Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, May 31, 2012

26 akhirnya...

Didahulukan dengan ucapan syukur Alhamdullillah kerana masih diberi hayat oleh-Nya untuk masih menghirup udara pagi 31 Mei 2012 dan masih diberi keupayaan untuk menaip entri ringkas dalam blog yang serba kekurangan ini.

Dalam masa 26 tahun ni, rasanya telah banyak fasa yang aku lalui bermula dari lahirnya aku ke dunia sehingga ke hari ini. Banyak juga pengalaman hidup asam garam kehidupan yang telah aku timba. Pahit manis kehidupan yang mewarnai suka duka perjalanan hidup yang tidak menentu. Malah boleh dikatakan aku antara insan yang bertuah kerana dikurniakan keluarga yang menyayangi, sahabat yang memahami dan orang sekeliling yang jarang mendukacitakan.

10 tahun dulu aku pernah menanam satu cita-cita yang bakal merubah kehidupan seorang lelaki bujang sebaik sahaja aku melangkah ke usia 26 tahun. Namun cita-cita itu seakan masih kabur dan amat sukar dicapai biarpun masa masih berbaki 6 bulan. Mungkin inilah yang dikatakan " kita hanya merancang, Allah yang menentukan". Terkadang aku pasrah, terkadang aku kecewa. Namun aku harus redha kerana ini semua ketentuan dari-Nya. Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Mungkin jua Dia telah merencanakan suatu yang lebih baik dari yang aku impikan.

Apabila melewati garis 25, aku mula berasa yang hidup ini bukan sekadar pergi sekolah, masuk U, cari keje yang bagus dan hidup bahagia. Realiti tidak semudah ini. Dan bahagia juga tidak akan datang semudah itu. Usaha itu penting kerana setiap yang diperolehi tidak akan datang tanpa usaha. 

Hidup perlu diteruskan untuk terus mencari sinar kebahagiaan hakiki....

Artist: Ukays
Title: Bila Diri Disayangi




Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu


Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu


Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


Keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir...

~ 26 is just 25+1 ~


Tuesday, May 29, 2012

Milik siapakah gadis berbaju kurung ungu itu?

Ini merupakan kisah benar, bukannya cerpen seperti yang biasa aku tulis. Ceritanya bermula begini...

Setiap hari aku pasti akan lunch dengan ofismate aku tak kira berlima, berempat, bertiga mahupun cuma berdua. Namun semuanya berubah hari ni bilamana tiba-tiba semua orang ada hal dan aku terpaksa makan sorang-sorang. Nak ajak awek, takde awek pulak. cilake betul. Aku ni paling malas kalau makan sorang-sorang. Takkan nak order pizza delivery pastu makan kat opis plak, nanti orang cakap aku pathetic plak. Buntu betul rasanya.

Tanpa buang masa dan tenaga, aku terus masuk kereta. Dalam kepala memang takde destinasi langsung nak dituju. Jalan pulak jam semacam je. Budak sekolah yang cuti, kenapa mesti jalan jadi jam? Damn. Dahla perut tengah lapar. Tengah aku ronda-ronda, maka aku tiba di foodcourt dekat stadium. Aku ingat nak makan situ je sebab mudah nak parking. Time-time camni memang aku redah je la. Asalkan dapat makan. Aku round cari kedai yang nampak menarik sikit pasal kat sini ada banyak kedai makan, dah nama pun foodcourt kan.