Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, October 15, 2014

Abe Long

14 Oktober 2009

Masa ni aku tengah praktikal kat Amanah Raya Berhad Kota Bharu. Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Tapi ada suatu yang luar biasa bakal berlaku hari ini. Sesuatu yang akan memberi kesan pada keluarga aku. Semalam kakak aku dimasukkan ke wad sebab dah ada tanda nak bersalin. Tapi sehingga pagi ni dia belum lagi bersalin. Apa yang membuatkan peristiwa ni luarbiasa adalah sebab anak yang bakal dilahirkan merupakan cucu sulung bagi keluarga aku dan juga keluarga mertua kakak aku. Dan apabila dia lahir, aku akan dapat title baru iaitu bapa saudara atau dalam bahasa inggerisnya uncle.

Perasaan teruja jangan cerita, semua orang di pejabat dah tahu. Mereka pun dah tergelak melihat gelagat aku yang umpama bakal bapa tunggu anak sulung. Aku sendiri sukar nak gambarkan perasaan tu. Perasaan teruja yang amat. Seharian aku menanti berita. Sehingga petang jam 4.30 lebih kurang aku menerima berita kelahiran cucu sulung bagi ma dan abah. Tepat jam 5 terus aku bergegas ke hospital. Tak sabar rasanya nak melihat wajah bakal penyambung legasi kami.

Sunday, June 1, 2014

31 Mei muncul lagi

Untuk kali yang ke dua puluh lapan, 31 Mei muncul lagi dalam hidup aku. Alhamdulillah masih dikurniakan jasad dan nyawa untuk bernafas di Bumi Allah yang luas ini, masih diberi peluang menghirup oksigen untuk membantu pernafasan, masih diberi peluang untuk menatap wajah Ayahanda dan Bonda serta ahli keluarga, masih diberi peluang untuk senyum walau hati sebenarnya tak keruan.

Lain benar rasanya 31 Mei tahun ini, seolah hilang serinya, hilang debarannya, dan juga hilang rasa terujanya. Seumur hidup aku, tidak pernah sekalipun aku menyambut 31 Mei dengan rasa begini, rasa yang kurang enak, rasa yang menyesakkan jiwa dan mungkin juga sudah hilang rasanya. Entah dimana puncanya, puas sudah aku memikirkan, namun rasa itu tetap tiada.

Pada 31 Mei yang terakhir dulu, setahun yang lepas, aku pernah berkata pada diri sendiri. 31 Mei akan datang akan menjadi satu tarikh yang bersejarah untuk aku. Akan aku tamatkan segala persoalan insan sekeliling yang asyik bertanya tentang status aku. Aku tersenyum sendiri tatkala membayangkan saat indah itu. Sungguh aku rasa sangat gembira dan teruja pada saat itu. Apatah lagi dia yang disamping juga mempunyai rasa yang sama.

Namun siapa aku untuk menentukan segalanya? Impian hanya tinggal impian. Dia cuma hadir sekadar harapan, harapan palsu yang umpama debu berterbangan dibawa angin. Tiada apa yang tinggal. Hanya kenangan mungkin, kenangan yang pahit untuk ditelan.

Walau apapun, aku tetap bersyukur atas segalanya. Biarlah apa yang berlaku asalkan aku masih dikurniakan keluarga dan sahabat yang cukup memahami. Aku redha. 

Semoga bertemu lagi 31 Mei yang seterusnya....


~ Tertinggalkan waktu ~

Thursday, April 24, 2014

Pesta Buku Punya Cerita

Semasa aku dalam perjalanan ke Bank petang tadi, aku merasa agak hairan kerana tiba-tiba macam ramai orang dekat area Padang Perdana. Aku menjangkakan ada Sukan Rakyat ataupun Hari Sukaneka antara Sekolah, namun jangkaanku meleset. Yang ramai tu bukan bertumpu di padang tapi di Dewan Jubli Perak. Secara kebetulan aku ternampak banner yang memberitahu bahawa Pesta Buku Kelantan sedang berlangsung di dewan tersebut. Aku buat macam biasa je sambil menyumpah brader kereta depan yang bawak kereta macam orang hilang arah hidup, sekejap kanan, sekejap kiri, sekejap tengah. Dahla cuaca panas.

