Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, August 30, 2010

Cinta Dalam Diam

Maafkan diri ini
Andai kata-kata ini
Bisa menyinggung hatimu
Namun atas dasar sayang
Biarlah kujelaskan di sini
Bahawa namamu
Sentiasa bermain dibibirku
Walaupun kutahu hatimu
Tidak mungkin menjadi milikku

Sudah puas aku memujuk hati ini
Agar terus melupakanmu
Namun...
Sayang dan cinta ini terlalu menebal
Tidak mungkin dapat mengatasinya

Entahlah...
Sukar benar untuk ku nyatakan padamu
Bahawa aku benar-benar merindui
Setiap senyuman dan lirikan matamu

Cinta dalam diam
Mengubat rindu ini padamu
Mungkin suatu hari nanti
Engkau akan menjadi milikku sepenuhnya
Siapa Tahu...?

Rindu Menggamit Lagi (Chapter 7-9)

Chapter 7

    ‘You looks so beautiful today tonight sweetie,’ pujiku sebaik sahaja melihat buah hati pengarang jantung yang dah aku tinggalkan selama seminggu. Sememangnya pujianku ikhlas kerana dia betul-betul kelihatan amat menawan malam ini. Bangga betul aku dapat awek macam ni.
    ‘Wan ni ngada-ngada tau. Mana ada cantik, Hani dressing biasa-biasa aje,’ balasnya tersipu-sipu. Alah taktik orang pompuan. Nak naïf konon. Padahal dalam hati nak suruh puji lagi. Macam la aku tak tahu.
    ‘ Wan ikhlas puji ni… For you…’ aku menghulurkan jambangan bunga ros yang kubeli tadi padanya. Dari dulu lagi aku tahu dia memang sukakan bunga ros. Nak mengorat kena buat research dulu.hehe.
    ‘Thanks, emm kita nak pergi mana malam ni? Tanyanya sambil tersenyum lagi. Mana ada pompuan tak senyum bila dapat bunga.
    ‘Naik la dulu sayang. Tak surprise la kalau beritahu awal-awal,’ jawabku sambil membuka pintu kereta.
Lebih kurang 30 minit kemudian, kami tiba di restoran yang telah kutempah.
    ‘Ok sayang, this is where we will have our dinner tonight,’kataku separuh riak.
    ‘Wah cantiknya tempat ni. Mesti mahal kan? Kita dinner kat restoran biasa jelah. Tak payah membazir duit.’ Inilah antara sifat yang aku suka pasal Hani. Dia memang berjimat cermat.
    ‘Alah takpelah sesekali kita habiskan duit kat restoren mewah. Bukannya selalu. Lagipun ada surprise yang menunggu Hani kat dalam tu.’ Aku meyakinkan dirinya. Memang tidak dapat dinafikan restoran ni memang mewah. Nak makan kat sini pun kena buat tempahan seminggu lebih awal.
    ‘Sebaik sahaja melabuhkan punggung, aku membuat pesanan yang sesuai dengan selera kami berdua. Hani Cuma mengikut apa yang aku order.
    ‘Hani nak tau tak, Wan rindu sangat-sangat kat Hani, 7 hari tak jumpa rasa macam 7 tahun’ aku memulakan bicara.
    ‘ Amboi dah pandai guna ayat-ayat manis sekarang ye, belajar dengan siapa ni? Balasnya sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya yang tersusun cantik.
    ‘ Ish, Wan cakap betul ni Hani. From the bottom of my heart,’ kataku sambil meletakkan tapak tangan di dada.
    ‘Wan ni ada-ada aje tau nak buat Hani gelak,’ katanya sambil tergelak kecil. Senangnya hatiku melihat dia gembira.
Sebaik sahaja selesai makan, seperti yang telah aku rancangkan, aku meminta waiter membawa hadiah yang telah kusediakan untuk Hani. Sejurus kemudian dia tiba membawa bungkusan hadiah tersebut.
    ‘This is for you my dear, buah tangan dari Australia. Bukalah.’ Dia sedikit terkejut melihat bungkusan tersebut.
    ‘Apa dia ni Wan? Dia bertanya sambil senyum tak lekang di bibirnya. Sukala tu.
    ‘Bukalah tengok sendiri,’ aku tetap mahu berteka-teki denganya. Tak surprise la kalau aku beritahu awal-awal. Perlahan-lahan dia membuka bugkusan itu. Sebaik membuka kotak berwarna biru itu, dia mengeluarkan sebuah music box yang aku beli dekat Australia.
    ‘Cantiknya wan,’ kegembiraan terpancar di wajahnya. Rugi pulak aku tak rakam.hehe.
    ‘Cuba on suisnya,’ kataku untuk menambahkan kegembiraanya.
    ‘Eh tak nak lah Wan. Nanti menggangu orang lain pulak,’ ujarnya separuh risau.
    ‘Takpe, pihak pengurusan restoren ni dah bagi kebenaran’. Itupun sebab aku dah bayar. Kemudian aku mengambil music box tersebut lalu membuka suisnya. Sepasang kekasih sedang menari diiringi bunyi muzik yang cukup mempesonakan. Terasa bangga dengan diri sendiri kerana pandai memilih hadiah. Aku tengok Hani bukan main gembira lagi.
    Tanpa kami sedari, kami menjadi tumpuan pengunjung lain. Tiba-tiba kedengaran tepukan dari mereka. Malu pulak rasnya, tapi terpaksala aku control macho. Aku bangun mengucapkan terima kasih kepada mereka.
    Aku menghantar Hani pulang kurang 5 minit dari pukul 12. aku tak boleh lewat sangat kerana ada urusan yang perlu aku selesaikan sebaik sahaja tiba di rumah nanti. Sesuatu yang cukup membuatkan aku pening kepala.

Chapter 8

    Suatu pagi yang tenang, tapi ketenangan ini akan berakhir dalam masa beberapa minit sahaja lagi kerana ada suatu perkara baru yang akan berlaku.

11.30 pagi...

    'Hani jom keluar lunch dengan I hari ni,'Ish tak habis-habis la dia ni.Dari dulu lagi aku dah tolak dengan cara elok.Nak jugak masuk line lagi.Tak kuasa aku nak layan.Nak guna ayat apa lagi la nak bagi dia faham yang aku ni takde langsung perasaan kat dia.Agaknya aku kena guna bahasa Jepun kot.
    'Sorryla Arie aku tak boleh keluar dengan kau la hari ni. Aku da hal,'Aku terpaksa menipu lagi. Masuk kali ni dah entah berapa kali aku mencari alasan untuk menolak pelawaannya. Aku tak mahu memberi apa-apa harapan kepadanya. Lagipun aku sekarang dah berpunya, cuma budak-budak pejabat ni belum tahu siapa orangnya.
    'Sudahlah Hani, kalau dah tak sudi tu cakap jela tak sudi. mentang-mentanglah kau sekarang couple dengan CEO syarikat besar, orang macam aku ni kau dah tak pandang,'Terkejut aku mendengar kara-kata Arie.Siapa CEO yang dimaksudkan?
    'Apa kau merepek ni Arie? Aku takde kenal mana-mana CEO pun la. Kau salah orang ni.' Agaknya Arie ni saja je nak kenakan aku kot, jadi dia buat-buat cerita la nak bagi aku confuse.
    'Merepek? Habis tu siapa lelaki yang datang jemput kau semalam? Lelaki yang naik kereta Satria GTi biru tu? Arie menyoalku dengan senyuman sinis.
    'Dia cuma eksekutif Pemasaran la. Mana mungkin dia tu CEO,'Aku cuba menjelaskan kepadanya. Mana mungkin Wan CEO. Arie ni buat lawak tak bertempat sungguh.
    'Kau ni memang tak mengikuti perkembangan semasa la Hani.Kau pernah dengar kau cerita tentang CEO rahsia Solid One Corps.? Tak seorang pun tahu siapa dia termasuk Ahli Lembaga Pengarah syarikat tu.Tapi sejak minggu lepas ada khabar angin di Internet yang mengatakan buah hati kesayangan kau tu dalah CEO syarikat tu,' Panjang lebar Arie menerangkan kepadaku.Bagiku kata-kata Arie memang tak masuk akal. Takkan Wan akan menipu aku?
    'Mesti kau tak percaya kan? Apakata kau tanya buah hati kau tu sekarang?hehe,' Arie berlalu dengan ketawa mengejek yang amat menyakitkan hati. Perasaan aku tiba- tiba menjadi tidak menentu. Betulkah Wan menipu aku? Kenapa dia harus menipu aku? Bagaimana pula kalau dia hanya ingin mempermainkan hatiku? Bertalu-talu persoalan bermain di mindaku.
    Untuk tidak mengusutkan lagi fikiranku, aku segera menelefon Wan, tapi malangnya dia tidak dapat berjumpa denganku pada tengahari ini.Ada mesyuarat katanya.Wan, kenapa dia dapat berjumpa denganku pada saat-saat begini.Aku amat memerlukannya sekarang.

Chapter 9

    Debaran dihatiku masih tidak dapat aku tenteramkan,lalu aku mengajak Ann untuk menemanku lunch.Nasib baik dia tak keluar dengan Lan hari ni.
    'Kau rasa betul ke berita ni Hani? Entah-entah si Arie tu saje je nak sakitkan hati kau kot,' Ann membuatku bertambah kusut.
    'Aku tak tahu lah Ann.Tapi hati aku rasa tak tenteram sangat bila Arie cakap macam tu.Aku takut la Ann,'Aku berterus-terang dengan Ann.Sememangnya tiada rahsia antara kami.
    'Alah nak takut apanya.Kalau betul dia tu CEO, untung la kau.Dapat kawin dengan orang kaya.Mungkin dia tu jenis low-profile, jadi malas nak menunjuk-nunjuk dekat orang,'Ann menambah lagi. kau cakap senanglah Ann.Tapi aku yang kena menghadapi semua ni. Macamana aku nak berdepan dengan dia sekiranya dia benar-benar CEO Solid One Corps.? Syarikat tu antara syarikat multinasional yang terbesar di Malaysia.
    'Rileks la Hani, nanti malam ni kau call la dia, slow-talk dengan dia.tanya dia betul-betul.Jangan fikirkan sangat hal ni. Kita belum tahu lagi berita ni betul atau tidak.kebanyakan berita yang tersebar di Internet bukannya boleh percaya sangat,' Ann berusaha untuk menenangkan hatiku.Betul jugak katanya. Berita di Internet bukannya betul sangat pun.
    'Okey, jom kita pergi window shopping nak tak? At least kau boleh lupakan masalah kau tu kejap,'Ann memberi cadangan.Bagus jugak cadangan Ann tu.
    'Okey, jom' aku terus bersetuju.

