Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Friday, February 21, 2014

Nyamuk dan Semut

Ini malam tadi punya cerita

Sedang aku asyik dok usha newsfeed Facebook yang dipenuhi bermacam cerita dan info yang kadang-kadang buat aku gelak sorang-sorang dan kadang buat aku rasa nak unfriend je orang tu, tiba-tiba tumpuanku terganggu oleh satu bunyi semcam berdesing di telinga kananku. Pada mulanya aku buat tak tahu kerana tengah seronok membalas komen, namun gangguan itu muncul lagi. Aku terus rasa panas hati.

Aku pandang ke kanan, nampak seekor nyamuk bersaiz sederhana sedang terbang rendah berdekatan aku. " Celaka punya nyamuk, berani kau mengganggu konsentrasi aku menelaah facebook," marahku dalam hati. Dengan satu jurus serangan pantas, aku berjaya membunuh nyamuk tersebut. Aku tersenyum puas. Bangkai nyamuk tu masih berkeadaan sempurna. Lalu aku mendapat satu idea. Aku letakkan bangkai nyamuk tu atas meja sebagai pengajaran kepada nyamuk-nyamuk lain supaya jangan cuba mengganggu masa lapangku. Biar diorang tak berani nak datang dekat sebab dah nampak akibat yang menimpa member diorang kerana cuba mengganggu aku. Aku tersenyum lagi. Bernas jugak idea ni.

Wednesday, February 12, 2014

Cliche


cliché or cliche  is an expression, idea, or element of an artistic work which has become overused to the point of losing its original meaning, or effect, and even, to the point of being trite or irritating, especially when at some earlier time it was considered meaningful or novel


Dalam bahasa melayunya Cliche ni bermaksud sesuatu yang digunakan secara berulang sehingga hilang keasliannya. Aku ni suka memerhati. Terkadang aku sanggup lepak sorang-sorang kat shopping complex dan perhatikan gelagat manusia yang lalu-lalang. Aku suka perhatikan trend masayarakat kerana kebanyakan masyarakat di Malaysia suka meniru. Ikut Trend katanya. Tapi bila semua orang lakukan perkara yang sama akan jadi cliche pulak.