Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, December 1, 2011

Dari Sinar Mata 15

Hidup sebagai student Universiti ni memang kadang-kadang boleh buat seseorang rasa stress. Assignment berlambak yang nak kena dibuat sepanjang satu semester. Tu belum ditambah dengan kegiatan-kegiatan lain yang wajib kena join. Kalau assignment senang macam buat homework zaman sekolah dulu takpela jugak, ini nak kena buat research bagai. Kalau yang jenis pemalas, memang copy assignment senior yang lepas-lepas je.

Aku sebenanrnya bukan malas nak siapkan assignmnet. Kalau assignment individu memang kejap je aku boleh siapkan ni. Tapi kalau assignmnet berkumpulan ni yang buat aku malas sikit. Apatah lagi kalau ahli kumpulan tinggal di kolej kediaman yang berbeza. Memang payah nak jumpa. Kalau dah jumpa pun kadang-kadang daripada discuss pasal assignment, jadi discuss pasal gosip artis. Apekejadahnya ini semua? Memang aku hangin betul kalau yang jenis datang discussion tapi berbual pasal benda yang tiada kaitan langsung dengan assignment. Dorang ingat aku banyak sangat masa nak melepak kat situ agaknya.


Dan lagi satu perkara yang tak best adalah bila ada lelaki dalam group tu. Ni semua sebab Encik Azman, lecturer aku tu la. Nak jugak buat group campur-campur ni. Kalau dapat lelaki yang boleh diharap, ok la jugak. Tapi kalau dapat jenis yang bagi nama pastu discussion tak pernah nak datang camne?

*****

Atilia melangkah perlahan ke Pusat Kegiatan Pelajar (PKP). Rasa yang amat malas menyelubungi dirinya. Ni semua gara-gara ada discussion untuk group asignment. Kadang-kadang dia merasakan buang masa je pergi discussion tu. Bincang kejap je, pastu mula la nak bukak cerita merepek-repek. Akhirnya assignment entah kemana.

Bila dia tiba di sana, kelihatan Izah dengan Suhaimi dah sampai. Mana Ana dengan Badrul? Badrul memang selalu lambat. Kadang-kadang langsung tak muncul. Alasannya macam-macam. Tertidur lah, lupa lah, helmet hilang lah. Aku rasa kalau dia tak datang pun bagus. Buat menyemak je.

" Hai Atie, baru sampai?" Tegur Suhaimi sebaik sahaja dia tiba di sana.

"Emm" balasku pendek.Ni lagi sorang yang buat aku rasa lemas. Sejak mula kenal lagi dah buat perangai mesra alam semacam. Ada je benda yang dia nak tanya. Kadang-kadang nak tanya class ada ke tak pun nak sms aku. Macam dah takde orang lain yang nak ditanya.

" Ana dengan Bad mana?"

"Ana ada hal emergency, Bad macam biasalah," Aku tanya Izah, tapi dia jugak yang nak jawab.

" Kita start dulu la, kalau nak tunggu Bad entah bila nak sampai" Izah memberi cadangan, aku dengan suhaimi setuju je.

Sepanjang discussion tu, aku dapat rasakan yang Si Suhaimi ni selalu je pandang aku semacam. Nak kata ada yang tak kena kat muka aku ni, rasanya dah 10 kali aku check depan cermin sebelum datang tadi. Kalau ada something pun mesti Izah dah bagitau awal-awal. Bukan kali ni je, selalu pun aku dah perasan dia asyik pandang aku. Tak selesa betul la. Nak sound kang nanti dia cakap aku yang perasan dia dok usha aku pulak. Hai bila la assignment ni nak siap. Aku dah malas nak melayan kerenah ahli-ahli kumpulan yang pelik ni.

*****

Minggu depan Final exam dah nak bermula. Sekejap je rasanya dah nak habis satu semester. Rasanya macam baru je mula semester, tengok-tengok dah nak habis. Mungkin sebab semester ni banyak sangat assignment sampai tak sempat nak termenung macam dulu.hehe.Bila dah termenung, mesti teringatkan kampung halaman je. Lepas tu sibuk nak call mama.

Bila dah masuk study week ni, aku mula rasa bosan pulak. Dulu rasa malas nak pergi kuliah, sekarang rasa bosan duduk kat bilik. Mood nak membaca pun hilang entah kemana. Tiba-tiba aku teringatkan Ridzwan. Dia lah yang selalu call aku. Aku jarang-jarang call dia. Maklumla student ni kena berjimat sikit.hee. Nak call dia ke taknak ni ye? Tapi katanya dua hari lepas, dia ke Kuantan lagi. Ada meeting apa entah. Sekarang ni office hour, takut menggangu dia pulak. Tiba-tiba ada satu sms sampai.

-Hai awak tengah buat ape tu?-

Sms dari Suhaimi. Bosan betul la aku dengan mamat ni. Tak reti bahasa betul. Aku ingatkan dulu lepas habis je group assignment dengan dia tu, dia takkan ganggu aku lagi. Tapi sampai sekarang ni sibuk nak sms aku. Takkan la dia tak faham lagi yang aku ni langsung tak minat dengan dia tu. Dah orang tak layan, faham-faham sendiri la kan.

-Busy, study-

Pendek je aku balas. Malas aku nak layan. Kang kalau aku balas lain, dia perasan aku dah mula suka dia pulak. Parah nanti.

Bersambung...

.:. Sorry sangat-sangat pada yang menunggu sambungan cite ni (kalau ada). Lately aku agak stress dengan kerja. Otak dah jam, kosong, buntu dan semacam dah kena block. Harap-harap lepas ni aku akan lebih okey.huhu






~ kalau sudi katakan sudi, tidak aku ternanti-nanti ~

2 comments:

Anonymous said...

yeah dh start ade permasalahan. bro buat la die tetibe layan suhaimi tu pastu, jd pape ke, kne repeat paper, kne extend sem ke, kne lanjutan ke... haha... padan muke ridzwan kne tggu lg.. haha.

Azwan Aziz said...

Thanks atas komen ko ni... dh lama aku tggu komen camni...huhu... permasalahan akan wujud nanti... sabar ek pasal aku skrg xsempat sgt nk update cite ni...huhu