nak datang tu,"

Akhirnya dia setuju. Dan akhirnya aku terpaksa lagi bersama dia. Pandai pulak dia borak dengan Abah aku ni. Jangan sampai Abah berkenan nak buat menantu sudahla.

Bersambung...

sajenakmerepek: Kebelakangan ni aku susah nak cari mood untuk menulis.entah kenapa aku pun tak tahu.



~ sesuatu yang tidak dijangka mungkin berlaku ~