Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, January 16, 2012

Dari Sinar Mata 19

" Wan, apesal aku tengok kau dah lama tak makan kat Selera Cik Siti tu? " Aku pandang muka si Mirul tu. Tu takde lain la, nak mengata aku la. Pagi-pagi dah cari pasal.

" Malas lah, jauh," Balasku pendek.

" Dulu kemain lagi kau sanggup kesana tiap-tiap hari, sekarang dah jadi jauh pulak?" Mirul sengih sinis. Aku bagi penampor jugak budak ni karang.

" Dulu lain, ada penyeri. Sekarang dah takde dah,"

" Apecite kau dengan Atie sekarang? Dah declare couple ke? hehe" Boleh tahan busybody Mirul ni. Suka sangat layan Melodi, dah terpengaruh agaknya.


" Macam tu jugak la, kitorang kawan rapat je,"

" Dah setengah tahun Wan, sampai bila kau nak tunggu dia?" 

" Kan aku dah janji nak tunggu dia setahun, jadi aku akan pegang janji aku tu," Aku sedikit tegas. Mirul ni macam dah mencabar kesabaran aku je.

" Suka hati kau la Wan, aku sebagai kawan sekadar nak mengingatkan je. Kat Universiti tu macam-macam boleh jadi," Mirul berlalu dengan meninggalkan satu persoalan pada aku. Persoalan yang selama ini tidak pernah aku terfikir.

Betul jugak kata si Mirul tu. Macam-macam boleh jadi kat sana. Aku pun pernah lalui fasa jadi budak U. Buat group assignment sama-sama, masuk aktiviti kolej, dan macam-macam lagi. Tak mustahil boleh jatuh cinta. Dan Lia tu pulak cantik, mesti ada yang berkenan nak buat awek. Buntu pulak aku memikirkannya. Cepatla datang esok!

*****

Hari ni aku bersiap awal, pakai ringkas je sebab bukan nak pergi bersanding pun. Cuma aku keluar awal sikit. Bukan apa, takut terserempak lagi dengan mamat sengal kancil hijau yang drive 39km/j tu je. Spoil date aku nanti. Date ke? haha. Entahlah. Yang pasti aku akan bertemu Lia hari ni selepas 2 bulan tak jumpa. Harap-harap dia masih cam aku lagi. haha.

Aku jumpa dia kat tempat biasa je. Kat restoran je sebab aku bukan mat bunga nak gi jumpa kat taman bunga. Lagipun ni bukan zaman lagu 'Seiring dan Sejalan" nak main kejar-kejar kat taman bunga. Nampaknya aku terlebih awal sangat tiba hari ni. Nak buat macamana buah hati punya pasal, terpaksa berkorban sikit.

Lebih kurang 15minit kemudian Lia tiba. Dia memakai baju merah seluar hitam. Nasib baik dia tak datang pakai jersi Red Warriors, kang aku terpaksa ajak dia gi stadium tengok bola pulak.haha.

Dia senyum, aku senyum.

"Dah lama sampai?" Ayat biasa.

"Baru je, dalam 10minit" aku senyum lagi.

"Sorry lambat sikit, ada hal kat rumah tadi," Dia pulak senyum

"Takpe, bukan lama pun tunggu. Awak apa khabar? Sihat?" Ayat biasa jugak

"Sihat Alhamdulillah. Lega sangat dah habis final exam,"

"Memang nampak awak sihat dan berisi sikit," Aku cuba mengusik.

"Eh awak kata saya gemuk eh? Mana ada la. Dua minggu tak lalu makan sebab exam tau," haha itulah orang perempuan. Bila sebut bab badan berisi je, mesti gelabah.

"Hehe saya gurau je, awak still cantik macam dulu," 

"Ada-ada je awak ni. nak bodek suruh saya belanja makan eh?" nak cover malu la tu. padahal dah blushing aku tengok bila aku puji sikit.

"Yeke nak belanja ni? Kalau macam tu saya nak order makanan mahal la," Kebetulan pulak datang abang waiter.

"Ala janganla order mahal sangat, student macam saya ni mana ada duit pun," dia dah buat muka sedih.

"Ala saya gurau jela, biar abang yang dah kerja ni belanja," Aku tengok abang waiter tu dah senyum-senyum tengok drama kitorang ni.

Lepas order, kitorang bertukar-tukar cerita. Tapi kebanyakan cerita datang dari Lia. Kecoh jugak rupanya dia ni. Dulu macam malu-malu je. Dah lama kenal ni mungkin dia rasa selesa sikit nak cerita apa-apa dekat aku. lagipun aku pernah masuk universiti jugak dulu. Aku dah faham sangat tekanan bila nak exam tu. Aku banyak mendengar je. seronok pulak tengok dia bercerita. mesti dah lama dia kumpul cerita ni.haha.

Masa nak keluar dari restoran tu, tiba-tiba aku terserempak dengan seorang perempuan ni. Alamak kenapa aku jumpa dia kat sini masa aku bersama Lia? mampus aku...

Bersambung pulak dah.haha

sajenakmerepek: dah setengah tahun aku tulis cite ni.Bila nak abis daa...hehe





~ sukanya bila dia ceria ~


No comments: