Wednesday, October 5, 2011

Dari Sinar Mata 11

Sejak hari tu, rasanya dah seminggu aku tak jumpa Atie. Ada jugak aku call dia 2,3 kali. Entah kenapa tiba-tiba aku jadi sibuk. Sibuk tambah serabut. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku serabut. Mungkin sebab aku terlalu banyak berfikir kot. Ni la sebabnya aku cepat stress. Aku ni jenis suka fikir banyak sangat. Kadang-kadang sampai terfikir hal-hal yang negatif. Agaknya kalau otak aku ni macam processor computer, mesti dah kena tambah extra fan sebab nak kasi sejuk.haha.

Esok Atie dah nak bertolak ke UUM. Aku offer diri nak hantar dia, tapi dia tolak sebab dah janji dengan kawan katanya. Lagipun bila aku fikir-fikir balik, memang tak patut pun aku yang hantar dia. Aku belum ada apa-apa ikatan dengan dia pun. Malam ni aku janji nak jumpa dia. Yela lepas ni entah bila baru aku dapat jumpa dia kan. Mungkin malam ni akan hala tuju hubungan aku dengan dia.


*****

Ridzwan, setiap kali aku teringatkan dia pasti aku tersenyum. Tak pernah ada lelaki yang sebegitu bersungguh-sungguh semata-mata nak dapatkan nombor  telefon aku. Masih aku ingat bagaimana kecewanya dia apabila tak dapat nombor last dulu. Padahal kalau dia dapat nombor tu sekalipun, belum tentu aku akan jatuh cinta dengan dia. Tapi dia buat aku kagum, kagum dengan kesungguhan dia. Bukan sekali aku test dia. Tapi dia tetap sabar. Kadang-kadang sikapnya tu buat aku rasa bahagia, rasa dihargai, rasa diperlukan. Aku dah jatuh cinta ke ni? hehe


Malam ni aku nak jumpa dia sebelum bertolak ke Kedah esok. Aku nak bagi dia sesuatu. Rasanya tak adil kalau dia je yang bagi aku hadiah. Aku pun patut bagi dia sesuatu.Tanda kenangan. Music box pemberiannya dipasang lagi. masuk kali ni, dah 4 kali tukar bateri sebab kerap sangat pasang.hehe. Pandai betul dia cari hadiah untuk aku. Macam dah tau je aku suka dengar music box. Dan setiap kali aku dengar music box ni, mesti aku akan teringatkan dia. Aku dah jatuh cinta ke?


*****

Tepat jam 9 malam aku dah tunggu Atie kat restoran yang selalu kitorang pergi tu. Mula-mula aku nak jemput dia, tapi dia kata dia boleh datang sendiri. Mungkin dia tak nak aku tahu dimana rumah dia kot. Dan mungkin jugak dia takut bapak dia marah kalau tahu dia keluar dengan lelaki malam-malam camni. Apapun aku menunggu penuh kesabaran. Kalau tak sabar, macamana nak dapat awek, ye dak?

Lebih kurang 7 minit kemudian, dia tiba. Macam biasa dia datang dengan senyuman. Kalau lambat sejam pun pasti aku tak jadi marah bila tengok senyumannya.huhu.

" Sorry lambat, ada hal sikit kat rumah tadi. Dah lama ke sampai?" Dengan sopan dia meminta maaf.

"Lama jugak, adala dalam 7 minit" Dia gelak je.

"So camne kerja? Ok ke?" 

"So far okey la. Ada masalah sikit-sikit tu biasalah kan. Awak plak camne? Dah ready ke nak start belajar balik ni?" 

"Macam biasalah, mungkin awal-awal semester ni malas sikit. hee" nakal jugak budak Atie ni.

"Nak tanya sikit boleh?"

"Emm nak tanya apa?"

"Nama penuh awak apa ye?"

" Nama penuh saya Nur Atie" tenang je dia jawab

"Nur Atie je? Pendek betul" Tiba-tiba dia sengih.

"Nur Atilia." Dia senyum lagi."kenapa ye nak tau nama penuh saya?"

"Nanti senang nak akad nikah," Spontan je aku jawab

"Apadia awak cakap tadi?" Terkejut dia dengan jawapan aku tu.

"Eh tak, maksud saya, senang la saya nak cari nama awak nanti. Dalam handphone saya ni ada banyak nama Atie, kot-kot tertukar nanti. hee" Terpaksa aku sengih je. dah sah-sah aku kantoi tadi.haha Dia pun senyum je. Aku yakin dia dengar apa yang aku cakap tadi.

"lepas ni bila pulak awak cuti?" Dia belum pergi aku dah tanya bila dia nak cuti.

"Tak tahu lagi. Belum tengok jadual lagi. Rasanya bulan 2 ada cuti midsem kot" 

"Pasal yang kita bincang dulu tu, awak betul-betul nak saya tunggu setahun ke? Akhirnya sampai jugak ke topik utama.

"Awak tak sanggup ke? Saya tak paksa awak kalau awak tak sanggup tunggu," rendah dia bersuara

"Maksud saya camni, dalam tempoh setahun tu, kita takkan berhubung langsung ke?

"Macam ni, maksud saya, kita hanya kawan macam biasa. cuma jangan sebut pasal cinta sehingga saya tamat pengajian. Dah memang prinsip saya taknak bercinta selagi tak habis belajar," Aku terdiam seketika. Tak tahu apa nak jawab. Dalam setahun macam-macam boleh jadi.

"Okey la saya setuju, cuma saya ada satu permintaan," 

"Kalau saya mampu, saya akan cuba laksanakan,"

"Saya nak pangggil awak Lia boleh?"

"Kenapa nak panggil Lia?" dia seakan terkejut. 

"Saja, nak bagi lain sikit dari orang lain," aku senyum je.

"Okey, saya setuju," Senyum jugak.


Bersambung....heheehee....

Bagila komen sket....huhu





~ your smile is the key to unlock my heart ~


3 comments:

tieY said...

alaaaaa hadiah ape die nk bg?????

Azwan Aziz said...

adoi lupa plak nak bagitau atie nak bagi ape.. tggu next episod eh.. hehe

Anonymous said...

layan........bace je hehe...