Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Sunday, August 29, 2010

Cinta Bazar Ramadhan 4

Hari ini hati aku masih lagi berbunga riang, bak kata orang, macam berjalan tak pijak bumi dah.haha. Aku perasan semua officemate aku pandang aku semacam je bila aku tegur diorang sambil tersenyum sampai telinga sebab selalunya aku buat tak nampak je diorang tu.Aku bukan jenis sombong cuma malas nak layan diorang tu.yang perempuan asyik bergosip je dari pagi sampai petang, yang lelaki pulak, kejap-kejap keluar hisap rokok.Ambik angin katanya, aku rasa keluar angin lagi banyak agaknya.haha.Berbalik kepada kegembiraan aku yang melampaui tahap gembira penjawat awam dapat duit raya RM500 tu, terselit jugak kisah sedih, kecewa, cuak dan tak senang duduk.Ceritanya bermula dengan...

semalam punya cerita
10.07pm

Aku masih lagi mundar-mandir sendirian.Resah aku gelisah.Yang dinanti masih belum kunjung tiba.Entahkan datang, entahkan tidak.Aku asyik tengok jam.Tak cukup jam dinding, jam tangan dengan jam handset pun aku tengok.Nak duduk terasa macam ada duri di kerusi, nak berdiri terasa lenguh pulak kepala lutut ni.Argghhh seksa sungguh menunggu.Kenapalah nasibku begini.rasa berat sungguh dugaan ini.

Tangan masih lagi menggenggam handset.Masih setia menunggu panggilan si dia.Awal-awal lagi aku dah charge kasi full bateri.(takut tiba-tiba mati time dia call.huhu). bunyi ringtone pun aku dah kasi sekuat mungkin sampai keluar warning -bunyi yang terlalu kuat boleh merosakkan pendengaran anda- itu pulak aku takut tak dengar time dia call. malah nak ke tandas pun aku bawa jugak handset aku ni.Takut-takut dia call time aku sedang melepaskan hajat.Namun segala usahaku sia-sia nampaknya.

Menjelang 10.39 handset aku masih sepi.ada jugak aku cuba check takut-takut handset aku yang rosak.Namun ianya amatlah okey sebab aku baru dapat sms dari zaki, mengajak aku lepak lagi malam ni.Buang karan je aku lepak dengan kau zaki,baik aku tunggu panggilan bidadari.Aku mula rasa putus asa.rasanya bagaikan mahu tidur bawah katil je.

Tiba-tiba aku mengesan suatu bunyi.aku cuba mengamati bunyi itu, tidak syak lagi, itu bunyi dari handset aku yang menunjukkan ada sms masuk.Segera aku melihat siapakah gerangan penghantar sms itu.Mintak-mintak la bukan dari zaki lagi ataupun brader murtabak 8.Eh apa kena mengena brader tu dalam cerita ni?

Nombor yang tidak dikenali muncul di skrin handset ku.Siapakah dia ni? Takkan la betul-betul brader tu hantar sms kat aku?Ish apela yang aku merepek ni.Mataku bersinar-sinar tatkala melihat isi kandungan sms tersebut.

-salam, awak tengah buat apa tu? Dah tidur ke? From gadis penjual murtabak-

Sah! Ini sms dari Ika.Akhirnya pukul 10.47pm barulah dia nak send sms kat aku.dari pukul 9.37 lagi aku tunggu.Bagus jugak dia send sms.Selain menjimatkan kos, ia juga boleh melindungi suara aku yang gugup kalau cakap dengan dia.Lagi satu, dia pun pakai celcom, bolehla aku masukkan dalam senarai 8pax aku ni.huhu.Balas cepat Razif!

-Wasalam.Saya belum tidur lagi.tengah tunggu sms dari awak la.hehe. Awak tengah buat apa tu?-

Boleh pakai kot ayat ni.Biasala ayat mula-mula mestila skema sket.haha

-Tunggu saya? Saya tengah baring-baring.Tiba-tiba teringat awak bagi no phone tadi.saya mengganggu ke ni?-

Ganggu? tidak mungkin...

-Eh tak lah.mana ada ganggu.lagipun saya takde buat apepun.Nak tanya sikit boleh tak?-

-Tanyalah.kalau saya boleh jawab, saya jawab-

Cepat betul dia balas.ni mesti dah biasa main sms.

-Awak sudi ke nak kawan dengan saya?-

Walaupun rasa macam bodoh je soalan ni, tapi aku mesti nak confirm jugak.mana boleh main redah je.kang aku jugak yang menangis tak berlagu nanti.

-Saya send sms kat awak ni tandanya saya sudi la *smile*-

Alahai dalam sms pun dia boleh senyum-senyum.rasa macam badan aku melayang-layang je.

-Okey terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya.Saya nak ajak awak berbuka puasa esok boleh tak?-

Berani pulak aku ajak eh? Ni la kelebihan sms.haha

-Yang tu kena tanya mak saya dulu la.Kalau dia izinkan, bolehlah-

Alamak.Nak kena tanya mak dia la pulak.Nak cakap dengan dia pun aku dah tergagap.Inikan pulak nak cakap dengan mak dia.nanti nak cakap ajak buka puasa, keluar ayat ajak kahwin pulak.haru nanti.huhu

-Emm mak awak garang tak?-

Aku dapat rasakan mesti dia gelak guling-guling baca sms aku nih.lantakla.