    Shopping dengan Ann memang memenatkan.lepas satu-satu kedai yang dia nak masuk.belinya tidak.Sampaikan kedai barangan bayi pun dia nak masuk.katanya suka tengok barang bayi.Comel-comel je.dah kemaruk nak kahwin agaknya kawan aku sorang ni.
    'Ann jom la rehat jap.Kau tak penat ke dari tadi lagi berjalan?' Ann ni memang jenis bersemangat bila masuk bab-bab shopping ni.Macamana la agaknya si Razlan tu boleh tahan bila datang shopping dengan dia.   
    'Yelah-yelah,mari duduk dekat bangku tu.kau ni baru jalan sikit dah penat,macamana nak masuk marathon,'Balas Ann. Bila masa pulak la aku cakap nak masuk marathon.Ann ni memang suka merepek yang bukan-bukan.kadang-kadang sunyi jugak aku bila dia tak ada.
    Tiba-tiba mata aku terpandang satu pasangan yang kelihatan bahagia.si perempuan sedang sibuk memlih baju untuk si lelaki.Teringat pulak aku dengan buah hatiku.tapi jantungku seakan terhenti apabila aku terpandang wajah lelaki itu.Wajahnya saling tidak tumpah dengan Wan.Mana mungkin lelaki itu adalah Azwan? bukankah dia mengatakan bahawa dia sedang bermesyuarat? Atau inikah 'mesyuarat' yang dia maksudkan?
    'Hani kenapa dengan kau ni? kenapa muka kau pucat tiba-tiba ni? Aku tak mampu untuk bersuara.aku hanya menunjukkan kearah pasangan itu.Ann juga nampak terkejut.
    'Oh My God,Hani Wan ke tu? Ann bertanya dengan nada separuh menjerit.
    'Aku tak tahu Ann, aku tak tahu,'Aku mula rasa macam nak menangis.Air mata dah bergenang di kelopak mata.
    'Tenang hani, cuba kau call dia sekarang,'Betul juga kata Ann. Hanya dengan cara ini aku boleh mendapatkan kepastian.Aku gagahi juga untuk menelefonnya.Mataku masih lagi tidak dapat kualihkan dari pasangan itu.sebaik sahaja deringan kedengaran, aku dapat melihat dengan jelas, lelaki itu mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluarnya.jadi memang sah lah dia adalah Azwan,kekasih hatiku yang telah aku letakkan sepenuh kepercayaan kepadanya.
    Lalu aku terus berlari untuk segera beredar dari situ.aku tidak menghiraukan orang ramai yang melihat dengan pandangan pelik.Mereka tidak mungkin memahami keperitan hati ini.Aku juga tidak lagi menghiraukan Ann yang mengejarku dari belakang. Aku merasakan dunia ini kelam.tiada lagi pelangi indah.Yang kelihatan hanyalah awan mendung yang berarak menutupi segalanya. 


Mengapa ada dusta
Tika cinta melanda sukma
Tika setia diombak resah
Masihkah ada bahagia

Mengapa ada dia
Tika rindu padamu saja
Tika restu untukmu jua
Akhirnya aku yang merana

Mengapakah aku diluka
Derita kerana sebuah cinta
Yang sekian lama kita bina
Inikah sumpah setiamu
Terhadapku setia selalu
Ke akhir hayatmu
Ternyata palsu

Kuterima semua ini
Sudah kehendak takdir Ilahi
Berakhirlah semua kini
Episod cinta ini...
Menjadi sebuah memori

Sunday, August 29, 2010

Cinta Bazar Ramadhan 4

Hari ini hati aku masih lagi berbunga riang, bak kata orang, macam berjalan tak pijak bumi dah.haha. Aku perasan semua officemate aku pandang aku semacam je bila aku tegur diorang sambil tersenyum sampai telinga sebab selalunya aku buat tak nampak je diorang tu.Aku bukan jenis sombong cuma malas nak layan diorang tu.yang perempuan asyik bergosip je dari pagi sampai petang, yang lelaki pulak, kejap-kejap keluar hisap rokok.Ambik angin katanya, aku rasa keluar angin lagi banyak agaknya.haha.Berbalik kepada kegembiraan aku yang melampaui tahap gembira penjawat awam dapat duit raya RM500 tu, terselit jugak kisah sedih, kecewa, cuak dan tak senang duduk.Ceritanya bermula dengan...

semalam punya cerita
10.07pm

Aku masih lagi mundar-mandir sendirian.Resah aku gelisah.Yang dinanti masih belum kunjung tiba.Entahkan datang, entahkan tidak.Aku asyik tengok jam.Tak cukup jam dinding, jam tangan dengan jam handset pun aku tengok.Nak duduk terasa macam ada duri di kerusi, nak berdiri terasa lenguh pulak kepala lutut ni.Argghhh seksa sungguh menunggu.Kenapalah nasibku begini.rasa berat sungguh dugaan ini.

Tangan masih lagi menggenggam handset.Masih setia menunggu panggilan si dia.Awal-awal lagi aku dah charge kasi full bateri.(takut tiba-tiba mati time dia call.huhu). bunyi ringtone pun aku dah kasi sekuat mungkin sampai keluar warning -bunyi yang terlalu kuat boleh merosakkan pendengaran anda- itu pulak aku takut tak dengar time dia call. malah nak ke tandas pun aku bawa jugak handset aku ni.Takut-takut dia call time aku sedang melepaskan hajat.Namun segala usahaku sia-sia nampaknya.

Menjelang 10.39 handset aku masih sepi.ada jugak aku cuba check takut-takut handset aku yang rosak.Namun ianya amatlah okey sebab aku baru dapat sms dari zaki, mengajak aku lepak lagi malam ni.Buang karan je aku lepak dengan kau zaki,baik aku tunggu panggilan bidadari.Aku mula rasa putus asa.rasanya bagaikan mahu tidur bawah katil je.

Tiba-tiba aku mengesan suatu bunyi.aku cuba mengamati bunyi itu, tidak syak lagi, itu bunyi dari handset aku yang menunjukkan ada sms masuk.Segera aku melihat siapakah gerangan penghantar sms itu.Mintak-mintak la bukan dari zaki lagi ataupun brader murtabak 8.Eh apa kena mengena brader tu dalam cerita ni?

Nombor yang tidak dikenali muncul di skrin handset ku.Siapakah dia ni? Takkan la betul-betul brader tu hantar sms kat aku?Ish apela yang aku merepek ni.Mataku bersinar-sinar tatkala melihat isi kandungan sms tersebut.

-salam, awak tengah buat apa tu? Dah tidur ke? From gadis penjual murtabak-

Sah! Ini sms dari Ika.Akhirnya pukul 10.47pm barulah dia nak send sms kat aku.dari pukul 9.37 lagi aku tunggu.Bagus jugak dia send sms.Selain menjimatkan kos, ia juga boleh melindungi suara aku yang gugup kalau cakap dengan dia.Lagi satu, dia pun pakai celcom, bolehla aku masukkan dalam senarai 8pax aku ni.huhu.Balas cepat Razif!

-Wasalam.Saya belum tidur lagi.tengah tunggu sms dari awak la.hehe. Awak tengah buat apa tu?-

Boleh pakai kot ayat ni.Biasala ayat mula-mula mestila skema sket.haha

-Tunggu saya? Saya tengah baring-baring.Tiba-tiba teringat awak bagi no phone tadi.saya mengganggu ke ni?-

Ganggu? tidak mungkin...

-Eh tak lah.mana ada ganggu.lagipun saya takde buat apepun.Nak tanya sikit boleh tak?-

-Tanyalah.kalau saya boleh jawab, saya jawab-

Cepat betul dia balas.ni mesti dah biasa main sms.

-Awak sudi ke nak kawan dengan saya?-

Walaupun rasa macam bodoh je soalan ni, tapi aku mesti nak confirm jugak.mana boleh main redah je.kang aku jugak yang menangis tak berlagu nanti.

-Saya send sms kat awak ni tandanya saya sudi la *smile*-

Alahai dalam sms pun dia boleh senyum-senyum.rasa macam badan aku melayang-layang je.

-Okey terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya.Saya nak ajak awak berbuka puasa esok boleh tak?-

Berani pulak aku ajak eh? Ni la kelebihan sms.haha

-Yang tu kena tanya mak saya dulu la.Kalau dia izinkan, bolehlah-

Alamak.Nak kena tanya mak dia la pulak.Nak cakap dengan dia pun aku dah tergagap.Inikan pulak nak cakap dengan mak dia.nanti nak cakap ajak buka puasa, keluar ayat ajak kahwin pulak.haru nanti.huhu

-Emm mak awak garang tak?-

Aku dapat rasakan mesti dia gelak guling-guling baca sms aku nih.lantakla.

-Awak dah tengok mak saya kan? Awak rasa dia garang tak?-

Alah ni yang aku malas kalau soalan dijawab dengan soalan.kalau nak main rasa-rasa kenala masuk rancangan masak-memasak.Takpelah awek punya pasal aku tahan je.Aku manala nak tau mak dia garang ke tak sebab aku asyik tengok anaknya je.huhu

-Saya rasa mak awak tu baik, tengok cara dia senyum kat pelanggan.-

Ayat bodek mesti kena ada.haha

-Okey, nanti esok awak tanyala dengan mak saya ek.Jangan lupa datang, saya tunggu.Selamat malam.

dan dengan sms terakhir itulah buat aku tersenyum walaupun tengah tidur...


******

Langkah aku terasa berat walaupun pagi tadi rasa macam tak berpijak dibumi, tapi sekarang aku rasa graviti bumi dah bertambah 6kali ganda.Arghh mana perginya keyakinan aku tadi.Takkan aku nak jadi pengecut.mesti Ika tak nak suami yang pengecut. Suami?jauh betul aku berangan.haha. Saat ini aku rasa macam nak mewakilkan brader murtabak 8 tu je untuk menyampaikan hajat aku ni kepada mak Ika.Tapi takut jugak aku kalau-kalau brader tu potong line aku pulak.Dia tu bukannya boleh percaya, makan murtabak je dah 8.huhu.Macam ni la perangai aku.Bila rasa nervous je, mesti nak merepek macam-macam.Cerita hindustan pun tak berbelit macam ni la Razif!

Seperti biasa dalam sedar tak sedar aku dah makin menghampiri gerai murtabak Ika.dan seperti biasa jugak aku akan dapat melihat dia tersenyum melanggan pelanggan yang sesekali datang membeli.Aku harus kuatkan semangat.Dem cintaku pada Ika.bak kata pujangga, demi cinta lautan api sanggup direnangi, apalagi nk jmpa bakal mak mertua.hehe.Berbekalkan kata-kata itu, aku melangkah menghampiri gerai Ika.

Bermula dengan Bismillah, aku senyum padanya.dia senyum kembali.Terasa macam dalam filem hindustan pun ada.

"Assalamualaikum, awak sihat" pembuka bicara kenala dengan salam.

"Waalaikummusalam, sihat je," dia senyum lagi.

"Awak dah cakap ke kat mak awak tentang hajat saya tu?" nasib baik masa tu takde orang datang membeli.

"Dah, dia cakap nak jumpa awak dulu, dia ada kat belakang tu, awak pergilah jumpa dia dulu," betul ke ape yang aku nak buat ni?seram la pulak.

"Mak saya baik la awak" dia tergelak pulak bila tengok aku macam teragak-agak nak pergi jumpa mak dia. lalu aku pun beranikan diri ke belakang.tiba-tiba aku dengar mak dia macam menangis je.Ape kes pulak ni?Takkan mak dia terharu kot aku ajak anak dia bukak puasa?

"Assalamualaikum mak cik, kenapa mak cik nangis ni?" dalam takut-takut aku menyapa jugak mak dia.lalu mak dia berpaling ke arahku sambil berkata:

"Waalaikummussalam, mak cik bukan nangis nak, mata makcik ni pedih sebab hiris bawang ni," Laa pasal bawang rupanya.bikin suspen la makcik ni.walaupun nak gelak, tapi aku tahan je.kang dia kecik ati pulak.tak dapat aku nak ngorat anak dia.

"Oooo sebab bawang.Ingatkan makcik terluka ke ape tadi,'aku cuba untuk berbual.

"takdelah.Emm awak ni nak beli murtabak ke? Ika takde ke kat depan tu?" mesti dia hairan sebab aku jumpa dia ni.macamana aku nak bagitau dia ni?

"Bukan.Emm macam ni makcik.saya nk kawan Ika, saya ingat nak ajak dia buka puasa dengan saya hari ni.Itupun kalau makcik izinkan la," Teragak-agak aku nak menanya dia.

"Ooo awak la yang Ika cerita pagi tadi tu.nak bawak Ika buka kat mana?" Sebenarnya aku pun tak tahu nak bawak Ika buka kat mana.takkan nak bawak gi hotel, pokaila aku.

"dekat area-area sini je.Lagipu saya tak berani bawa anak dara orang jauh-jauh ni," aku nampak dia senyum je.Senyum tanda setujulah kan?

"Baiklah, awak boleh bawa Ika buka harini.Tapi kena dalam kawasan ni je tau.lagi satu kena balik sebelum Isyak.nak pergi terawih pulak nanti.boleh ikut syarat makcik ni? senang punya syarat mestila boleh ikut.huhu

"Boleh makcik.Makcik jangan risau.saya akan pastikan Ika selamat pergi dan selamat pulang kerumah," dia hanya mengangguk kepala tanda setuju.

So tunggu ape lagi, kita enjoy! eh silap, tunggu ape lagi, jom gi buka puasa Ika!

*****************************************
Bersambung....

Kau & Aku

Kau & Aku...

Tiada kata seindah bahasa
Untuk Kugambarkan waktu itu
Dikala kita masih bersama
Di alam kebahagiaan...

Kau dan Aku
Tiada pemisah antara kita
Bebas bersama
Mengecapi nikmat kehidupan

Kau dan Aku
Bertemu tanpa diduga
Berkenalan tanpa dipinta
Ditakdirkan untuk bersama

Kau dan Aku
Hanyalah untuk sementara
Akhirnya berpisah jua
Engkau hilang entah kemana

Kau dan Aku
Hanyalah suatu persinggahan
Sementara ke pelabuhan seterusnya...

Cinta Bazar Ramadhan 2 & 3

Nak pegi ke tak nak ni? Yang semalam tu dia ajak betul-betul ke saja-saja nak usik aku? Kang aku gi sana, dia buat tak tau pulak, aku jugak yang malu.Tapi aku rasa nak pegi lagi.Nak tengok dia.Dah angau agaknya aku ni.Masalah betul la.Report yang bos mintak pagi tadi sepatah haram pun aku tak buat lagi.Sekarang dah pukul 10.37, awal lagi.Tapi kalau bos nak pukul 1, cukup ke masa nak buat? arghh kusut-kusut.

"Oit Razif, kau ni kenapa? dari tadi aku tengok semacam je.Kejap senyum sorang-sorang, kejap muka berkerut macam ada masalah negara," Tiba-tiba datang Mazlan atau nama glamernya Lan botak (sebab dia memang botak sejak aku mula-mula kenal dia dulu lagi) menyergah aku dari belakang. Haru betul la mamat ni.

"Kau ni Lan, agak-agak la nak tegur orang pun. Buatnya aku terus mati tadi macamana? tak pasal-pasal kau masuk penjara sebab membunuh," Aku buat muka tak puas ati.

"Dari tadi lagi aku dok panggil kau tau tak? Dah sampai mana kau berangan tadi?" kata-kata itu disambut dengan ketawa oleh Sheila dan Rosma yang ada di belakang.Ceh macam aku heran sangat dengan korang tu.Harap mekap je tebal...

"Aku tengah buat report ni la.Kau nak ape panggil aku ni?" Potong betul la Lan Botak ni.Mengganggu masa aku berfikir je.

"Ni Bos pesan tadi, dia ada hal petang ni, so dia nak kau siapkan report tu dalam pukul 12," Hah? mampus aku macam ni.Bos ni pun, hal apa sangatla nak keluar awal hari ni.Bukan boleh lunch pun bulan-bulan puasa ni.

"Yelah-yelah dah nak siap ni," Aku dah malas nak layan Lan Botak lagi.Baik aku siapkan report cepat-cepat.kang mengamuk pulak orang tua tu. Tapi macamana dengan plan aku nak gi bazar Ramadhan petang ni? haish....

***

Tepat pukul 5.47petang, aku terpajak kat bazar ramadhan. Kalau bukan sebab awek jual murtabak tu pun, aku tetap kena datang beli makanan untuk berbuka jugak kat sini. cuma kedatangan aku kali ni dah tak macam selalu.Kalau selalu mungkin aku akan membebel bila tengok orang-orang yang pelbagai ragam ni.Tapi kali ni tumpuan aku hanya pada gerai murtabak itu. Aku masih lagi teragak-agak untuk pegi ke tidak.Malu pun ada.maklumla aku kan pemalu.haha

Akhirnya aku gagahi jugak ke gerai itu.Lagipun dia menjual, tak ada salahnya aku membeli.( baik punya alasan untuk cover niat sebenar.haha). Dari jauh aku nampak dia sedang melayan pelanggan.senyum tak lekang dari bibirnya.kalau hari-hari senyum camni, mau pengsan aku dibuatnya.huhu

"Emm nak murtabak satu," aku buat-buat biasa je.padahal dalam hati degup jantung macam baru lepas pecut 100meter je.

"Eh awak yang datang semalam tu kan?" dia ingat aku la.Ni yang tiba-tiba rasa bahagia ni.

"Yeke saya datang?" apa ke bangang la jawapan aku ni? dah tentu la aku datng semalam.Ni la jadinya kalau jantung tak berdegup normal.nak cakap lain, lain yang keluar.

"Yela awak kan datang semalam beli murtabak kat sini," dia macam nak tergelak, tapi dia cover dengan senyum-senyum je.Alahai kiutnya awak ni.

"Saja nak test awak tadi.bagus betul awak ni.Ingat pelanggan yang datang," Ayat cover mesti baik punya.Haha

"yela mestila ingat.Awak sorang je yang banyak tanya semalam.Ni murtabak awak," dia menghulur bungkusan murtabak dan aku memberi duit bayaran. Aku banyak tanya ke? mungkin kot.

Baru je aku nak menanya namanya, tiba-tiba datang lagi brader semalam.

"Dik bagi murtabak lapan," Arghhh tension betul aku dengan brader ni.Dah 2kali dia potong line aku.nak tak nak terpaksa aku beredar.dan seperti semalam jugak dia jeling manja kat aku dan cakap

"Jalan elok-elok,esok datang lagi tau," Dan aku terus rasa macam nak pengsan..


************************************************


Lepas terawih, tiba-tiba Zaki dengan Razlan ajak minum-minum sambil makan rojak ayam barang sepinggan dua.Memandang esok cuti, maka aku pun on je la. Lagipun diorang berdua ni la kawan yang aku ada dekat area ni.Tapi aku tiba-tiba mencurigai niat sebenar mereka berdua mengajak aku lepak malam ni apabila aku melihat mereka tersengih-sengih macam ada sesuatu je.

"Dari tadi aku tengok korang dok sengih-sengih je, ape cer?" aku cuba meniru tone saiful apek dalam filem Kecoh Betul.

"Kami nampak apa yang kau buat kat bazar tadi,hehe" Zaki dan Razlan masih lagi sengih-sengih sambil ada nada sedikit sinis.

"Aku beli nasi la.Aku kan bujang, manala ada orang nak masak untuk aku," walaupun aku nampak cool, namun aku dapat mengesan sesuatu.Dorang nampak ke aku cuba mengayat awek murtabak tu?

"Kau nak ngorat awek jual murtabak tu kan?" dah agak dah.ciss

"Korang ni macam paparazi la.Aku suka murtabak dia, sedap. Tu je, bukan aku nak ngorat dia pun," aku masih cuba berdalih.namun bukan semudah itu untuk menipu diorang berdua ni.

"Sudahla Razif, mengaku jela.Tak baik menipu bulan puasa ni," kan aku dah cakap.Ada je ayat yang akan buat aku mengaku.Aku rasa Zaki ni ada bakat jadi wartawan Melodi.

