Wednesday, September 7, 2011

Dari Sinar Mata 8

Sekarang dah pukul 9.17, rasanya dah macam time yang sesuai untuk call dia. Mesti dia dah dinner kan? Tapi kalau dia tengah dinner macamana? Nanti mengganggu dia pulak. Aku ni bukannya jenis yang suka ganggu orang makan, nanti sebab aku call selera dia terbantut. Kalau dia tak cukup makan, mesti mak dia marah aku pulak. Eh bila masa mak dia kenal aku? hehe. Tapi rasanya kalau aku tak call dia, sampai lusa pun belum tentu dia call aku. Call jela... Tiba-tiba ada bunyi sms sampai. Bila aku tengok nama sender, Atie rupanya.

-Awak, thanks ek bagi present tu. suke sangat.. *smile* -

Bibir menguntum senyum tanpa dipinta. Aku pun tak tahu macamana aku boleh beli hadiah tu. Masa tengah jalan-jalan aku terpandang benda tu. Terus rasa nak beli. Macam ada aura je yang tarik aku untuk masuk kedai tu dan membeli hadiah tu.

Kalau dia boleh taip sms, maknanya mesti dia tengah free sekarang. Ok cun, boleh call.

" Assalamualaikum " aku memulakan bicara.

" Waalaikumussalam " macam biasa, lembut je suaranya



"Awak tengah buat apa? Saya ganggu tak ni?" Sejak bila entah aku jadi sopan camni.haha

"Takde ape, saya tengah tunggu awak call la," biar betul dia ni?

"La kenapa tak bagitau awal-awal?,"

"Hehe saya gurau jela awak. Awak thanks ek bagi hadiah tu. Saya suka. Awak macam tau-tau je apa yang saya suka ye," Terharu aku seketika

"Kebetulan la apa yang awak suka tu sama dengan apa yang saya suka, hehe"

"Tapi kenapa ye awak beli yang ada snow?"

"Sebab saya suka snow, macam romantik je, hehe" Aku pun sebenarnya tak tahu macamana nak terangkan kenapa aku beli hadiah tu. Aku ikut kata hati je masa tu.

"Jadi awak ni romantik la orangnya ye? hehe" Dah mula nak kenakan aku la tu. Atie ni memang pandai mengusik.

"Saya takdela romantik sangat, tapi ada orang cakap saya sentimental,hehe"

"Ooo orang sentimental ni mudah nangis kan?" dia ketawa lagi. Amboi sakan nampak kenakan aku.

"Depends on situation la, takkan nak nangis je selalu, hehe"

"Jangan marah ek, saya gurau je tadi, awak esok datang kedai ye, ada something nak bagi."

"Nak bagi apa?" suspen pulak rasanya

"Adala, esok datang tau, kalau tak datang dah tak dapat sampai bila-bila"

"Macam penting je ni, okey saya datang" berdebar pulak aku ni. silap-silap tak tidur lena aku malam ni.

Lepas tu dia cakap ada kerja nak setel, basuh pinggan kot. jadi perbualan kami terhenti disitu. Tapi debaran hati aku pulak yang bermula. Macam tak tenang pun ada. Bahagia pun ada. Dia suka rupanya hadiah aku tu. Nasib baik la.huhu. Aku takut jugak kalau dia jenis yang tak suka benda-benda macam tu. Aku ni pun bukannya ada pengalaman bab-bab beli hadiah untuk gadis ni. Kalau nak beli barang-barang lelaki aku tahula. Tapi aku macam dapat rasa masa nak beli hadiah tu dulu. mesti dia pun suka sebab music yang digunakan bukan music standard lagu Fur Elise, tapi lagu Love Story rasanya. Harap-harap dia tengah layan jiwang dengan hadiah aku tu.haha..

Nak cerita pasal esok, esok la cerita...hehe
Bersambung.....




~ kadang-kadang bahagia tu datang tanpa disedari ~


Azwan: Semalam aku ada terbaca satu artikel pasal penulisan ni. Katanya walaupun menulis e-novel(macam yang aku tgh buat sekarang ni) kena tulis pakai ayat standard dan guna ejaan betul. So aku nak tanya perlu ke aku tukar buat style novel biasa atau stick guna style aku yang tulis ikut suka hati ni? hehe... Hope ada feedback.. Thanks for reading... :)

2 comments:

Hadi_Halim said...

bt ayt2 mcm biasa ang dok bt je..x payah ikot org.. org bley phm jgk,bknnye x phm lgsung.. jgn dok bt ayt "kitew sukew awk lorh" sudah...ramai reader rasa nak penampaq ang nnti..haha

Azwan Aziz said...

Thanks bro... aku mmg xpkai ayat2 ade tmbh w ni.. bazir space je...hehe... aku pun ingat nk stick pkai ayat biasa aku buat ni... br ade identiti..huhu