Setelah selesai urusan di bank aku tiba-tiba terfikir untuk usha Pesta Buku tersebut. Dah berapa lama aku tak mengunjungi Pesta Buku. Macamana la agaknya rupa Pesta Buku tahun 2014 ni ye. Disebabkan perasaan ingin tahu tersebut aku segera ke sana. Mujurlah masih ada parking. Mungkin sebab hari pertama dan hari orang bekerja maka tak ramai yang datang. Selesai memarkir kereta sesedap rasa, aku melangkah ke dewan dengan perasaan berdebar-debar macam nak pergi ambik result SPM. Sampai je depan dewan aku tengok ramai budak-budak sekolah siap dengan uniform lagi. Ada yang lepak, ada yang terus baca buku yang baru beli, tak kurang juga yang bermain kejar-kejar dengan member. Mereka memandang aku macam alien yang baru turun dari Planet Marikh. Terasa segan pulak aku. Ingat orang tua tak reti nak datang Pesta Buku ke woi?

Tuesday, April 22, 2014

Gymnasium

Baru-baru ni aku sedikit terkejut apabila terpandang cermin sesudah selesai acara mandi. Aku mendapati perutku sudah berubah, semacam berubah saiz berbanding dahulu. Namun aku tak endahkan semua itu. Mungkin hanya perasaan aku sahaja, aku cuba sedapkan hati sendiri. Tapi ada satu kejadian aneh menyusul selepas itu. Ketika aku cuba untuk zip seluar, aku terasa semacam ketat luar biasa daripada biasa. Apakah tanda ini semua? Aku seakan tidak mampu menerima hakikat bahawa perutku sudah maju kehadapan persis perut pemain bolasepak terkemuka Malaysia iaitu Mat Yo. 

Aku menjadi panik. Seharian aku tidak mampu fokus pada kerja sampaikan nak ke pejabat, tapi aku termasuk parking ke KB Mall. Kepala ku kusut. Aku mula memikirkan kemungkinan-kemungkinan negatif. Semuanya menakutkan. Aku semakin panik. Lalu aku membancuhkan secawan Nescafe 3 in 1 Rich yang berwarna hijau. Kusedut aromanya yang luarbiasa kaw. Sejurus selepas aku menghabiskan secawan nescafe dalam one shot, aku mendapat satu idea.

Saturday, April 19, 2014

Orang Gila dan Bekas Kekasih

Dalam daerah tempat tinggal aku ni, ada seorang orang tak siuman atau bahasa standard orang ramai panggil orang gila. Pada aku dia ni tidaklah gila meracau mengacau orang tak tentu hala, cuma keadaan dia yang tidak terurus sangat seperti orang lain yang biasa-biasa. Aku tak pernah pun tengok dia kacau orang.

Ada satu perkara yang unik pasal dia ni. Sepanjang hampir 12 tahun aku tinggal di sini, mati-mati aku ingat dia ni berjantina perempuan sebab dia memang sentiasa pakai baju kurung (tapi selalu tukar tau) dan rambutnya panjang persis seorang perempuan original. Baru tahun lepas aku mengetahui kebenaran bahawa dia sebenarnya berjantina lelaki. Aku dapat tahu dari sorang akak kat office aku yang kebetulan tinggal di daerah sama dengan aku. Terus aku tepuk dahi selepas mengetahui kebenaran yang aku hampir tidak percaya pada awalnya. Lupa nak cerita dia ni dah tua, dalam 50an kot. Tapi setiap hari dia keluar ke bandar naik basikal. Entah apa tujuannya aku kurang pasti sebab aku jarang mengambil tahu hal masyarakat. Aku serahkan tugas tu pada YB sebab tu memang kerja dia, bukannya muncul dekat-dekat nak mengundi je.

Friday, March 28, 2014

Kalau...