"Yela-yela aku mengaku.Aku memang ada niat nak mengorat dia.Kenapa? Korang kenal ke dengan awek tu?" bagus jugak kalau diorang kenal.Akan memudahkan urusan aku untuk mengorat awek tu.

"Tak kenal pun" ceh cakap je berapi macam kenal.

"Sape nama dia? story la sket bro," Korang ingat aku ni story-teller ke nak story-story?

"Sebenarnya aku tak tau pun lagi nama dia" Akhirnya aku bercerita jugak.namun jawapan yang aku dapat adalah ketawa terbahak-bahak daripada mereka berdua.memang nak kena mangkuk dua ekor ni.

"Kau kena cepat bro, bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan, malu mintak nombor telefon, tak dapat awek," entah dari manala dia dapat pepatah tu.Lepas borak dalam 10minit aku mintak diri.Tak kuasa aku nak layan mangkuk 2 ekor tu.lagipun aku tengok awek pelayan kedai makan tu asyik pandang-pandang aku je.seram la pulak.hehe

*****

Hari ni seperti biasa aku akan ke bazar Ramadhan lagi.Tapi hari ni aku datang awal sikit daripada biasa sebab hari ni cuti.lagi satu aku taknak brader murtabak 8 tu kacau daun lagi.buat haru je plan aku nanti.Orang masih tak ramai sangat.mungkin sebab aku datang awal sangat.pedulikan orang lain.Yang penting, dari jauh aku dah nampak kelibat awek murtabak tu.walaupun aku berharap jantung aku berdegup normal, namun ia tetap berdegup pantas.Aduh, macamana nak kontrol ni? kang jadi tersasul macam semalam pulak.Parah betul.

"Assalamualaikum" dia yang sedang sibuk menggoreng murtabak, mengangkat muka memandangku.lalu tersenyum. Rileks Razif!

"Waalaikummusalam, awal awak datang hari ni," dia membalas sambil tangan pantas menggoreng murtabak.

"Hari ni kan sabtu, cuti.datang awal sebab tak nak bersesak dengan orang ramai,' dia macam perasan aku asyik tenung dia je, namun dia buat cool je.Mungkin dah biasa ditenung orang ramai agaknya.

"bagi murtabak satu, macam biasala" aku tiba-tiba dah hilang idea.Apa aku nak cakap ni?Takkan nak terus tanya nama kot?

"Tunggu kejap eh, tak siap lagi ni." bagus la tak siap lagi.banyak la masa yang aku ada untuk lepak sini.

"Emm boleh saya tau nama awak?" Akhirnya terkeluar jugak ayat ni.Walaupun agak perlahan namun aku yakin dia dapat mendengarnya.Dia nampak terkejut jugak, tapi kemudian dia senyum.

"Saya Zulaika, orang panggil Ika je," Selamba je dia jawab. aku je yang gemuruh lebih.buat malu je.haha

"Saya Razif, saya tinggal dekat-dekat area sini je.awak memang asal orang sini ke?" tanpa dipinta aku memperkenalkan diri.

"Ha'ah saya orang sini je.Ni murtabak awak, dah siap" Alamak kenapala cepat sangat siapnya?

"okey ni duitnya," dan murtabak itu bertukar tangan.Tapi misi aku belum selesai ni.

"Ika, sebenarnya saya nak kawan dengan awak, ni nombor telefon saya,kalau ada masa, telefon la saya. kalau takde kredit,SMS pun saya layan gak." Laju je aku menuturkan sebaris ayat yang aku praktis dari semalam.tapi part SMS tu ade ke dalam ayat yang aku reka semalam?

Dia menyambut kertas yang aku hulurkan sambil senyum macam nak gelak.Comelnya awak Ika.huhu

"Okey, tapi awak jangan tak balas pulak kalau saya sms" nak kenakan aku la tu.macam aku tak tahu.awak ni bukan setakat comel, pandai bergurau pulak ya.

"saya akan balas punya, mintak diri dulu ya,' masa tu aku punya gembira tak payah ceritala.rasanya tak buka puasa pun dah kenyang bila hati berbunga riang....

Rindu Menggamit Lagi (Chapter 4-6)

Chapter 4

    'Hani janganlah buat muka macam tu.Wan pergi sekejap jer.Cuma seminggu ajelah.'
    'Wan cakap senanglah. Hani risau la kalau berjauhan dengan Wan.Kalau setakat dekat dalam Malaysia ni takpelah jugak.Ni sampai ke Australia.'
    'Hani,Wan bukannya nak pergi melancong,wan nak jumpa client syarikat dekat sana.'Hadoi payah betullah nak pujuk orang pompuan ni.Saja je nak buat aku serba salah.
    'Yelah tu.Entah-entah Wan ada kekasih dekat sana. Wan kan study kat Australia dulu.'Hampir nak tergelak aku dibuatnya.Ada ke sampai kesitu difikirnya.Tapi aku tak jadi nak gelak bila aku terpandang wajah seriusnya.
    'Sayang, please understand my situation.I'm doing this because this is my job, our future.'Aku cuba meyakinkan dia dengan sedaya upaya.Dia terdiam seketika, tapi masih lagi menatap wajahku.Pada hakikatnya aku amat gembira dengan sikapnya.Ini menunjukkan dia amat menyayangiku.Tidak sia-sia aku menunggunya selama 7tahun.Tapi dia juga harus faham akan kerjayaku walaupun aku merahsiakan jawatan sebenarku dalam Solid One Corporation.
    'Okey, but you must call me everyday.'Akhirnya dia bersuara.Agaknya dia mula memahami kerjaku.
    'I promise sayang' balasku sambil mengangkat tangan tanda aku berjanji dengannya.
    'Sekarang dah boleh makan kan?' Aku cuba mengusiknya kerana sejak aku memberitahu berita aku akan ke Australia, dia seolah-olah lupa bahawa kami sedang berada di restoran untuk makan tengahari.
    'Yalah-yalah,Wan ni makan aje kerjanya.Tapi kurus kering jugak'Balasnya kembali.
    'Alah yang kurus kering ni jugak yang Hani rindu siang malam kan?' Usikku lagi.Dia cuma tersenyum sambil terus makan.

    Maafkan diriku sayang kerana terpaksa merahsiakan tujuan sebenar aku ke Australia.Suatu hari nanti kau akan mengerti segalanya....

Chapter 5

    'Amboi senyum sorang-sorang nampak, kekasih hati call la tu'. Terkejut aku apabila tiba-tiba je Ann muncul dalam bilik aku.
    'Ish kau ni Ann, kot ye pun ketuklah pintu dulu, ni main serbu je' kataku pada Ann yang dah duduk pun disebelahku.
    'Dah berpuluh kali aku ketuk pintu tu, keu aje yang berangan tak ingat dunia.'Balas Ann pula.
    'Eh yeke? Tak perasan pulak aku tadi.hehehe' Aku terpaksa cover malu.
    'Yelah orang tengah hangat bercinta katakan.Orang kat luar tengah berperang pun tak perasan kan.'Dah mula dah perangai Ann yang suka perli-perli orang ni.
    'Yelah-yelah aku jugak yang salah.Haa ni yang kau tiba-tiba masuk bilik aku ni kenapa?'Soalku kepada Ann.Selalunya time-time macam ni Ann Suka layan drama korea.
    'Aku boring la Hani.TV takde rancangan best malam ni.Kau pulak asyik memerap je kat bilik.Sebab tu la aku datang ni.' Jawab Ann sambil menunjukkan muka kasihan. Kesian pulak aku tengok.
    'Eh tadi Wan call kau ek? Bila dia nak balik? kesian aku tengok kau ni.hehe' Sempat lagi dia gelakkan aku.
    'A'ah dia call tadi.Katanya lusa baru dia balik.Tak sabar aku nak jumpa dia la Ann.' Aku mula berterus terang dengan Ann. Selama ni pun hanya dia yang menjadi tempat aku meluahkan masalah memandangkan kami dah berkawan sejak di bangku sekolah lagi.
    'Amboi dah parah kawan aku sorang ni.Alah sabar jelah.Bukan lama pu dia pergi.' Senang aje dia cakap. Dia tu lagi teruk aku tengok masa si Razlan tu out-station tempoh hari.
    'Aku aku nak tanya kau satu soalan.Tapi kau jangan marah ye?' Aik kenapa pulak si Ann ni.Tak pernah pulak dia mintak izin kalau nak bertanya.
    'Kenapa ni Ann? Sejak bila pulak kau pandai mintak izin nak tanya soalan ni.'Hati aku mula berdebar-debar.
    'Amboi lasernya mulut.Macam ni,sebenarnya dah lama aku nak tanya kau, tapi selalu aje tak sempat.Kau tak rasa pelik ke bila Wan cakap dia Study kat Australia selama 7 tahun? Kau pernah tak tanya kemana sebenarnya dia pergi?' Soalan dari Ann membuatku kembali tidak tenang.
    'Aku pun pernah fikir pasal tu Ann.Aku pernah tanya dia,tapi dia cuma jawab dia study,kemudian kerja dekat sana sekejap.'Aku menjawab juga walaupun hati aku tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
    'Yeke? Lan pun cakap macam tu jugak.Entah-entah dia merajuk dengan engkau sebab kau tolak cinta dia dulu tak?' Dia dah mula lagi.Ann ni memang suka mengusik aku.Tanpa berfikir panjang aku terus membaling sebiji bantal kearah Ann.
    'Apa ni Hani? Oh main kasar ye,ambik ni.' Kami sama-sama bermain baling bantal.Terima kasih Ann.Hanya kau sahabat yang sentiasa menceriakan hidupku.Aku berharap wan akan terus setia padaku.

