Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, November 14, 2011

Cinta Kedai Buku

Fendy masih lagi mundar-mandir dihadapan kedai buku Popular. Fikirannya ligat berfikir samada mahu meneruskan misi separuh segan ni atau batalkan saja niatnya. Namun akibat yang pedih bakal diterima sekiranya misi ini tidak dilaksanakan sebagaimana yang telah diarahkan. Hatinya gundah gulana memikirkan akibat itu. Tapi dia juga tidak sanggup menghadapi kemungkinan kesan yang bakal dihadapi sekiranya misi ini tetap diteruskan. Ini semua gara-gara Sally. Dia lah petualang dalam semua hal yang bakal berlaku ni.

Dengan langkah yang berat, Fendy meneruskan langkah ke kedai buku Popular itu. Ditoleh kiri dan kanan, bimbang jika ada mata-mata yang memerhati mengenali dirinya. Lagaknya yang macam cuak ditambah segan boleh menimbulkan syak wasangka bagi sesiapa yang melihatnya. Tadi dia dah dipandang-pandang jeling-jeling oleh 2 orang pak guard yang kebetulan melalui kawasan itu. Celaka betul, bisik hatinya.


Perlahan-lahan dia menghampiri tempat yang ingin ditujunya. Sebuah kawasan kegemaran gadis-gadis remaja mahupun terlebih remaja. Dia menelan air liur yang terasa macam tersekat dikerongkong. Perutnya juga berkeroncong kerana belum makan tengahari. Seleranya hilang akibat terpaksa lakukan misi ini. Tapi dia juga tiba-tiba rasa lapar setelah terpandang buku panduan memasak tadi. Banyak pulak dugaannya hari ni. Fendy merasa seakan-akan mahu berpatah balik. Namun mengingatkan padahnya sekiranya gagal, maka dia teruskan jua misi ini.

Semua ni terjadi gara-gara dia kantoi melayan blog jiwang di office pagi tadi. Kebetulan pulak Sally, minah kepoh di office tu terpandang apa yang tengah dilakukannya. Dia rasa nak hantuk kepala ke dinding je setelah kantoi dengan Sally. Kenapa mesti Sally? Celaka betul, jahanam hidup aku, bisiknya dalam hati. Sebagai syarat untuk menyimpan rahsia, dia harus melakukan sesuatu untuk Sally. Dia rasa menyesal tak sudah. Lagi menyesal dari lagu menyesal nyanyian Sixth Sense. Padahal itulah pertama kali seumur hidupnya bukak blog jiwang. Sebabnya cuma nak cari idea untuk mengorat awek.

Namun menyesal pun dah tak guna. Misi itu mesti diteruskan jua. Dendam pasti akan dibalas Sally. Dia segera ke rak bahagian novel jiwang. Segan tak payah cakaplah, mukanya seakan merah menyala. Rasa nak pakai topeng pun ada, tapi takut dikatakan merompak pulak. Sepanjang hidupnya inilah pertama kali dia ke bahagian ini. Mamat rock grudge macam dia mana layan novel-novel cinta ni. Tapi si Sally kepoh dah suruh dia belikan satu novel cinta bertajuk 7 Hari Mencintaiku. Dengar tajuknya pun dah rasa nak demam, inikan pulak disuruh beli sendiri. Ada mata-mata memandang aneh terhadapnya. Seakan terlihat alien masuk kedai buku. Dia mula menyumpah Sally dalam hati. Langkah dipercepatkan agar misi ini segera ditamatkan. Banyak pulak novel kat sini. Agak sukar nak mencari novel tu. Tiba-tiba dia terpandang novel tersebut. Cuma ada satu je. Nasib baik, katanya dalam hati.

Ketika dia ingin mencapai buku tersebut, ada satu lagi tangan yang turut serta ingin mencapai buku tersebut. Melihat pada tangannya, sah itu tangan milik seorang gadis. Fendy mula rasa berdebar tak tentu pasal.. Kenapa rasa macam dalam drama melayu je ni? Bab kebetulan yang tidak disangka ni betul-betul membuatkan dia rasa sangat berdebar. Apatah lagi apabila dia berpaling melihat tuan punya tangan tersebut. Seorang gadis cantik macam Nora Danish versi drama Tentang Dhia berdiri didepannya. Dia juga turut terperanjat.

Selepas beberapa saat barula Fendy tersedar dari lamunan. Lalu dia segera lepaskan buku tersebut.

"Sorry, cik ambik la buku ni," Dia berlagak gentlemen.

"Eh takpelah, encik ambik la, lagipun encik yang pegang dulu tadi," Alahai suaranya lembut sungguh. Fendy rasa macam nak tampar diri sendiri je sebab macam tak percaya dia masih di alam nyata.

"Takpela saya nak tengok-tengok je tadi," fendy masih cuba nak jadi gentlemen. Dia dah lupa segala janjinya dengan Sally.

" Saya rasa tak sedap hati la kalau ambik ni sebab encik yang ambik dulu tadi," Gadis cantik itu masih tidak mahu menerima.

Dalam pada mereka saling menolak, tiba datang seorang pekerja kedai buku tersebut.

" Tak payah nak berebut la ye, kat dalam stor ade melambak lagi stok buku tu, nanti saya ambilkan " lalu lelaki itu beredar ke belakang. Ciss kacau daun sungguh lelaki itu, desis Fendy. hancur harapan nak mengorat....

Tamat...hahaha


.:. idea cite pendek ni datang tiba-tiba je masa aku tengah tunggu giliran dekat bank. Apa kaitan bank dengan kedai buku? Aku pun tak tahu...haha...

Ni la novel 7 Hari Mencintaiku




~ Bagi aku masa 7 hari ~

3 comments:

dear anies said...

amboiiiii
sy da khatam da novel ni.. semlman je hehehe

Azwan Aziz said...

semalaman? biar betul? ni baca 1st bab terus skip ke bab last ke ape? hehe

Anonymous said...

bhahahahaha..cinta sabun buku tade?