Wednesday, December 12, 2012

Di Saat Aku Mencintai Mu 2

Sambungan dari bahagian 1

Suatu malam aku dapat sms dari dia. Masa tu aku tengah merenung bulan purnama. Kalau orang tak kenal aku, mungkin dia ingat aku nak bertukar jadi serigala jadian., padahal aku tengah merenung masa depan. Tengok bulan nampak dia. Ah sudah...

Sms dia berbunyi begini.

Friday, December 7, 2012

Di Saat Aku Mencintai Mu

2010

Saat kegelapan dalam hidup aku. Tiada kerja, tiada duit, dan tiada awek. Yang ada cuma segulung ijazah yang entah masih laku atau tidak. Setiap hari aku bangun dengan harapan akan berlaku keajaiban. Dapat kerja, duit masuk pastu bolehla nak tekel awek ye dak? Namun harapan tinggal harapan. Kalau asyik nak berharap tanpa usaha manala nak dapat. Hidup makin bosan. Cilake betol. Kalau ada awek boleh jugak dibuat bergurau senda ke apa. Ini pandang dinding je. pandang cermin nampak diri sendiri yang makin serabai. 

Pada suatu hari Dahlia call tanya khabar aku. Aku cakap macam biasa, still menganggur, still single. Dia bantai gelakkan aku. Ceh taula dia dah dapat kerja. Haritu macam aku jugak. Then dia tiba-tiba serius. Dia nak carikan awek untuk aku. Kesian tengok aku katanya. Ni yang paling aku lemah bila ada orang kesiankan aku. Tapi aku terima je cadangan dia. Dia bagi FB sorang kawan dia. Bila aku view je ada gambar bunga orkid je. Ni orang ke bunga? adoi malas betul. Nak kena add dulu baru boleh tengok tuan punya badan. Atas recommendation Dahlia, aku add jugak awek bunga ni. Manala tau tuannya secantik namanya.