Chapter 6

    Hani maafkan diriku.Hingga saat ini aku masih tidak mampu untuk meluahkan kebenaran ini.Bukan aku berniat untuk menyembunyikan dari pengetahuanmu, tapi aku telah berjanji dengan seseorang.Tidak mungkin aku akan mungkirinya.Kerana dialah salah seorang yang telah mengubah hidupku,memberi sinar harapan pada seseorang yang telah berputus asa dengan hidupnya.Segala pengorbanannya harus kubalas kerana aku tidak mahu digelar kacang yang lupakan kulit.
    Tapi masanya tetap akan tiba suatu hari nanti.kau akan mengetahui segalanya.apabila segala janjiku telah selesai aku tunaikan.Cuma aku berharap segalanya akan berjalan lancar sehingga tibanya saat itu.
    'Hai jauh termenung nampak.'Tersentak aku dari lamunan apabila mendengar suara itu.Lantas aku berpaling, dan seperti biasa wajah manis itu terus tersenyum memandangku.
    'Apa yang Abang menungkan tu? Ingat orang kat Malaysia ke?' Serta-merta wajahku berubah.Tepat sekali tekaannya.Tapi dia seharusnya tidak perlu mengetahui hakikat itu.lantas aku kembali membalas senyumannya.
    'Tak adalah,Abang cuma menikmati pemandangan waktu senja.Keadaannya tidak sama dengan di Malaysia,'ujarku perlahan.
    'Mestilah tak sama bang, agaknya pemandangan di sana pasti lebih cantik kan?tanyanya kembali.
    'Mungkin,'jawabku sepatah sambil mindaku teringatkan keindahan pantai di malaysia.
    'Abang, As teringin la nak balik Malaysia. Nanti As ikut Abang balik ye.Dah lama As teringin nak balik Malysia,tapi papa tak bagi,' Bagaikan halilintar menyambar,perasaanku menjadi tidak keruan. Apa yang harus kulakukan? Dia tidak sepatutnya berada di Malaysia.
    'Papa dah setuju As ikut Abang balik malaysia.'sambungnya lagi. Apalagi yang mampu aku lakukan.Mendengar saja perkataan papa membuatkan lidahku semakin kelu.Mana mampu aku menolak permintan papa.
    'Baiklah,'jawabku bersama senyuman hambar.Tak dapat aku bayangkan keadaanku nanti.Aku harus memikirkan rancangan baru. Lan aku perlukan kau sekarang!!!

Friday, August 27, 2010

Sometimes...

Kadangkala Aku terfikir
Betapa bosan kehidupanku sekarang
Hidup tanpa teman-teman yang memahami
Kesunyian menjelma lagi

Terkadang aku berfikir
Apakah Aku telah memilih jalan yang salah?
Apakah Aku tersalah langkah?
Atau Akukah yang bersalah?

Kekadang Aku memikirkan
Bagaimana kehidupanku kelak
Mungkinkah secerah sinar suria?
Atau gelita tanpa cahaya?

Namun, walau apa jua jawapannya,
Hidup mesti terus
Biarlah DIA yang menentukan
Hidupku mengikut Qada' dan Qadar-NYA.....

Cinta Bazar Ramadhan 1

Hidup bujang ni memang bosan.Apalagi time-time bulan puasa ni. Orang lai bahagia je masak-masak sendiri kat rumah. Aku pulak terpaksa ke bazar Ramadhan untuk beli juadah berbuka. Bukan aku malas nak gi beli, cuma malas nak bersesak-sesakan kat sana. Confirm ramai orang. parking pun confirm penuh memanjang. Yang aku paling hairan bila tengok mak cik-makcik dengan akak-akak yang rupa dah macam bini orang. Tak reti-reti ke nak masak sendiri kat umah? nak jugak datang beli. membazir betul. Aku ni lainlah.Kalau masak lagi rugi kot sebab makan pun sorang-sorang je. Bukan takde member ajak berbuka sama, tapi lepas tu confirm balik lambat.nak bersembang bagai plak. maghrib entah kemana.

Dalam aku dok membebel sorang-sorang, sampai jugak kat bazar ni. Dah agak dah.mesti penuh dengan umat manusia punya. Kat tangan masing-masing penuh beg plastik yang aku gerenti takkan abis punya diorang makan (kecuali yang nafsu makan tahap dinosaur la..haha). lagi satu yang buat aku malas nak datang bazar ni sebab awek-awek sini tak reti langsung nak hormat bulan mulia ni.Pakai baju macam nak gi club je.seksi yang menyeksakan mata aku.Hari ni nak makan ape ek? Ni yang lagi satu masalah. Pilihan memang banyak.Tapi tak banyak yang aku berkenan.Mak aku penah cakap aku ni kurus sangat sebab makan memilih sangat.Biarlah mak.Asalkan masuk tekak, tak keluar balik.haha.

Akhirnya, aku pilih nak makan nasi beriyani walaupaun baru 2 hari lepas aku makan nasi beriyani.lantak lah. lagipun Nasi beriyani makcik ni sedap.harga pun okey je.menu utama dah beres, nak beli sesuatu untuk makan lepas terawih.masa tu gerenti lapar datang lagi.tiba-tiba aku terpandang suatu yang indah...

Seorang awek tengah senyum.Alahai manisnya macam air tebu buat buka puasa.Anggun dengan tudung merah, ramah melayan pelanggan yang datang. Terus aku menghampirinya.Rupanya dia jual murtabak. Elok sangatla tu.Aku pun agak-agak nak beli murtabak tadi.

"Awak, bagi murtabak satu.nak yang ayam ye," aku mengukirkan senyum padanya dengan harapan dia senyum balik. memang dia senyum balik. Alahai cik adik, janganla buat abang macam ni.

"satu cukup ke?" Eh ni teknik marketing ke ape?
"cukuuplah, lagipun saya makan sorang je.Maklumla orang bujang, awek pun takde lagi," aku pulak membalas dengan teknik mengayat.haha. dia tergelak kecil.namun masih terserlah ayu wajahnya.dah macam lagu kumpulan exists plak aku ni.

"Ni awak buat sendiri ke?" aku masih nak cuba nasib.

"ha'ah buat sendiri.tolong mak saya je," dia menjawab sambil menjeling ke arah emaknya di belakang.

"Patutlah nampak macam sedap je, kalah pizza hut ni," aku masih cuba membuat lawak.Dia tergelak lagi. Aku pun tak tahu la mana datang mode mengayat yang tiab-tiba muncul ni.huhu

"Pandai la awak ni.okey, ni murtabak awak," aku menyambut huluran murtabak tu lalu menyerahkan duit bayaran untuknya.saat aku nak menyambung sessi mengayat tiba-tiba datang sorang brader ni.

"Dik, bagi murtabak lapan," mak aih sampai 8 tu beli. Potong line betul la brader ni.Terpaksa aku senyum dengan tanda "izinkan aku berundur dulu"padanya.

"esok datang lagi tau," dia sempat menghadiahkan senyuman sebagai peneman tidurku malam ni. Datang lagi? adakah....?


********************

AzwaN Aziz...

Dari Mata Hati - Zamani

Menyusuri malam kelam tak bertemu cahaya,
Di dalam kedinginan langkahku tak bermaya,
Keliru di mata dan di hati kian teruji,
Ke mana harga diri sungguhku tak mengerti,

Sedang terhanyut fikiran dan langkahku,
Datang suara meronta kan ke mana,
Bak dingin menusuk ke tulangku,
Kulit turut membeku

Dosa-dosa terbentang nyata,
Dalam astana rela,
Sampai masa engkau akan tiba,
Selangkah yang berharga,

Renunglah dengan mata hati,
Pasti terbuka kunci,
Kedinginan malam jadilah teman yang sejati,
Di sana pasti menanti cahaya yang abadi
Cahaya mata hati......

Rindu Menggamit Lagi (Chapter 1-3)

Kembali Merindu Musim 2

Chapter 1

'Wan, kau dah jelaskan hal sebenar kat Hani tak?'Razlan memulakan bicaranya sebaik sahaja waiter tadi mengambil pesanan kami.
'Hal sebenar? Hal apa pulak ni Lan?'
'Laa kau ni, hal tentang kau la.Kau kan dah hilangkan diri selama 7 tahun. Tiada seorang pun antara kami yang tahu kemana kau menghilangkan diri.Tiba-tiba aje kau muncul dan minta aku dan Ann aturkan pertemuan kau dengan Hani.Takkan Hani tak tanya kemana kau pergi selama ni? Ann pun asyik desak aku suruh tanya kau kemana kau menghilang,' Panjang lebar penjelasan Razlan. Aku cuma ketawa kecil mendengar kata-kata Razlan tu.

'Kau ni tak pernah berubah-ubah la Lan.Dari dulu lagi cepat risau. Relax la Bro, kalau Ann tanya, kau cakap je aku sambung belajar kat Australia. Aku dah beritahu Hani macam tu,'dengan selambanya aku menjawab.
'Sambung belajar? kenapa kau tipu dia Wan? Lambat laun dia akan tahu jugak hal sebenar, masa tu nanti lagi susah Wan kau nak jelaskan.Aku bukan apa wan, dah la 7 tahun kau tunggu dia,aku takut hubungan korang takkan kekal lama hanya kerana rahsia kau ni,'Razlan masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan aku.

Aku mengeluh mendengar kata-kata Razlan tu. 'Aku tahu Lan, tapi sekarang bukan masanya untuk Hani atau sesiapa saja tahu hal itu. Bila dah sampai masanya nanti, aku akan beritahu dia jugak.'jawabku mendatar.

'Emm kalau dah itu keputusan kau, aku tak boleh nak cakap apa-apa lagi. Aku cuma nak mengingatkan kau aje.Harap-harap masa kau jelaskan nanti dah tak terlambat.'
'Terima kasih Lan, Aku tahu kau la sahabat yang paling memahami aku dari dulu lagi,' lega aku mendengar kata-kata Razlan tadi.Masa tu akan tiba juga suatu hari nanti...

Chapter 2

"Hari ini kau datang riang, tersenyum buat ku senang. Kau hias dirimu membuat hati bertambah sayang... Tapi wajahmu semalam muram, mengapa? dewi mengapa? Mungkinkah aku yang bersalah...Cubalah dewi katakan...."

Aku menyanyi-nyanyi lagu Hari ini Dan Semalam mengikuit rentak yang dimainkan kat radio. Liriknya betul - betul mengingatkan aku pasal peristiwa semalam...

Dari jauh aku dah ternampak Hani duduk sorang-sorang. Nasib baik takde yang mengorat. Hehe... Semakin aku mendekatinya, semakin aku dapat melihat muka masam mencuka umpama mangga yang dijeruk 3 bulan. Alamak habislah aku. Macamana aku nak pujuk awek aku kali ni...Buntu-buntu... Takpe..buat macam biasa dah la...

