Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, September 26, 2011

Dari Sinar Mata 10

Tak ku sangka, tak ku duga. Atie yang aku kenal tu sebenarnya seorang budak Universiti. Bukan aku nak merendahkan orang yang bekerja kat kedai makan, tapi itulah hakikatnya. Setahu aku budak-budak sekarang ni bukannya rajin sangat nak buat kerja part-time ni. Lebih-lebih lagi time cuti semester yang diistilahkan sebagai honeymoon selepas penat belajar selama 1 semester. Aku juga pernah melalui zaman tu. Zaman dimana waktu cuti sememangnya digunakan untuk cuti sepenuhnya. Masa cuti digunakan untuk bermalas-malasan dengan alasan nak merehatkan otak. ceh.

Tapi itu bukan masalah besar. Bagi aku lagi bagus kalau macam tu. Yang menjadi masalahnya, aku dah janji nak tunggu dia. Bukan seminggu dua, tapi setahun. Adoi camne ni. Terlajak kereta, ada gear reverse, terlajak kata lu tanggung la sendiri. Dan aku bukanlah seorang lelaki yang suka bagi janji kosong. Janji harus ditepati.

******

"Kau betul ke suka kat Ridzwan tu?" Atie dah buat nada macam mak yang tengah risaukan anak daranya.


"Suka tu adala, tapi cinta belum lagi" tenang dia menjawab.

"Kau jangan nak main-main Atie, nanti kau jugak yang susah," Elly semakin risau. Atie ni memang suka buat benda-benda yang boleh buat orang terkejut.

"Sebab tu la aku nak test dia dulu," Atie jawab sambil tersengih

"Nak test lagi? Kau ingat ni rancangan kuiz ke nak main test je selalu,"

"Ala aku dah bagitau dia tadi, dia dah sanggup pun," Atie makin senyum lebar

"Kali ni kau test macamana pulak?" Atie memang macam-macam. Nak dapat nombor phone dulu pun kemain lagi dia test mamat tu.

"Aku suruh dia tunggu setahun, sampai aku habis study," Atie buat sengih nakal

"Habis tu dia jawab apa?"

*****

"10 tahun pun saya boleh tunggu"

"Kau jawab camtu? Kau gila ke apa Wan?" Mirul terkejut gile dengar cerita aku tu.

"Dahtu takkan aku nak cakap aku tak boleh tunggu, nanti sah-sah dia cakap aku tak serius dengan dia," 

"Yela, agak-agak la nak tunggu pun. Yang kau pergi jawab sampai 10 tahun tu kenapa? Hiperbola betula la kau ni" Mirul masih lagi tak puas hati.

"Masa tu aku macam emo sikit, yela dia asyik main test je dengan aku, aku pun bagila jawapan yang berlagak sikit," Tu nasib baik aku tak jawab 1000 tahun.haha

"Lantak kau la Wan, tapi setahun je pun, tak lama,"

"Tapi aku rasa lama la setahun tu. Kalau kahwin, mungkin dah dapat anak tau,"

"Haha ni takde lain la ni, belum apa-apa dah fikir pasal anak," Mirul dah buat sengih jahat dia tu

"Aku buat perbandingan jela, kau tu yang fikir bukan-bukan" Cis mirul ni sengaja nak malukan aku la tu. Hempuk karang baru tahu.

"Bagi jela dia study dulu. Lagipun bukan jauh sangat Kota Bharu dengan Kedah tu. Kalau kau dah rindu tahap tak lalu makan pun, sekejap je kau dah boleh sampai kedah tu," Ni yang aku malas nak story kat si Mirul. Ada aje yang dia nak kenakan aku.


Tapi ada betulnya jugak cakap si Mirul tu. Bukannya jauh sangat Kedah tu. Anytime aku boleh pergi sana. Tapi mampukah aku tunggu setahun? Setahun tu ada 365 hari tau. Tak jumpa seminggu pun aku dah angau tak tentu pasal. Mungkin inilah dinamakan dugaan dalam bercinta. padahal bercinta pun belum. haha. Daripada aku dok fikir bukan-bukan Baik aku layan lagu simple plan - i can wait forever je..hehe

Bersambung lagi...kehkehkeh

Kalau nak sambungan cepat, sila bagi komen dibawah...hehe :)







~ cinta memang memerlukan pengorbanan ~

3 comments:

Anonymous said...

agaknyer ape lg test yg si atie 2 nk bg huhu mmg penuh pengorbanan:-)

Anonymous said...

bro..cepat skit kuar episod seterusnya..xsabar dh ni..haha

Anonymous said...

hei bole tak bg tau kat maner ko amik gamar2 yg cun2 nie ek?????