-Awak dah tengok mak saya kan? Awak rasa dia garang tak?-

Alah ni yang aku malas kalau soalan dijawab dengan soalan.kalau nak main rasa-rasa kenala masuk rancangan masak-memasak.Takpelah awek punya pasal aku tahan je.Aku manala nak tau mak dia garang ke tak sebab aku asyik tengok anaknya je.huhu

-Saya rasa mak awak tu baik, tengok cara dia senyum kat pelanggan.-

Ayat bodek mesti kena ada.haha

-Okey, nanti esok awak tanyala dengan mak saya ek.Jangan lupa datang, saya tunggu.Selamat malam.

dan dengan sms terakhir itulah buat aku tersenyum walaupun tengah tidur...


******

Langkah aku terasa berat walaupun pagi tadi rasa macam tak berpijak dibumi, tapi sekarang aku rasa graviti bumi dah bertambah 6kali ganda.Arghh mana perginya keyakinan aku tadi.Takkan aku nak jadi pengecut.mesti Ika tak nak suami yang pengecut. Suami?jauh betul aku berangan.haha. Saat ini aku rasa macam nak mewakilkan brader murtabak 8 tu je untuk menyampaikan hajat aku ni kepada mak Ika.Tapi takut jugak aku kalau-kalau brader tu potong line aku pulak.Dia tu bukannya boleh percaya, makan murtabak je dah 8.huhu.Macam ni la perangai aku.Bila rasa nervous je, mesti nak merepek macam-macam.Cerita hindustan pun tak berbelit macam ni la Razif!

Seperti biasa dalam sedar tak sedar aku dah makin menghampiri gerai murtabak Ika.dan seperti biasa jugak aku akan dapat melihat dia tersenyum melanggan pelanggan yang sesekali datang membeli.Aku harus kuatkan semangat.Dem cintaku pada Ika.bak kata pujangga, demi cinta lautan api sanggup direnangi, apalagi nk jmpa bakal mak mertua.hehe.Berbekalkan kata-kata itu, aku melangkah menghampiri gerai Ika.

Bermula dengan Bismillah, aku senyum padanya.dia senyum kembali.Terasa macam dalam filem hindustan pun ada.

"Assalamualaikum, awak sihat" pembuka bicara kenala dengan salam.

"Waalaikummusalam, sihat je," dia senyum lagi.

"Awak dah cakap ke kat mak awak tentang hajat saya tu?" nasib baik masa tu takde orang datang membeli.

"Dah, dia cakap nak jumpa awak dulu, dia ada kat belakang tu, awak pergilah jumpa dia dulu," betul ke ape yang aku nak buat ni?seram la pulak.

"Mak saya baik la awak" dia tergelak pulak bila tengok aku macam teragak-agak nak pergi jumpa mak dia. lalu aku pun beranikan diri ke belakang.tiba-tiba aku dengar mak dia macam menangis je.Ape kes pulak ni?Takkan mak dia terharu kot aku ajak anak dia bukak puasa?

"Assalamualaikum mak cik, kenapa mak cik nangis ni?" dalam takut-takut aku menyapa jugak mak dia.lalu mak dia berpaling ke arahku sambil berkata:

"Waalaikummussalam, mak cik bukan nangis nak, mata makcik ni pedih sebab hiris bawang ni," Laa pasal bawang rupanya.bikin suspen la makcik ni.walaupun nak gelak, tapi aku tahan je.kang dia kecik ati pulak.tak dapat aku nak ngorat anak dia.

"Oooo sebab bawang.Ingatkan makcik terluka ke ape tadi,'aku cuba untuk berbual.

"takdelah.Emm awak ni nak beli murtabak ke? Ika takde ke kat depan tu?" mesti dia hairan sebab aku jumpa dia ni.macamana aku nak bagitau dia ni?

"Bukan.Emm macam ni makcik.saya nk kawan Ika, saya ingat nak ajak dia buka puasa dengan saya hari ni.Itupun kalau makcik izinkan la," Teragak-agak aku nak menanya dia.

"Ooo awak la yang Ika cerita pagi tadi tu.nak bawak Ika buka kat mana?" Sebenarnya aku pun tak tahu nak bawak Ika buka kat mana.takkan nak bawak gi hotel, pokaila aku.

"dekat area-area sini je.Lagipu saya tak berani bawa anak dara orang jauh-jauh ni," aku nampak dia senyum je.Senyum tanda setujulah kan?

"Baiklah, awak boleh bawa Ika buka harini.Tapi kena dalam kawasan ni je tau.lagi satu kena balik sebelum Isyak.nak pergi terawih pulak nanti.boleh ikut syarat makcik ni? senang punya syarat mestila boleh ikut.huhu

"Boleh makcik.Makcik jangan risau.saya akan pastikan Ika selamat pergi dan selamat pulang kerumah," dia hanya mengangguk kepala tanda setuju.

So tunggu ape lagi, kita enjoy! eh silap, tunggu ape lagi, jom gi buka puasa Ika!

*****************************************
Bersambung....

2 comments:

Unknown said...

salam tuan
best laa citer ni...
bila siap episod 5....he2

wazi..

Azwan Aziz said...

salam wazi...
thanks sudi baca..
episod 5 dh siap...hee