Tuesday, November 8, 2011

Dalam Diam Aku Mencintaimu

Lagu dan Kenangan

Disebabkan tiada idea nak update blog, maka aku teruskan siri Lagu dan Kenangan ni. Lagu yang aku pilih kali ni lagu Dalam Diam Aku Mencintaimu - Stings. Lagu ni rasanya kuar tahun 98. Masa tu aku darjah 6. Nampak tak betapa aku dah sentimental sejak kecik lagi? haha

Lagu ni lebih kepada cinta yang dipendam dalam hati, suka tapi tak mampu nak luahkan. Masa aku darjah 6, kelas aku ni dibuat position pelik sikit. Semua pelajar diletak berpasangan lelaki dan perempuan. Meja duduk berdua je semuanya. Mula-mula reason cikgu buat taktik camni sebab taknak bagi bising katanya. Bagi jejaka pemalu macam aku ni memangla menjadi taktik ni. Tapi kalau dah jenis yang bising, arrange macamana pun bising jugak.haha


Nak dijadikan cerita aku dapat partner yang agak cun, sedap mata memandang. Tapi dia jenis bising sikit, tapi baik. Lama-kelamaan aku jadi suka kat dia. Ala budak-budak biasala kan? haha. Masa tu la aku layan lagu ni. Sampai sekarang dia tak tau aku suka dia.haha.Kalau dia baca cite ni mesti dia gelak terguling pasal aku still contact ngan dia sampai sekarang.

Jiwa pemalu aku tu melekat sampaila aku habis sekolah. memang tidak pernah terluah pun. Tapi aku tetap rasakan tu kenangan yang manis buat aku sendiri.hehe






~ kadang-kadang aku terfikir apa yang akan berlaku jika aku pernah berterus-terang~

2 comments:

KhaiRin said...

sy pon dulu layan lagu ni... tp x la nanges sbb x berpunya ms tu hehehe

Azwan Aziz said...

saya pun layan gitu2 je, xdela smpai nangis jugak...hehe