Lepas game bola, aku memang suka lepak kedai kopi keesokan harinya. Kalau di Kelate, pasti bola akan jadi perbualan hangat tak kira menang atau kalah. Pasti banyak ulasan-ulasan dari pakar-pakar bolasepak tak terlatih dapat aku dengar. Aku suka dengar ulasan-ulasan mereka. Ada yang munasabah dan ada jugak yang macam syok sendiri. Cakap sampai kelangit, sentuh bola pun tak pernah. Tapi pedulikan semua tu sebab semua orang ada mata, semua orang berhak suarakan pendapat masing-masing. Kata negara demokrasi kan?



"Kalau la bola tu tak kena palang, mesti dah masuk gol"



"kalau Shakir tak injured mesti dia dapat score"

Friday, February 21, 2014

Nyamuk dan Semut

Ini malam tadi punya cerita

Sedang aku asyik dok usha newsfeed Facebook yang dipenuhi bermacam cerita dan info yang kadang-kadang buat aku gelak sorang-sorang dan kadang buat aku rasa nak unfriend je orang tu, tiba-tiba tumpuanku terganggu oleh satu bunyi semcam berdesing di telinga kananku. Pada mulanya aku buat tak tahu kerana tengah seronok membalas komen, namun gangguan itu muncul lagi. Aku terus rasa panas hati.

Aku pandang ke kanan, nampak seekor nyamuk bersaiz sederhana sedang terbang rendah berdekatan aku. " Celaka punya nyamuk, berani kau mengganggu konsentrasi aku menelaah facebook," marahku dalam hati. Dengan satu jurus serangan pantas, aku berjaya membunuh nyamuk tersebut. Aku tersenyum puas. Bangkai nyamuk tu masih berkeadaan sempurna. Lalu aku mendapat satu idea. Aku letakkan bangkai nyamuk tu atas meja sebagai pengajaran kepada nyamuk-nyamuk lain supaya jangan cuba mengganggu masa lapangku. Biar diorang tak berani nak datang dekat sebab dah nampak akibat yang menimpa member diorang kerana cuba mengganggu aku. Aku tersenyum lagi. Bernas jugak idea ni.

Wednesday, February 12, 2014

Cliche


cliché or cliche  is an expression, idea, or element of an artistic work which has become overused to the point of losing its original meaning, or effect, and even, to the point of being trite or irritating, especially when at some earlier time it was considered meaningful or novel


Dalam bahasa melayunya Cliche ni bermaksud sesuatu yang digunakan secara berulang sehingga hilang keasliannya. Aku ni suka memerhati. Terkadang aku sanggup lepak sorang-sorang kat shopping complex dan perhatikan gelagat manusia yang lalu-lalang. Aku suka perhatikan trend masayarakat kerana kebanyakan masyarakat di Malaysia suka meniru. Ikut Trend katanya. Tapi bila semua orang lakukan perkara yang sama akan jadi cliche pulak.

Sunday, January 19, 2014

2014: Sebuah Permulaan

Hari ini, di kedai-kedai kopi, di pejabat-pejabat, di sekolah-sekolah dan tak lupa juga di ruang siber rakyat Kelate sibuk memperkatakan tentang First Match untuk Liga Super bagi musim 2014 semalam. Rata-rata peminat tegar The Red Warriors agak berpuas hati dengan keputusan semalama sebab menang 2-1 menentang Sime Darby FC yang datang berkunjung ke Stadium keramat kami di Kota Bharu.

Dalam puluhan ribu penyokong yang hadir, aku salah seorang antara mereka. Aku awal-awal dah beli tiket kerana aku dah jangka mesti penuh stadium punya untuk first game ni, orang kata sebagai "Pembuka Gelanggang". Secara peribadi aku sangat teruja untuk menyaksikan game kali ni. Pertama sebab ni first game, dah lama sangat rehat semenjak Final Piala Malaysia bulan November tahun lepas. Kedua untuk menyaksikan sendiri kekuatan pasukan Kelantan yang baru kerana untuk musim ini boleh dikatakan 80%adalah muka baru termasuk kembalinya Ghaddar ke bumi Kelate setelah perpindahan besar-besaran pemain musim lepas. Dalam hati aku ada dua rasa teruja dan takut pada masa yang sama. Teruja kerana Forkey Doe menyertai Kelate (dia antara striker yang power bagi aku) dan takut harapan hanya tinggal harapan.