Wednesday, August 24, 2011

Dari Sinar Mata 7

Sejak aku jumpa dengan Atie seminggu lepas, aku langsung tak jumpa dia lagi. Bukan pasal aku dah tak berkenan kat dia ataupun aku di-reject olehnya, tapi sebab aku kena outstation ke Kuantan seminggu.Mula-mula memang rasa sangat berat hati nak pergi, tapi dah memang kerja aku kan. Takkan nak cakap kat Bos aku taknak pergi sebab nak jumpa awek, mau kena pelempang aku.Haha.

Bicara soal hati pulak. Hati mula rasa rindu, atau mungkin jugak sudah angau. Rindu nak tengok senyumannya. Aku saja taknak call dia seminggu. Nak jugak tengok reaksi dia. Kot-kot dia pun rindu aku jugak, dia yang call aku kan. Tapi agak hampa. Dia pun menyepi jugak. Kalau nak ikutkan hati, memang nak aje aku call dia tiap-tiap hari, tapi aku sabarkan je hati ni. Lagu Ku Ingin Kamu-Romance beralun di speaker laptop. Buat aku jadi sentimental je. Takpe, esok pasti aku bertemu dia. Baik aku tido je, lagi cepat datangnya hari esok.Haha

*****

Dah seminggu dia tak call aku. Takkan la sibuk sangat kot. Orang lain pun kerja jugak, tapi takdela sampai macam ni. Entah-entah dia bukan outstation, balik rumah bini kot. Lagipun aku bukannya kenal sangat dia tu. Eh yang aku teringat pasal dia ni kenapa? Bukan dia boyfriend aku pun. Dia nak buat apa, dia punya pasal la kan. Takde kena mengena dengan aku pun. Tapi aku hairan dengan hati aku ni. Kenapa mesti ada rindu? Kenapa mesti nak harapkan dia call aku?

*****

Ridzwan tengok jam lagi. Entah kali ke berapa dia tengok jam pagi ni. Rasa resah gelisah je menunggu tengahari. Mirul yang kepoh dah dihalaunya keluar. Ganggu orang nak buat kerja je. Kerja pun banyak lagi. Namun perasaan untuk siapkan kerja tu sedikit terganggu.Bukan susah mana pun, cuma..ahh susah la nak cakap. Tengok jam lagi. Lambat lagi ke nak pukul 12.30? kalau jam tu berjantina perempuan, pasti dia rasa malu sebab aku asyik tengok dia je dari pagi lagi. Ahh aku dah mula merepek tak tentu pasal.



Tepat jam 12.30 aku melangkah keluar office. Rasanya hari ni akula orang pertama keluar lunch. Ada jugak mata yang pandang-pandang jeling-jeling bila tengok aku keluar awal. Nasib baik takde yang bertanya. Macam tak pernah tengok orang keluar lunch je gayanya. Aku buat tak tahu je. Selagi aku tak jumpa Atie, selagi tu la aku rasa tak tenteram.

Masa aku tiba kat kedai Atie, orang tak ramai lagi. Nasib baik meja kegemaran aku tu masih kosong. Aku saja tinggalkan Mirul sebab taknak mamat kecoh tu datang hari ni. Kang tak jadi pulak plan aku. Mana Atie ni?

Seketika kemudian dia muncul dengan senyuman ala-ala sari yanti yang buat aku rasa macam dah kenyang tanpa perlu makan.huhu.

"Lama tak nampak" dia mula tegur aku. Eh bukan aku dah bagitau ke aku nak ke kuantan?

"Ada je, cuma kena kerja luar seminggu" aku jawab jela walaupun aku tau dia dah tau.

"Nak makan apa hari ni?"

"Nak makan masakan awak boleh?"

"Eh saya tak pandai masak, nanti awak sakit perut pulak. Saya pandai ambik order je" Dia senyum lagi.

"okeyla, macam biasa, nasi goreng kampung dengan milo ais"

"Okey, tunggu jap ye" lalu dia berlalu. Rasa tak tenteram sejak pagi tadi tu dah hilang serta merta. Bahaya betul la penyakit camni.

Dalam 13minit kemudian dia datang bawak pesanan aku.

"Awak duduk dengan saya kejap boleh?" Dia nampak serba salah je. Tapi bila dia tengok sekeliling, takde pelanggan lain, dia duduk jugak.

"Kejap je tau. Nak suruh teman makan ke ni? mana kawan baik awak tu?" Dia sengih-sengih pulak.

"Dia makan dengan awek dia. Saya ada something nak bagi kat awak ni" Lalu aku hulurkan bungkusan hadiah tu padanya. Dia buat muka hairan pulak dah.

"Apa ni?"

"Buah tangan dari Kuantan. Malam ni awak buka la. Jangan bukak sekarang. Nanti kawan-kawan awak jealous pulak.hehe"  Dia tergelak kecil.

"Terima kasih ye, buat susah-susah je" Bab senyuman dia ni la buat aku angau.

"Takde hal, benda biasa je tu"

"Okey, saya nak masuk dulu eh, Kak Na dah panggil tu.Makan kenyang-kenyang, kalau tak cukup panggil saya.hehe"  sempat lagi gurau tu. tapi aku suka.hehe

Bersambung lagi daa..... hee



Aku mengharapkan ade yg sudi komen...huhu


~ every investment have their own risks ~



1 comment:

Unknown said...

tuan tanah...bleh cepatkan sket x....tensen la nk tggu lama2 ni...hahahaha