Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Tuesday, May 24, 2011

Sudah Takdirnya Begitu


I tau kini I bukan lagi harapan pada U. U dah jumpa orangnya. Tapi U masih perlukan I untuk waktu-waktu bosan U.. U know what, I memang teringin call/sms U hari-hari. Tapi I ada ego yang perlu I jaga. Hati I juga I perlu jaga sebab ia milik I sepenuhnya. Masih belum dikongsi. Walaupun I dah buka seluas-luasnya, masih belum ada yang sudi menyinggah. U datang, tapi sebagai tetamu sahaja. Sekadar bertanya khabar, bertukar-tukar cerita.

U pernah tengok drama tv, dua sahabat berpisah sewaktu kanak-kanak? Dinamakan kanak-kanak ini Orked dan Muhsin. Muhsin meninggalkan Orked tanpa sebarang pesan. Orked terkilan. Orked sentiasa ingat pada Muhsin. Sepanjang Orked membesar, Orked cuba menjejaki Muhsin. Tapi bila Orked dewasa, Orked tidak  lagi berharap sebab Orked rasa mustahil untuk jumpa Muhsin. Tapi Orked tak pernah lupa. Sehinggalah suatu hari Orked kenal dengan Friendster. Orked search Muhsin. Orked masih hafal nama penuh Muhsin. Tapi hampa. Bertahun Orked pakai Friendster. Orked selalu search Muhsin. Tak pernah berjaya. Sehingga sampai suatu waktu Orked buka pula akaun Facebook. Orked agak ketinggalan berbanding rakan-rakan lain. Tak disangka-sangka Orked jumpa ramai rakan-rakan lama. Orked harap akan ada Muhsin. Orked search nama Muhsin di Facebook juga hampa..Bagai direntap jantung Orked bila suatu hari Orked ternampak nama Muhsin di Facebook rakan. Tak mungkin ada orang lain yang punya nama sama seperti Muhsin. Orked friend Muhsin. Muhsin approve. Orked nampak ID YM Muhsin, Orked add. Muhsin approve. Muhsin terus tegur Orked "hai,Old fren". Orked balas "hai,kawan tua". Gembiranya Orked tidak terkata. Orked membuka semula harapan. Maka Orked dan Muhsin terus berhubung. Orked sangat berjaga-jaga sebab Orked risau akan kehilangan Muhsin lagi. Setahun Orked dan Muhsin berkawan semula. Mengenali satu sama lain. Sampai la satu hari Orked dapat tahu Muhsin rupanya milik seseorang.. Drama ini guna teknik flashback. Ending sebenar di permula entri tadi. Orked adalah I, Muhsin adalah U.. Sekian..


Ini kisah mereka.Kisah yang diceritakan dari seorang sahabat kepada seorang sahabat. Bukan niat menambah derita, cuma ingin berkongsi rasa. Hidup tidak selalunya indah. Kadangkala terlalu berharap boleh membawa seribu akibat.  Setiap hari yang dilalui mungkin dianggap sebagai pengalaman hidup, namun sekebal mana sekeping hati untuk menahan setiap dugaan? Itu yang menjadi persoalan. Mungkin jua Allah mentakdirkan Orked sebegitu rupa supaya Orked lebih kuat untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Mungkin jua Allah telah mentakdirkan seseorang yang lebih memahami dan lebih menyayanginya buat Orked. Siapa tahu?





Sesuatu antara pahit dan manisnya hidup...

Tuesday, May 17, 2011

Kisah HATI


Tanya sama HATI apa rasa sekarang?

jawab HATI, HATI rasa sunyi

tanya sama HATI, kenapa masih sendiri?

jawab HATI, tiada yang sudi

Mungkin salah HATI

kerna HATI jatuh cinta pada dia

namun siapa HATI untuk menafikan

perasaan dalam HATI...


Sepi Sekeping Hati...

Thursday, May 5, 2011

Bermula Dari Bawah

Interview aku bersama beberapa orang responden mengenai apa yang mereka faham tentang "Bermula dari bawah".

"bermula dari bawah ni maknanya naik slow-slow macam naik tangga" - kak azimah, pengusaha kedai makan

"lebih kurang macam gua pecut masa race la bro, mula dari gear bawah dulu" - Kerol, mat rempit sejati

"macam nak beli kereta la, kena bayar down-payment dulu" - Ismail, jurujual kereta

"gua stat melukis dari bawah ke atas" -Fendi, pelukis jalanan

"melentur buluh biarlah dari rebungnya" - tanpa nama


Dalam banyak-banyak pendapat diatas, aku tak tahu mana satu yang paling betul. Bagi aku konsep bermula dari bawah ni ada baik buruknya. Yang baiknya, dapat banyak pengalaman dan tak mudah kena tipu di kemudian hari. Yang buruknya, kena buat kerja setaraf orang bawahan biarpun ada kelulusan yang lebih tinggi. 

Sesetengah orang cakap, ada pengalaman barula boleh jadi hebat. Tapi bagi aku pengalaman boleh cari, tapi nak dapat sekeping ijazah bukan senang. Paling kurang 3 tahun dok Universiti, ribuan duit kena habiskan.

Apa motif entri kali ini? entahla...haha



Don't simply judging me if not really know who the real me...