Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Friday, October 28, 2011

Dari Sinar Mata 13

Semalam aku rasa macam nak melompat je, nasib baik boleh control lagi sebab masa tu aku tengah makan dengan Bos dan sorang client. Masakan tidak, tengah aku sedap-sedap makan, tiba-tiba ada bunyi sms. Kadang-kadang rasa nak marah jugak kalau ada kalau orang send sms atau call time aku tengah makan ni, tapi ni special punya sms. Lia yang send.

-awak, esok saya balik KB *smile* -

Masa baca sms ni, aku punya senyum memang mengalahkan maskot McDonald agaknya. Sampai Bos aku pun dah pandang semacam je. Tapi dia memang dah paham kalau tengok aku senyum sorang-sorang ni. Bukan sehari dua aku kerja dengan dia. Dah nak dekat 3 tahun rasanya. Bos aku memang best, kalau aku ajak tengok Transformers pun dia still ok lagi.haha. Apekehal cite pasal bos aku pulak ni?

Berbalik pada kisah aku dan Lia, lepas lunch tu, aku terus call dia. Nak tanya jugakla dia balik dengan siapa. Dengan bas katanya. Aku ingat nak jemput dia, tapi dia menolak dengan baik sebab katanya kami belum ada apa-apa. Lagipun aku belum kenal family dia, jadi tak manisla kalau tiba-tiba dia sampai rumah dengan seorang lelaki. Betul jugak katanya. Kenapalah fikiran aku ni banyak ke arah kebaratan? Mungkin sebab aku banyak sangat layan TV Series orang putih agaknya. Rosak pemikiran aku sebagai orang timur ni.huhu


*****

Dua hari selepas tu aku ada janji temu dengan Lia. Tapi ni bukan date, sekadar jumpa je. Istilah dating tu untuk orang bercinta je kot. haha. Berdebar pulak aku rasanya. Rasa macam penyakit lama datang kembali. Penyakit berdebar tak tentu pasal. Lemas betul aku camni. Padahal bukan sehari dua aku kenal Lia tu. Apasal nak berdebar sangat ni?

Sebelum keluar, aku check balik semuanya. Baju ok, seluar ok, tie? gile ape pakai tie dengan t-shirt.haha. Misai pun dah cukur pasal aku taknak dia tengok aku serabai macam laki mati bini pulak. Rambut dah siap, perfume dah pakai, jam tangan dengan cincin pun dah pakai. Dah okey rasanya. Jom..

*****

Aku jumpa Lia kat tempat biasa kitorang jumpa. Ala kat tempat yang kitorang jumpa dulu tu la. Masa aku sampai tu Lia dah sampai. Aku terlambat sikit pasal ada satu mamat tadi memang bawak kereta slow tak beragak. Ada ke patut bawak 39km/j kat jalan utama. Tau la bawak awek kat sebelah, janganla sampai menyusahkan orang lain. Panas hati jugak aku dibuatnya. Tapi mengingatkan yang aku bakal jumpa Lia kejap lagi, hati aku kembali tenteram. Sudahnya, aku sampai lambat.

Lia pakai baju kurung pink, terserlah keayuaan wajahnya. Tapi ada sesuatu yang aku hairan. Dia tak senyum macam biasa. Takkan pergi study 2 bulan dah lupa cara nak senyum kot? Stress sangat ke study? huhu. Entah-entah dia marah aku sebab lambat kot? Aku kembali menyumpah mamat kereta kancil tadi dalam hati. Pasal dia la aku lambat. Dan sebab tu jugaklah Aku tak dapat tengok senyuman Lia seperti yang aku harapkan. 

" Sorry lambat, jalan jam tadi," Agak-agak alasan jalan jam boleh terima lagi tak?

" Takpe, nak buat macamana kan," Amboi nada macam merajuk je. Ni la benda paling tak best. perempuan merajuk.

" Lia, saya betul-betul mintak maaf kalau buat awak tunggu lama,"

" Eh takde apela, saya pun baru sampai," Aku tak tau la dia cakap betul ke tak. Harapnya betul la dia tak tunggu lama. Lepas tu kitorang borak sikit-sikit pasal life masing-masing. Dia dengan dia punya study dan aku dengan aku punya kerja. Tapi aku ada perasan sesuatu yang lain macam dengan dia kali ni. Dia dah tak macam dulu. Takde nak mengusik ke ape, nak kenakan aku pun takde. Kalau dulu, dia ni asyik gelak je. kali ni perbualan kami rasa macam tawar je. Seperti buat air teh o lupa nak taruk gula. sejak bila aku pandai main peribahasa macam Karam Singh Walia ni? haha

" Lia, saya nak tanya sikit ni," baik aku tanya terus terang je.

" Emm nak tanya apa?"

" Saya ada buat salah apa-apa ke? Awak nampak tak ceria je hari ni. Ke awak ada masalah lain?" 

Dia diam. Lama jugak. Aku bagi dia masa. Biar dia fikir apa nak cakap. 

" Emm saya tak tahula macamana nak cakap," 

" Cakaplah, mana tahu saya boleh tolong,"

" Sebenarnya masa saya send sms kat awak, saya dah ada kat KB. Saja nak bagi awak surprise, tapi akhirnya saya yang terkejut," Agak sukar aku nak mencerna hujung pangkal cerita Lia ni. Jadi aku bagi masa dia teruskan ceritanya.

" Masa saya jalan-jalan kat KB semalam, saya nampak awak dengan seorang perempuan kat Popular," Dia tunduk. malu agaknya.

Aku dah rasa macam nak gelak. Tapi aku senyum je sebab aku taknak dia kecik ati pulak.

" Perempuan macam mana? Awak salah orang kot,"

" Saya yakin tu awak. Perempuan tu comel macam Selena Gomez," Selena Gomez? hahaha memang aku tak mampu nak tahan gelak dah. Dia buat muka.

"Jom"

"Nak pergi mana?" Dia dah hairan.

" Kita pergi jumpa Selena Gomez," 


*****

Dalam taknak ikut, masuk jugak dia dalam kereta aku. Dia diam je. hanya radio yang menemani kami. Aku pulak rasa nak senyum sepanjang hari. Dah jelas Lia jealous tengok aku dengan perempuan lain.haha
Bila sampai je ke tempat yang aku nak bawak dia tu, dia taknak turun pulak. Tapi last-last dia turun jugak. aku pun call perempuan yang dia maksudkan tu. memang kelakar aku tengok Lia masa tu.

" Lia kenalkan ni Fina Gomez," Fina terkejut bila aku sebut nama dia camtu.

" Ni kak Lia kan? Yang Along selalu angau tu," kecoh pulak dah si Fina ni.

" Along?" Lia berpaling ke arah aku. meminta kepastian.

" Ni my little sis la Lia," aku senyum je. 

Dia senyum malu-malu. Alahai bahagianya rasa. hee


Bersambung la pulak...hehe

aku nak mintak tolong bagila sedikit komen. Untuk tujuan motivasi dan penambahbaikan. TQ :)







~ who says? kehkehkeh ~

3 comments:

Anonymous said...

dah cukup baik dah nie..

Anonymous said...

BEZ LAH STORY MGGU NIE!!!!!GOGOGOGO....TERUSKAN.....LAW BUAT BUKU POWN AK BELI!!!!!

Azwan Aziz said...

Thanks pada 2 org yg komen ni... tulis biasa2 je ni.. nak buat buku xleh lagi sebab ayat pun tunggang langgang..hehe