    'Hai Hani..lama sampai?' Sapaku dengan selambanya .
    'Haa baru nak sampai..Org dah tunggu sejam kat sini tau. Wan pegi mana tadi? Ni mesti kes bangun lambat lagi! Terus aku di semburnya...Nasib baik awek aku. sabar jela.
    'Wan bangun awal lagi, cuma time nak datang sini tadi ada traffic jam pulak sebab ada accident. tu yang buat lambat sikit..' bersungguh-sungguh aku bercerita dengan harapan Hani akan percaya. takkan aku nak cakap sebab aku bangun lambat. Nanti tak pasal-pasal cancel plak date hari ni.
    'Ye la tu.Wan ni selalu tau buat Hani tertunggu-tunggu,' Dia masih lagi tarik muka masam tu. Dia fikir dia punya tunggu je, yang aku dok tunggu dia 7 tahun tu takde pun nak merajuk macam ni..Tiba-tiba aku dapat satu idea...
    'Hani, cuba pandang wan kejap,' aku memulakan strategi memujuk.
    'Kenapa nak suruh hani pandang Wan plak?' masih nak main tarik tali dengan aku ni. Seksanya nak pujuk kaum hawa ni...
    'Ala pandangla sini kejap,' aku masih terus berusaha. Nak memujuk ni kena sabar beb. Lalu dia memandang kearahku.
    'Laa baru wan perasan..selama ni tak perasan pun,' Tiba-tiba dia menggelabah.
    'Kenapa Wan? Ada apa-apa yang tak kena ke kat muka Hani ni?,' Biasalah orang perempuan ni mudah gelabah bila kita tegur bab muka ni.
    'Kenapalah wan tak perasan selama ni ek?,' aku masih lagi berteka teki dengannya. Seronok la pulak.hehehe
    'Ada apa Wan? Cakaplah betul-betul,'Kelakar pulak aku tengok awek aku ni.
    'Takde apa-apa la Hani.Muka Hani elok je macam biasa, cuma nampak lagi comel  bila Hani merajuk,' aku dah tak dapat nak menahan ketawa lagi. dan sebagai balasannya, satu cubitan berbisa hinggap di lengan kananku.
    'Adoi! sakitlah,' aku mengaduh kesakitan akibat cubitan berbisa hani tadi.
     'Padan muka, sape suruh main-main dengan Hani lagi. Kan dah kena,'
    'Yelah-yelah, Wan mintak maaf okey. Semalam kata nak shopping, jomlah pegi sekarang. Kang habis pulak barang kat sini...,'
    'Wan ni kan, tak habis-habis nak kenakan hani,' dan sekali lagi aku terpaksa menahan cubitan dari awek kesayanganku itu....

Chapter 3

    Hari-hari yang aku lalui semakin indah, malah boleh dikatakan hidupku sekarang amat bahagia disamping dia. Dia telah menemukan aku dengan sesuatu yang tidak pernah aku rasakan. Malah kadang-kadang aku amat menyesali masa lepas kerana pernah menolak cintanya pada suatu ketika dahulu. Mujurlah cintanya padaku amat kuat sehingga memberi kekuatan padanya untuk menungguku selama 7 tahun lamanya. Bagiku itu adalah suatu pengorbanan yang tidak mampu aku balas.
    Azwan, nama itu membuatku kembali tersenyum. Mengingatkan keadaannya suatu ketika dahulu membuatku tertawa sendirian. Terlalu jauh perbezaannya antara dia 7 tahun dahulu dengan dirinya yang kukenali sekarang. Dia yang suatu ketika dahulu tidak lekang dengan kata-kata puitisnya berubah menjadi seorang yang lebih santai. Malah dia juga selalu mengusikku. walaupun kadang-kadang aku agak terasa dengan gurauannya, tapi aku tetap menyukai unsur humor yang terdapat pada dirinya. Dia juga sudah pandai memujuk dengan kata-kata yang bisa membuatkan mana-mana wanita seolah berada di awang-awangan.Mungkin inilah yang dipanggil kematangan menuju kedewasaan.
    Tetapi pada masa yang sama, seringkali kegelisahan bertandang di lubuk hatiku. Aku merasakan dia seolah-olah merahsiakan sesuatu dari pengetahuanku. Kadang-kadang aku menafikan saja tanggapan buruk yang bermain di mindaku, tetapi ianya sukar ditepis. Bila kubertanya, dia sedaya-upaya cuba untuk mengelak. Bagi seorang wanita yang jiwanya sensitif, aku tidak dapat mengelakkan fikiranku daripada memikirkan tanggapan-tanggapan yang membuatkan hatiku tidak senang lagi...
    Setiakah dia padaku?

Kembali Merindu 1 ( Chapter 7-9)

Chapter 7

Suasana di Dewan Kota Putra ini agak sesak dengan tetamu-tetamu yang hadir pada malam ini.Semuanya kelihatan amat gembira apabila berpeluang bertemu kembali setelah 7 tahun berpisah.Bermacam-macam cerita yang keluar,berbagai-bagai ragam dapat dilihat.Kebanyakannya nampak sedikit berubah dari dulu, tetapi ada juga yang masih mengekalkan imej lama.

Tiba-tiba Ann menarik tanganku.'Nak pergi mana ni?' tanyaku separuh terkejut.'Tu kat hujung sana tu.Kau nampak tak Mukhriz dengan wife dia.Jom la pergi berkenalan dengan wife dia,'balas Ann dengan nada yang agak excited.Aku melihat pasangan yang imaksudkan oleh Ann.Mukhriz nampak sedikit berubah.Kematangannya terserlah.Mungkin kerana dah kahwin kot.Tapi senyum nakalnya masih ada.

'Hai,'sapa Ann sebaik sahaja berada di depan pasangan itu.'Emm kalau tak salah ni Ann dengan Hani kan? Mukhriz memulakan bicara.'Yelah.Kau  ni sejak dah kahwin,terus lupakan kawan-kawan lama.dah la kahwin tak jemput kitorang,'Ann buat-buat merajuk.'Hai wife kat sebelah tu tak nak kenalkan kat kitorang ke?' aku tiba-tiba menyampuk.'Srrrylah,aku bukan lupakan korang semua,tapi yela dah jadi suami orang ni,kerja pun makin banyak,'balasnya sambil tergelak.'Anyway, perkenalkan ini wife aku,Amalini.Lini,ni kawan-kawan lama abang'.Kami bersalaman. 'Pandai kau cari isteri ye,cantik,'pujiku.Amalini tersipu-sipu malu mendengar pujianku.'Tengok orang la,'Mukhriz mula menunjukkan perangai lamanya.Inagatkan dah berubah.

'Haa dah sampai pun,' Ann tiba-tiba bersuara. 'Siapa yang kau tunngu Ann? tanyaku kembali.'Tuu,' Ann menunjukkan kearah pintu dewan.Dan aku sangat-sangat terkejut.Orang yang dimaksudkan oleh Ann ialah Razlan dan seorang lelaki yang cukup aku kenali.Tapi kenapa dia datang ke majlis ni? Aku berteka-teki sendiri.'Kau kenal ke diorang tu? tanyaku pada Ann.'Laa kau ni demam ke?Razlan tu kan pakwe aku,mestilah aku kenal,'Ann menjawab.'Bukan Lan,yang sebelah dia tu.Kau kenal ke?tanyaku lagi.'Mestilah aku kenal.kan tu classmate kita dulu,Azwan.Kau dah tak ingat? soal Ann kembali.

Azwan...Rasanya nama tu pernah ada dalam sejarah zaman persekolahanku.Tapi bukannkah lelaki itu Izwan yang kukenali 2 bulan lalu?kenapa sekarang dia boleh jadi Azwan.Kembar ke? Ann yang melihat aku kehairanan segera memberitahuku,'Hani, itulah Azwan,budak jiwang karat yang pernah gilakan kau separuh mati dulu...'

What..?

*****

Chapter 8

7 Tahun lalu

'Emm apahal awak nak jumpa saya ni?' soalku sedikit kasar kerana malas nak layan mamat jiwang karat yang tak pernah putus-putus memberiku puisi-puisi jiwangnya.'Hani sebenarnya ada sesuatu saya nak bagitau awak' tuturnya perlahan dengan kepala tertunduk.

'Apa dia? Penting sangat ke?
'Ya ,penting sangat-sangat,' cepat-cepat dia memintas cakapku.Aku diam menunggu dia menyambung cakapnya semula. 'Hani sebenarnya saya dah jatuh cinta kat awak sejak pertama kali bersua dengan awak lagi' Aku terkejut mendengar pengakuannya,namun aku tak mampu mengeluarkan sepatah perkataan pun.Rupanya dia memang ada hati denganku.Selama ini
aku menyangka ia hanyalah usikan rakan-rakan sekelasku sahaja.

'Saya masih ingat saat itu,ketika kita hari pertama minggu orientasi kita dahulu.Masa tu,kita semua diarahkan masuk ke dewan'sambungnya lagi.Fakiranku kembali mengingati semula peristiwa semasa aku mula menjejakkan kaki ke sekolah itu.Masa itu kami semua baru memasuki tingkatan 4.Tapi aku tak perasan pula ada orang memerhatikanku pada waktu itu.

'Waktu tu,awak memakai tudung merah.Awak kelihatan begitu anggun sekali.Saya jatuh cinta pandang pertama dengan awak hani. sekali lagi aku terkedu mendengar penjelasannnya.Agak lama kami terdiam.Malah dia juga tidak lagi memandangku seperti tadi,tetapi terus menundukkan kepala.Barangkali memberi ruang untukku berfikir.Agak sukar untuk aku membuat keputusan.Aku belum bersedia untuk semua ni.Malah dia bukanlah jejaka yang menepati citarasaku.Aku perlukan lelaki yang mempunyai sifat kepimpinan, bukannya seorang yang jiwang karat sepertinya.

'Maafkan saya Azwan,sya tak dapat terima awak.Saya belum bersedia untuk bercinta.Saya nak tmpukan perhatian pada pelajaran dulu,' akhirnya aku bersuara setelah merasakan itulah alasan yang paling sesuai mampu kuberikan pada saat ini.

Aku dapat melihat raut kecewa pada wajahnya.Namun itu bukan salahku.Cinta sememangnya tidak boleh dipaksa. 'Saya harap awak akan bertemu dengan orang yang betul-betul mencintai awak sepenuh hatinya,'Aku cuba menjernihkan suasana yang kian tegang.

