Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, December 15, 2011

Dari Sinar Mata 16

Minggu depan Lia dah nak Final exam, tapi entah kenapa malam ni aku terasa nak sangat-sangat dengar suara dia. Memang senang je nak atasi masalah aku ni. Aku boleh call je dia terus. Tapi aku takut mengganggu dia pulak. Manalah tahu dia tengah kusyuk study sampai lupa nak letak mana telefon. Tak best pulak rasanya kalau mengganggu konsentrasi dia tu. Tapi aku pulak yang merana nanti. Dah seminggu aku tak call dia sebab kesibukan yang melanda. Letih pulak rasanya berfikir ni. Dilema betul rasanya.

Akhirnya aku buat keputusan setelah empat kali ulang lagu Bila Terasa Rindu - Dafi. Aku akan hantar SMS je kat Lia. Kalau dia balas tu maknanya dia tak busy sangat la kan?


- Hai Lia, tengah buat apa tu? Busy ke? -

Ok send. Berdebar la pulak tunggu balasan dari Lia. Dah rasa macam budak nak tunggu result SPM pun ada. Haha. Tiba-tiba ada bunyi ding dong macam bunyi loceng pintu. Tu bunyi sms aku. Aku tak main la guna lagu full buat message tone, penat je tunggu lagu tu nanti.haha.

Lebih kurang 2 minit kemudian, ada bunyi sms masuk. Lega rasanya. Mesti Lia yang sms aku ni.
-Hai, tak busy sangatla, tengah tengok bulan je-

Tengok bulan? Biar betul budak Lia ni. Setahu aku course yang dia ambik takde kena mengena dengan astronomi ke apa. Apasal dia tengok bulan pulak? Mungkin dia tengah menghayati pepatah 'bagai pungguk rindukan bulan'? Ish apa aku merepek ni?haha

-Tengok Bulan je? jangan tengok lama-lama, nanti segan pulak bulan tu.hehe. Emm awak sihat?-

-Saya sihat, awak ni pandai je cakap bulan segan eh?hehe. saya tengah release tension sebenarnya. Penat dah mengadap buku-

Tengok bulan pun boleh release tension ke?kadang-kadang aku tak faham sangat perangai orang perempuan ni.huhu

-So how's your preparation?Dah ready ke nak masuk dewan peperiksaan?-

Nampak tak betapa caring-nya aku.haha

-Kalau nak diikutkan, dah ready, cuma rasa nervous je.Biasalah, final exam kan,hehe-

-Nervous tu biasalah, tapi kalau awak dah prepare betul-betul, tawakal jela nanti.Bila first paper?-

-Hari isnin depan, lagi empat hari. Bila masuk study week ni mesti kepala dah teringat kampung je. *smile*-

-Teringat kampung je ke? Orang kat sini tak ingat ke? *wink*-

-Adalah ingat sikit-sikit *smile*-

Tiba-tiba aku rasa macam aku tersenyum sendiri. Hati dah berbunga-bunga. Padahal dia cakap ingat sikit je. tapi lagi baik dari dia tak ingat langsung kan? hee

-Terima kasihla sebab ingat jugak kat kite,hee, Ok lah saya taknak ganggu awak study. Study betul-betul eh, nanti saya bagi something kalau awak cemerlang-

-Thanks awak, nanti saya nak tuntut janji tu tau.hee-

-Ok. Walaupun kita berjauhan, namun kita tetap pandang bulan yang sama, Gudluck-
-*smile*-

Rasa rindu pulak aku dengan Lia. Tadi rasa nak call, tapi kenapa aku pergi layan sms dia pulak? adoi la. Lagi 3 minggu barulah dia balik. Baik aku tidur je. Kot-kot dia datang dalam mimpi aku ke, siapa tahu kan? haha

Bersambung...

Dari meja penulis: niat asal aku sebenarnya nak habiskan cerpen ni dalam tahun ni jugak. Tapi disebabkan kesibukan yang melanda + masalah jiwa raga + stress kerja dan macam-macam lagi maka cerpen ni dah delay lama dari perancangan asal. Walau bagaimanapun, cerpen ni pasti akan ada endingnya nanti. kalau ada apa-apa nak komen sila komen tanpa segan silu. Thanks..hee






~ fly me to the moon ~


1 comment:

Anonymous said...

Relax dulu bro, jgn terburu2 nak habiskan, slow2 pun xpe... haha. yg penting kualiti, mase xpenting sangat.. haha..