Monday, October 25, 2010

Nafisa - XPDC




Dikeheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam

Dibenak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
JADI SENTIMENTAL LELAKI INI

Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai direndam perasaan
Mentari terik tak terasa
Awan mendung berlalu berganti masa

Itupun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini menambah seri

Biar dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir



*Lirik lagu ni memang sangat hebat. Walaupun aku cuba untuk mengintrepretasikan lirik ni, namun aku gagal memahami keseluruhan maksud di sebalik lirik lagu ni...

Gua Tak Jiwang, Gua Sentimental je...

1 comment:

Anonymous said...

mengikut sumber yang boleh dipercayai .. lirik ini di tulis oleh seorang pegawai kerajaan sempena dengan nama isterinya . Diberi pada JS Kevin dan terhasil lah lagu Nafisa .