'Tak apalah Hani,saya faham,' lalu dia berlalu setelah mengucapkan kata-kata yang membuatku serba salah jadinya...

Chapter 9

What? Aku amat terperanjat sekali.Apakah benar lelaki yang aku nampak sekarang ni ialah Azwan,mamat jiwang karat yang aku kenal 8 tahun lalu? Kenapa ketara benar perubahan pada dirinya? Mana perginya cermin mata tebalnya dulu? Apa dah jadi pada gaya rambutnya yang membuatkan dia kelihatan amat skema itu? Dan yang paling ketara dari sudut penampilannya.Dia sekarang kelihatan amat segak, malah boleh kukatakan mampu mencairkan mana-mana hati perempuan di dalam dewan ni.

Bertalu-talu persoalan menyerbu kotak fikiranku. Aku semakin keliru dengan kenangan lalu dan realiti yang kuhadapi sekarang. Mengapa dia memperkenalkan dirinya sebagai Izwan? Adakah dia mahu memasang perangkap untuk membalas dendam padaku kerana telah menolak cintanya 7 tahun lalu?

Aku semakin gelisah.Dia semakin menghampiriku.'Hai, dah lama tunggu?' Razlan memulakan bicara.Azwan memandang tepat ke arahku.Renungannya membuatku semakin tak tentu arah.Aku harus melarikan diri dari semua ini.Ya, aku harus beredar dari sini secepat mungkin kerana aku teramat malu untuk menghadapi semua ni.Lalu aku mengambil keputusan untuk terus beredar dari dewan ni.Aku terus berlari keluar dari dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhati dengan penuh kehairanan.

'Hani kau nak ke mana tu?' Aku terdengar laungan Ann.Namun ini bukannya masa untuk aku menjelaskan semuanya. Aku harus pergi dari sini. Jauh dari lelaki bernama Azwan. Tiba-tiba kakiku terlanggar sesuatu dan menyebabkan aku jatuh terjelepok. Aduh, malangnya nasibku hari ini. Menyesal aku ikut Ann datang sini.

'Boleh saya bantu,' tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki di belakangku. Itu suara Izwan. Bukan! Itu suara Azwan sebenarnya. Aku menolah ke belakang. Dia tersenyum sambil menghulurkan tangannya. Aku masih ragu-ragu untuk menyambut tangannya, tetapi akhirnya aku terpaksa juga kerana agar sukar untuk aku bangun memandangkan kaki aku yang terseliuh.

'Awak tak apa-apa,' soalnya.'Emm saya tak apa-apa.Terima kasih,' balasku lalu bergegas pergi dengan segera. Tapi langkahku terhenti kerana dia telah memegang tangan kananku.'Awak nak apa lagi? Dah puas awak mengenakan saya?' Aku bersuara tanpa menoleh kearahnya. Tanganku masih lagi kemas di genggamannya.'Hani saya tak bermaksud untuk tipu awak. Saya lakukan semua ni untuk terus berada di samping awak.Kalau awak tahu saya Azwan dari awal-awal lagi,tentu awak tak akan melayan saya sebagaimana awak layan 'Izwan' kan? gilirannya pula untuk untuk menyoalku.

'Tapi...' Aku sudah kehilangan kata-kata.'Hani dah 7 tahun saya nantikan awak.7 tahun jugak saya simpan cinta dan kesetiaan ini hanya untuk awak.Saya dah penuhi syarat awak dulu.Dulu awak cakap nak tumpukan perhatian pada pelajaran,barulah memikirkan soal cinta.7 tahun saya mengikuti perkembangan awak.dah 7 tahun saya menantikan hari ini.' terangnya bersungguh-sungguh. 'Azhani Fazwin, saya cintakan awak,sudikah awak menjadi permaisuri hidup saya?

Terpana aku mendengar pengakuannya.Benarkah dia menungguku selama 7 tahun? Adakah aku mampu  menolaknya lagi untuk kali ini? Tidak, mana mungkin aku menolakknya lagi. Azwan yang berdiri di belakangku kini bukan lagi Azwan yang aku kenal 7 tahun lalu. Malah dia juga memenuhi ciri-ciri yang aku idamkan selama ini. Perlahan-lahan aku berpaling memandangnya. Tangan kami masih bertaut, seolah ada getaran yang kurasakan mengalir dari hatinya ke hatiku. Dan senyuman terukir di bibirku.

'Senyum-senyum tu tandanya setujulah,'tiba-tiba kedengaran suara Mukhriz. Tanpa aku sedari, semua rakan-rakanku telah berada di luar dewan menyaksikan segalanya. Aku lihat dia turut tersenyum. Kini tiada apa lagi yang harus kuragukan untuk menyambut huluran cintanya. Genggaman tangan kami semakin erat disertai sorakan gembira warga 5 Amanah. Lalu terciptalah sebuah kisah cinta- Cinta Kota Putra...

*Kembali Merindu -Tamat Musim Pertama- *

Izinkan aku titiskan
Airmata keresahanku
Dicengkam kerinduan yang tek bertepi
Biarlah serpihan rembulan
Berguguran ke ribaanku
Agar terang kelam malam yamg kita lalui
Oh... Asyikny
Kalimah cintamu yang kau lafazkan
Ku cinta padamu

Kutebarkan jala cinta
Dipesisir pantai hatimu
Yang terbuka menantiku
Segala telah terbukti
Cintamu ternyatalah suci
Bagaikan mimipi jadi realiti
Ohh...Asyikny
kalimah cintamu yang kau lafazkan
Kau segalanya

Ternyata yang indah sukarnya dimadah
Bak cahaya tak tertadah
Sehingga ku sanggup terhimpit di dada waktu
Walaupun lena diulit sepi
Kukirakan penantian penuh siksaan
Rupanya indah bak sesaat dalam semalam
Hanya satu pintuku ketulusan hati
Agar kau tahu
Asyiknya... Pedihnya...
Penantian...

Kembali Merindu -Slam-

Thursday, August 26, 2010

Kembali Merindu 1 ( Chapter 4-6)

Chapter 4

Bam!!! "Aduh " aku menjerit kerana ada seseorang telah melanggarku.Habis bersepah fail-fail yang aku bawa tadi.Hadui dinosour manala langgar aku pagi-pagi buta ni,protesku dalam hati sambil tunduk mengutip fail-fail yang berterabur di lantai. Kelihatan seorang lelaki juga menunduk untuk mengutip failnya.

Eh awak..? Aku betul-betul terkejut selepas melihat lelaki yang melanggarku tadi. Rupanya Izwan, lelaki yang aku jumpa dekat McD hari tu.Hani kan..? Dia menyapa.Awak kerja kat sini ke? tanyanya kemudian.Aku yang masih lagi terkejut hanya mengangguk-angguk. Sorry la saya langgar awk tadi nak cepat tadi, sambungnya lagi.Eh saya yang patut mintak maaf sebab jalan tak tengok depan.

Tiba-tiba dia ketawa kecil menampakkan sebaris gigi ayng tersusun rapi.Macam drama samarinda plak kita ni terlanggar pastu sama-sama nak mintak maaf.So, awak kerja kat sini ke? Tanyanya lagi.Aku tersenyum dengar dia sebut drama samarinda.Orang lelaki un layan gak drama jiwang tu.Emm saya kerja kat sini.kerja biasa je.Wan pulak buat apa kat sini? Tanyaku kembali lepas kembali normal.

Saya datang ni ada urusan dengan Encik Kamal.Awak kenal dia tak? Oh nak jumpa Encik Kamal rupanya.Dia tu bos saya.Itu bilik dia.Aku menunjukkan arah bilik Bosku yang pelik sebab perangainya yang cepat berubah-ubah macam cuaca kat Malaysia. Oh terima kasih.Emm saya rasa saya kena pergi jumpa dia dulu.Lagipun dah lewat ni. See you later. Izwan berlalu ke bilik sambil tersenyum padaku.Kacaknya dia...aku bermonolog sendiri.. Alamak aku perasan lagi.Dah la kerja banyak lagi tak siap...

******

Chapter 5

" No special reason for this message, I just want to steal a single moment out of your busy day and hope to make you smile when i say 'Take Care always"...
Aku tersenyum lagi.Dah banyak kali aku baca SMS yang aku terima dari Izwan ni. Pandai betul dia susun ayat. Terhibur la pulak rasanya setelah sekian lama tiada seorang lelaki pun yang mampu buat aku tersenyum.

Ada orang cakap aku ni memilih sangat.Memilihkah aku ni? Tapi rasanya tak salah aku bersikap begitu kerana aku mahukan pasangan yang mahu sehidup semati denganku dan bukannya lelaki yang hanya manis berbicara di kala bercinta sahaja.Aku dah banyak membaca berita perceraian.Bercinta bagai nak rak,Kahwin tak sampai setahun dah nak bercerai.Aku tak nak semua tu.Aku mahukan hubungan yang kekal sehingga salah seorang dari kami nanti menghembuskan nafas yang terakhir.

Namun kini,Izwan hadir dalam hidupku.bagaikan membawa cahaya kepada impianku itu.Adakah pertemuan secara tidak sengaja itu merupakan jodoh yang telah ditetapkan oleh-NYA ? Izwan, rindukah aku padanya...?

Hoi !!! kuatnya melamun.Dah sampai ke bulan ke? Tiba-tiba aku terperanjat besar apabila disergah Ann.Bila masa pulak minah ni masuk dalam bilik aku Apalah kau ni Ann,lain kali bagilah salam dulu.Ni main sergah-sergah je.Kataku.. Dah 18 kali salam aku bagi, kau yang tak dengar.Asyik dok berangan je,aku masuk pun kau tak perasan lagi..Balas Ann. Eh yeke? malunya aku.camne boleh kantoi dengan minah ni.

Kau berangan dengan sape tadi?ceritalah kat aku...dia dah mula dah.Mulalah nak soal aku macam polis.Aku bukan berangan la.Aku tengah fikir nak buat kertas kerja ni.Bos aku nak esok,tengah cari idea la ni..Aku cuba berbohong.Kalau aku cakap betul-betul kang banyak pulak cerita minah ni.

Tak percayalah aku..Ann membalas..Tak caya sudah..Eh kau datang ni ajak aku pergi makan kan? Jom lah..Aku cuba mengubah topik dan Ann yang sememangnya kuat makan terus aje mengikut kataku..

