Sunday, July 17, 2011

Dari Sinar Mata 3

" Atie, kau serius ke dengan mamat tu?"

"Mamat mana pulak ni?"

"Ala budak yang datang makan tiap-tiap hari kat kedai kita tu"

"Ooo mamat yang aku bagi satu nombor setiap hari tu eh?"

"Yup. Kau ni senang-senang je bagi nombor kat sebarangan orang ek. Beringat sikit, entah-entah dia tu penjahat ke apa," Ada nada risau pada diri Elly.

"Jangan risau la. Aku kenal dia tu. Dia je yang tak kenal aku,hehe"

"Eh dari mana pulak kau kenal dia?" Elly dah terkejut. Atie ni memang perangai suka bagi orang terkejut.

"Adala.Nanti aku cerita ek. Esok dia akan dapat last number. Aku nak test dia sikit. Okey la aku nak mandi dulu ek,"

Atie kau jangan cari pasal dengan orang sudahla ye...

*****



~Babak pertama bermula, saat ku melihat mu~

Best pulak rasanya layan lagu Drama Band ni. Kena betul dengan jiwa aku sekarang. Pandangan pertama melahirkan rasa cinta dihati. Jiwang gile aku pagi ni.hehe. Hari ni aku bakal dapat last number awek yang bernama Atie tu. Bila dah dapat full number nanti barula best nak borak-borak. Bolehla aku calling-calling dia sampai habis bateri dan prepaid aku.haha. Jauh betul aku berangan. Hari ni memang aku ceria. Mana-mana driver yang nak potong aku, memang aku bagi je. Siap bagi laluan lagi untuk diorang potong. Macam ni rupanya perasaaan orang yang dilamun cinta.

Jari-jemari laju menaip. Kertas kerja ni perlu segera disiapkan. Lagipun dengan semangat yang membara di hati ni, semua kerja jadi mudah dan lancar je. Ada jugak 2, 3 orang budak pejabat ni yang tegur aku nampak lain je hari ni, namun aku hanya tersenyum. Senyum itu sedekah tahu. Sesekali mata mengerling jam di tangan. Lambat lagi rupanya nak pukul 12.30.

Tiba-tiba Mirul datang. Ah makhluk perosak ni dah datang dah...

"Bro apecite arini? Makan kat kedai awek tu lagi ke?" Bagila salam dulu woi..

"Macam biasala" aku senyum lagi tatkala terbayang senyuman manis si Atie tu.

"Aku nak ikut"

"Aik mana pergi ko punya Mira Edora arini?"

"Dia temankan mak dia shopping" Mirul buat muka kelat

"Kenapa ko tak join sekali?" aku dah mula buat sengih jahat

"Ish taknak aku. Seram tau tak ikut pompuan gile shopping ni" Aku tak dapat nak tahan dah. Ketawa pecah jugak.

"Gelak la puas-puas. Ko dah dapat awek nanti tau la macamana rasanya" Mirul masih tak puas hati

"Awek aku bukan jenis macam tu bro," Dalam hati seakan berbunga indah...


*****

"Lengang je kedai ni arini bro"

"Yela dah kita sampai awal kan" Hati dah mula berdebar macam bunyi Bass...

Aku duduk kat tempat biasa. Tempat ni la yang aku duduk dari pertama kali datang lagi. Tiba-tiba datang seorang gadis datang nak ambik order. Eh mana dia?

"Err Atie ada tak?" segan jugak aku nak tanya.

"Atie cuti hari ni" lembut je gadis ni jawab

"Cuti???" aku dah mula hilang selera

"A'ah dia kata ada hal sikit. Encik nak makan ape ye?"

"Mirul ko order la. Saya nak air suam je"  Kecewa aku camni... awek ni nak test aku agaknya...


Bersambung...hehe



~ yang sukar diperolehi itu lebih tinggi nilainya ~

4 comments:

Faizal Syukri @ Peja said...

alahai, dah syok baca, ade bersambungla plak...

Artikel terbaru:
Menghasilkan Pendapatan Dengan Blog Dan Apakah Sumber Pendapatan

Azwan Aziz said...

sorry bro, aku memang suke tulis cerita sekerat2 ni... tggu smbungannya ek... hehe thanks 4 reading anyway..

soooooour said...

da tinggal no last???npe x test satu2 no je..0-9...haisssssh...x cukop lg panahan cinta ni..heheeh..

Azwan Aziz said...

hehe takut pembaca menyampah plak kalau nk wat satu2 no...jd trs skip ke no last... tp blum tentu dpt lg...hehe