Thursday, November 10, 2011

Dari Sinar Mata 14

Malu sangat-sangat. Itu je yang mampu aku katakan buat masa ni bila ingat balik peristiwa petang tadi. Malu betul bila ingatkan perangai aku yang macam budak perempuan baru nak kenal erti cinta. Nampak sangat aku jealous tak bertempat tadi. Padahal aku dengan Ridzwan belum ada apa-apa ikatan. Nak kata kawan rapat mungkin, tapi kalau nak kata bercinta memang tak la rasanya sebab aku sndiri yang letak syarat supaya dia tunggu aku habis pengajian baru cerita pasal cinta. Sudahnya aku yang malu sendiri.huhu

" Ni my little sis la Lia " eh little sis? aku dah mula rasa muka macam merah kena bakar je. Lebih-lebih lagi bila tengok si Ridzwan ni senyum semacam je. Nak kenakan aku la tu.

" Hai Fina, comel betul Fina ni," aku sempat kembali ke alam nyata. aku tak pandang pun Ridzwan sebab rasanya masa tu dah malu sangat-sangat. Rasa macam nak lari menyorok dalam gua je.hehe

"Eh pandai je akak ni, Fina biasa-biasa je," Nasib baik la Fina ni jenis yang macam budak-budak sikit. Puji sikit je dah blushing macam kena pinang je.huhu

 "Lia, jangan layan sangat budak Fina ni, dia ni ngada-ngada sikit," tiba-tiba si Ridzwan tu menyampuk pulak.

"Biarlah, Along jealous sebenarnya kan?" Balas Fina sambil buat muka. Aku cuma tergelak kecil tengok gelagat dua beradik ni. Hilang rasa malu dan berdebar aku tadi.


Kalau nak diikutkan, aku sendiri pun tak pasti kenapa aku rasa macam tu. Rasa macam nak marah je bila terpandang dia mesra dengan perempuan lain. Kata orang cemburu tu tanda sayang. Sayangkah aku padanya? Tapi tu kata orang. Aku tak kata apa-apa pun. haha. Bukan senang aku nak tafsirkan hati sendiri. Apatah lagi ni pertama kali aku rasa macam ni. Kadang-kadang aku rasa confius dengan perasaan sendiri. Mungkinkah aku benar-benar dah jatuh cinta pada dia? Serabut pulak rasanya. Makan aiskrim lagi bagus!

*****

Aku tersenyum sendiri mengingatkan peristiwa petang tadi. Ada ke patut dipanggilnya Fina tu macam Selena Gomez? Kalau dia cakap macam Sharifah Amani tu ada la logiknya. Bising je memanjang. Haha. Tapi aku suka betul tengok muka dia masa aku perkenalkan Fina tadi. Muka terkejut yang sangat priceless. Kalau aku tau macam tu sekali dia terkejut, dah tentu aku sediakan kamera awal-awal. Nasib baik aku boleh control tadi. Kalau aku gelak tadi, mau dia merajuk lagi dengan aku. Tahu jelah kalau perempuan dah start merajuk kan? mau kena pujuk dengan bunga, teddy bear takpun paling cikai beli aiskrim cornetto.haha. Teringat pulak cerita Edisi Khas yang aku tengok semalam. Tajuknya pasal merajuk ni la. Nasib baik tak terguling je aku tengok cite tu. Kelakarnya mengalahkan Maharaja lawak.haha

Berbalik pada Atilia, aku rasa dia dah mula sukakan aku. Bukan aku nak syok sendiri, tapi tengok saja cara dia cakap masa dia cerita pasal nampak aku dengan sorang girl kat Popular tu. Nampak sangat ke-jealous-an nya. Kata orang, cemburu tanda sayang. Orang cakap la.Hehe. Tapi bila diingatkan balik, menyesal pulak aku kenalkan Lia kat Fina. Budak kepoh tu banyak betul soalannya. Disoalnya aku mengalahkan polis je. Aku sabar je mengingatkan dia tu adik sendiri. Kalau adik orang lain, aku dah tinggalkan tepi jalan tadi. Haha.

Boleh pulak tadi dia tanya aku bila nak pinang Lia depan-depan Lia sendiri. Nasib baik tak tercekik ayam KFC tadi. Apa punya adik la. Bikin rosak plan je. Aku tengok Lia diam je. Muka tunduk je macam malu-malu. Nasib baik sempat cover dengan menyuruh Fina makan sampai habis ayam dia tu. Entah datang dari mana la perangai kepoh dia tu. Banyak sangat tengok rancangan Melodi agaknya.

Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ni dah tentu Fina. Dia sorang je yang jenis suka ganggu ketenteraman awam ni. Aku bangun dengan malasnya untuk buka pintu. Nak apa lagi la budak ni...Bila aku bukak je pintu, nampak muka Fina dah tersengih. Kan aku dah cakap...

" Nak ape ni?" 

"Saje nak melawat Along," jawapan beserta sengih jahat tu memang aku takuti sejak dulu lagi.

"Hari-hari dah jumpa nak melawat apa lagi?" 

"Ala Along ni dengan adik sendiri pun malas nak borak, berkira betul" Dia dah buat muka.

" Yela-yela masuk la," Letih aku layan budak ni. Umur dah 18, tapi perangai macam budak tadika.

Dia kembali sengih. Itulah Fina. Perangai boleh switch macam petik jari je. Kejap dia sedih, kejap dia boleh happy macam takde apa-apa.

" Along betul ke suka kak Lia tu?" Aku dah agak dah. Dia tak puas lagi nak bertanya la tu.

" Fina rasa dia sesuai tak dengan Along? " aku jawab soalan dengan soalan. haha

" Sesuai, Fina suka dia. Manis je dia tu. Suara pun lembut je! " Amboi lebih-lebih pulak dia.

" Fina rasa dia suka Along tak? "

" Emm rasanya dia suka Along sebab Fina tengok dia malu-malu je bila Fina usik dia dengan Along tadi " Bagus jugak pemerhatian budak Fina ni. Berbaloi jugakla aku belanja dia KFC tadi. Tiba-tiba aku sengih sendiri.

" Bila Along nak pinang dia ni?"

" Tunggu Fina kahwin dulu la " Aku dah tergelak..

" Jahat la Along ni, Fina muda lagi la " Serentak dengan itu dia membaling bantal kat aku. main kasar nampak.

" Lagi 10 bulan Along pinang dia la," 

" kenapa kena tunggu 10 bulan? "

" Adalah, budak bawah umur mana boleh tahu...hahaha " 

Bersambung lagi... hee




~ Love U Like A Love SonG ~

6 comments:

KhaiRin said...

uiii bleh wat novel ni!

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

bez la ;) nk bce lgi k;)

Kongsi Apa2 Aje said...

nice. singgah sini (^_^)

Azza Firza said...

cepat sambung kayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy .

LollyHatesMe™ said...

boleh tahan penulisan makhluk puaka ni haha

Anonymous said...

mmg smart la bro cite ko ni,aku dh start bace sume novel ko dr Cinta Bazar Ramadhan. tp ade sket slack la, xde permasalahan pun? haha. kasi la sedih2 sket...tp ape2 pun kalau novel ni utk hepi2 n hepi ending, mmg cantekkkkkkk! haha.