Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, December 22, 2011

Dari Sinar Mata 17

"...start the day with something sweet and end it with something sweeter..."

Bangun je pagi tadi aku dah dapat sms dari Lia. Bila aku baca je memang buat ku tersenyum sorang-sorang. Alahai bahagia rasanya. Kalau tiap-tiap hari camni kan bagus. Dan kebahagiaan aku dibawa sampai ke office. Mungkin ada yang perasan aku tersenyum lain macam sikit hari ni, tapi pedulikanlah mereka. Yang penting aku bahagia. Dalam ramai-ramai staf yang aku terserempak pagi ni, cuma sorang je yang tegur.

" Senyum manjang je Encik Ridzwan, ada apa-apa good news ke malam tadi," Dia menegur sambil tersenyum jugak. Alamak sape nama dia ni? aku boleh pulak lupa.

" Eh takde apelah, kita kena selalu senyum, baru orang suka," Aku tersenyum lagi padanya. Dia turut membalas senyuman aku dan berlalu. Tapi ada sesuatu dalam senyumannya tu. Macam dia tahu je kenapa aku senyum pagi ni.

Tiba-tiba aku baru teringat. Bukan ke tadi tu Ida budak HR Department merangkap sepupu Lia? Adoi macamana aku boleh lupa ni? padahal bukan ramai sangat pun staff dalam office ni. Mesti Lia ada cerita apa-apa dekat dia pasal aku. Entah-entah dia jadi spy Lia kot? Rasa muka macam dah merah je ni. Cepat-cepat aku masuk ke bilik aku. Takut terserempak dengan sape-sape lagi.


Malam tadi aku call Lia. Dia baru habis last paper untuk Final exam dia. Aku saja je call dia. Dia macam dah lega sangat lepas habis semua paper. Aku pun faham macamana rasanya lepas habis Final exam. Aku banyak mendengar dari bercakap rasanya. Aku bagi dia peluang luahkan apa je yang dia nak luahkan. Pasal exam, pasal roomate, pasal universiti dan macam-macam lagi. Cuma soal hati je dia tak sentuh. Yang tu kena sabar dulu kot.hehe. Aku ada baca satu artikel yang mengatakan perempuan suka lelaki yang boleh menjadi pendengar setia. betul ke? Harap-harap betul la. haha. Dekat 2 jam jugak aku call dia, dengar dia berceloteh. Kadang-kadang Lia ni banyak cakap jugak. Mungkin dia rasa dah lega sangat-sangat lepas selesai exam dan boleh balik kampung. Malam ni Lia akan bertolak balik ke Kota Bharu. Tak sabar pulak aku nak bertemu dengannya....

******

Rasanya semuanya dah kemas. Macam  ni la suasana bila semester dah berakhir. Kena kosongkan bilik semula, maknanya semua barang-barang kena kemas bawak balik rumah ataupun pergi longgok dalam stor. Nasib baik la aku ni bukan jenis yang suka bawa banyak barang ke hostel, kalau tak memang pening la kepala mana nak letak semua barang tu. Walaupun cuti dalam sebulan lebih je, tapi aku rasa stor tu macam tak selamat sangat je. Kena bawa balik jugak barang-barang penting ni.

Malam ni aku akan bertolak balik ke Kota Bharu. Lambat pulak rasanya. Tak sabar nak jejak kami ke bumi Kelantan. Gaya macam dah bertahun je tak balik, padahal baru 2 bulan lepas aku balik kampung.haha. Tapi perasaan kali ni lain macam sikit. Entahlah sukar untuk aku nyatakan kenapa. Mungkinkah aku rindu padanya? Mungkin jugak. Tapi aku tak boleh hanyut dengan perasaan sendiri. Aku masih ada satu semester lagi untuk dihabiskan dan tempoh perjanjian aku masih lagi ada 6 bulan. Walaupun aku akui dia memang baik, caring dan menyenangkan. Tapi kata orang, belum dapat semuanya baik, dah dapat nanti baru tahu perangai sebenar, ye tak? Biarlah masa je yang tentukan semuanya.

*****

Masa yang ditunggu dah tiba. Dari awal lagi aku dah sampai ke Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar. Bagi aku baik sampai awal dari terlepas bas kan? Lagipun aku agak excited nak balik kampung ni. Ramai jugak orang kali ni. kebanyakannya student UUM jugak. Rasa macam nak balik raya pun ada ni.

Lebih kurang pukul 9.30 malam, bas yang aku tunggu sampai jugak. Tanpa berlengah aku terus naik bas tu sebab aku nak duduk tepi tingkap. kalau naik lambat nanti tak dapat pulak. Aku sengaja pilih seat yang tengah-tengah sebab aku rasa lagi stabil kot. Haha. Nasib aku baik sebab kedua-dua seat tu masih kosong, jadi aku berpeluang la duduk tepi tingkap. Harap-harap orang yang duduk sebelah aku ni perempuan jugak. Leceh betul kalau duduk sebelah lelaki. Kena pulak yang jenis gatal ke, tidur berdengkur ke, memang naya la aku nanti. Tengah aku dok mengelamun tiba-tiba ada satu suara yang menegur aku.

" Ni seat 5A kan" Aku terus berpaling ke arah suara itu dan aku sangat-sangat terkejut.

"Awak?"


Aku tinggalkan part ni bersambung...hehehe


.:sajenakmerepek: minggu ni punya part aku rasa semangat sikit nak menulis. Kenapa? Sebab aku dapat komen-komen yang membina dalam part yang lepas, maka aku lebih bersemangat untuk menulis. aku harap masih ada yang sudi mengomen.hehe. TQ semua...


~ hidup ini penuh dengan sesuatu yang tidak dijangka ~

3 comments:

Anonymous said...

ni yg buat suspen ni bro... haha. tah2 brader murtabak 8 kot? haha.

Azwan Aziz said...

haha kemain glamernya brader murtabak 8 kalau sume cite aku tulis ada dia...haha

Anonymous said...

mane tau ade link ke cite CBR special dgn cite ni... haha.