*****

Chapter 6

Tok! Tok! Tok! Tiba-tiba pintu bilikku diketuk oleh seseorang.Pastinya Ann Yang berada di luar kerana hanya aku dan dia je yang menyewa rumah ni.Apa jugakla yang Ann nak malam2 buta ni.Dengan kemalasan aku nk melayan kerenah Ann, aku buka juga pintu bilikkku.

'Haa nak apa malam-malam buta ni?Aku penatla Ann,'kataku pada Ann sebaik sahaja dia memasuki bilikku.'Ala kau ni Hani,dengan aku pun nak berkira,' Ann membalas dengan nada sedikit merajuk.'okey-okey, jangan buat muka macam tu lagi.Buruk tau tak.Apa dia kau nak bagitau aku sebenarnya ni? Aku cuba menukar topik.Ann ni bukan boleh dilayan sangat, nanti dia makin mengada-ngada pulak.

'Ni aku nak bagitau kau satu berita gembira,' kata Ann dengan penuh ceria.Entah apa jugakla berita yang dia gembira sangat tu.'Apa dia?'Aku masih lagi tak berminat nak melayan kerenah Ann.' Minggu depan ada majlis Reunion untuk bekas pelajar 5 Amanah.Dah 7 tahun kita semua berpisah.Kali ni bolehlah kita jumpa classmate lama kita dulu,' terang Ann bersungguh-sungguh.

'Reunion?' tak pernah pulak aku terfikir akan ada lagi majlis Reunion selepas 7 tahun kami semua meninggalkan zaman persekolahan untuk mengejar cita-cita masing.Entah apa dah jadi pada diorang semua sekarang. Ann dan Lan aje yang aku masih berhubung sekarang.

'Hani kau nak pergi tak?' tiba-tiba Ann mematikan lamunanku sebentar tadi.' Tengoklah dulu,kalau aku tak busy aku pergilah.'aku menjawab acuh tak acuh. 'Apalah kau ni.Pentingkan sangat kerja tu.Sesekali datanglah jumpa kawan-kawan lama.Bukan selalu dapat buat majlis macam ni tau.Aku dengar Mukhriz dah kahwin,Nak jugak tengok wife dia.'sambung Ann sambil ketawa.Aku turut tersenyum mengingatkan lelaki bernama Mukhriz.Dialah lelaki paling bising dalam kelas kami dulu.Suka sangat menyampuk cakap guru-guru.

'Hani kau nak pergi ke tak nak ni? Ann masih mahukan kepastian daiku. 'Yelah-yelah aku pergi,' jawabku sambil tersenyum. 'Macam ni lah bestfriend aku,' kata Ann lalu kami sama-sama ketawa...

*****

Wednesday, August 25, 2010

Kembali Merindu 1 ( Chapter 1-3)

Chapter 1

"Boleh saya duduk disini" Tersentak aku dari lamunan sejak tadi. "mamat manalah pulak ni"bisikku dalam hati.Lalu aku memandang keadaan sekeliling McDonald ni.Tempat ni memang selalu sesak.lebih-lebih lagi time lunch macam ni.Tiada lagi tempat lain yang kosong.

"Err duduklah.Takde orang kat situ" Lelaki tadi meletakkan tray nya yang berisi Fries dan aiskrim sundae je.Peliknya mamat ni makan.Kenapalah benda macam ni boleh terjadi kat aku hari ni.Ni semua Ann punya pasalla.Elok-elok ajak aku lunch,tetiba cancel plak." gumamku dalam hati.

"Saya Izwan.Saudari?" tiba-tiba lelaki di hadapanku ini berbicara. Terkejut jugak aku,tapi kenala kontrol ayu. "Saya Azhani.Kawan-kawan panggil Hani je." Lancar je aku membalas.Pelik jugak aku.Selalunya aku ni sombong sikit dengan budak-budak lelaki ni.Lebih-lebih lagi dengan lelaki tak dikenali.Tapi hari ni lain pulak.Mungkin sebab lelaki ni nampak sopan dan handsome.Handsome?Alamak aku berangan lagi!

"Sedap nama tu.Mesti 3 hari parents awak fikir nama tu kan".Sambungnya lagi.Aku tiba-tiba tergelak.Namun tiba-tiba aku termalu sendiri apabila aku menyedari dia merenungku sambil tersenyum. Aku tunduk malu.Alamak malunya aku.Terpaksa aku berlagak serius balik. "takdelah.Mak saya dah fikir nama tu semasa tengah mengandungkan saya lagi." Fuh nasib baik sempat buat ayat nak cover.

Dia masih lagi senyum.Ntah apa kena dengan mamat ni.Dari tadi asyik tersenyum je.Macam tak pernah berbual dengan perempuan. "Emm awak ni selalu datang makan sorang-sorang kat sini ke?"Tanyanya lagi. "Sebenarnya saya ni jarang makan fastfood.Tadi ada kawan ajak datang,tapi tiba-tiba dia cancel pulak.Sebab tu la makan sorng-sorang ni.Encik Izwan selalu ke datang sini?"Tanyaku semula.

"Tak payahla nak berencik-encik dengan saya.Panggil je Wan.Emm Actually ni first time saya datang sini.Sebenarnya saya baru tukar kerja dekat sini." Macam tu rupanya.Patutlah macam tak biasa je....

*****

Chapter 2

"Sampai hati kau Ann.Time nak ajak punyalah bersungguh-sungguh,alih-alih kau pergi makan dengan Lan jugak.Mentang-mentang lah ada boyfriend." Aku memprotes. "Ala Hani, sorry lah ek.Aku lupa nak bagitau kau tadi.Sebenarnya Lan kene outstation esok,so aku kenalah jumpa dia hari ni.Janganlah macam ni Hani,tak baik tau marah-marah ni.Nanti cepat tua.hehehe." sempat lagi dia buat lawak.tak jadi aku nak marah. "Ok aku maafkan kau kali ni.Tapi kau kena belanja aku makan esok tau " "Baiklah tuan puteri.Haa macam ni lah bagus.Senyum tu awet muda tau."Kami tergelak bersama.Macam ni lah perangai Ann,kawan baik aku sejak sekolah menengah lagi.Ada-ada saja lawaknya.

"So tadi kau makan soranglah?" Tanya Ann lagi bila tawa kami mula mereda.Tiba-tiba Aku teringat pertemuan aku dengan Izwan tadi. "Emm aku makan dengan sorang lelaki.Dia tumpang duduk sebab meja dah penuh."Jawabku bersahaja."Lelaki? Biar betul kau ni?" Tiba-tiba Ann jadi excited."Ala kitorang duduk borak-borak kosong je.Lepas makan baliklah." " Takkan macam tu je kot?" Ann masih berpuas hati dengan jawapan aku. "Yelah, takkan aku nak bawak balik rumah pulak." Aku masih lagi malas nak jawab pertanyaan Ann. "Bukan tu  lah.Maksud aku kau ada tukar-tukar nombor phone tak?" " Tak pun.Kitorang duduk kejap je."Aku berbohong kat Ann. "Apala kau ni.Tak pandai memanfaatkan peluang langsung.Mamat tu handsome tak?"Ann masih tak mahu mengalah.Menyesal pualak aku bercerita kat minah sorang ni.Mulalah nak soal aku macam polis.

"Ala dia tu biasa jela.Lelaki Malaysia lebih kurang jela.Boleh tahan lah" aku menjawab acuh tak acuh." Ok lah Ann, aku nak mandi ni,jangan lupa masak tau"Sememangnya giliran Ann untuk masak malam ni." Ala kita makan luar jela malam ni ek.Aku penatlah" Ann menjawab sambil tersengih-sengih.Aku dah faham sangat dah dengan perangai kawan aku sorang ni."Suka hati kau lah Ann.Kalau Lan cari lain aku tak tahu." Aku ketawa lalu berlari ke bilikku.

*****

Chapter 3

Bunyi lagu Everytime nyanyian Britney Spears mematikan lamunanku sebentar tadi.Itu adalah nada dering telefon bimbitku.Siapa pulak nak call aku tengah-tengah malam ni.Aku sempat menyanyi-nyanyi sebelum menjawab panggilan.Nombor yang aku tak kenali tertera ni skrin handphone ku.Sape ni?Jawab jela.

"Hello siapa ni?"aku bertanya pada si pemanggil. "Cik Azhani ke ni?" tanyanya semula.Suara seorang lelaki."Ya saya Azhani.Encik ni siapa?"Aku bertanya dengan nada agak ragu-ragu."Saya Izwan.Ingat saya lagi tak?"Izwan?izwan mana pulak ni?Lama jugak aku terdiam."Maafkan saya Encik Izwan.Saya tak ingatlah." "Ala lelaki yang lunch dengan wak dekat McD tadi".Laa mamat tu rupanya.camne aku boleh lupa nama dia Izwan.Aduh malunya.Mesti dia ingat aku ni dah nyanuk.Tapi,mana dia dapat nombor telefon aku ni?"Oh baru saya ingat. Sorry la lupa tadi.Emm tapi dari mana Encik Izwan dapat nombor telefon saya ni?" "Tak payahlah nak berencik-encik lagi.kan tadi saya suruh panggil Wan  je. Sebelum awak balik tadi kan awak bagi business card awak kat saya." Sekali lagi aku menjadi malu sendiri. Peristiwa tengahari tadi pun aku boleh lupa.Mesti dia ingat aku ni dah nyanyuk.

"Oh baru saya ingat.Emm ada apa err... Wan call saya ni?" Aku agak segan untuk menyebut namanya. "Saje je.bosan dok sorang-sorang kat rumah ni.Saya ni mengganggu cik Azhani ke?" tanyanya semula." Takdela..lagipun saya tengah free sekarang.Emm one more thing, just call me Hani ok." "Ok. balasnya.. Agak lama jugak sku berbual dengan dia. Macam-macam cerita keluar.Dia memang pandai bukak topik.Lepas satu, satu topik kuar sampai aku tak sedar dah pukul 1.30 pagi....

*****

Intrology...

Salam semua. Dah lama aku nak buat blog sebenarnya, cuma aku takut orang tak bukak je, jadi malas la nak menuliss. tapi blog ni aku sediakan untuk tunjukkan hasil karya aku untuk semua. Sebab beberapa karya aku yang aku submit kat Syok.org agak mendapat sambutan. So aku decide untuk bukak blog ni. hope semua dapat enjoy.

Azwan Aziz...