Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, February 29, 2012

I'm not that person anymore

Amaran: Ini adalah entri emo. Sila jangan baca jika anda seorang yang mudah berkecil hati. Tiada kena mengena dengan sesiapa pun...

Dulu aku ni seorang yang suka mendengar, suka jugak bagi nasihat walaupun kadang-kadang hidup aku sendiri tak menentu. Aku pun tak tahu mana datangnya sifat suka mendengar aku tu. Mungkin jua ia lahir dari jiwa sentimental aku ni. Disebabkan itu jugak aku ada ramai kawan  perempuan. Orang perempuan ni jenis jiwa halus sikit. Bila kita mendengar masalah atau luahan mereka, mereka akan rasa dihargai. Tapi setakat jadi kawan jela. Takde pulak yang nak jadi awek aku pun.

Bila masuk Universiti, aku join Pembimbing Rakan Siswa @ PRS. Konsepnya sama jugak dengan PRS sekolah tu, cuma ia disesuaikan dengan peringkat umur budak U. Masa tu memang aku belajar banyak skill dalam bidang Kaunseling ni. Boleh dikatakan aku ni jadi tempat mengadu ramai kawan aku. Aku suka sebenarnya boleh tolong orang ni, walaupun hanya tolong bagi nasihat je.

Friday, February 24, 2012

Dari Sinar Mata 21

Mana pulak si Dila ni, dah berjanggut aku tunggu pun tak sampai-sampai lagi. Semalam beria-ria ajak aku keluar, ni dah dekat sejam belum nampak bayang pun. Ni yang aku malas nak berjanji dengan orang. Tapi nak buat macamana kawan lama yang ajak, takkan nak tolak pulak. Dah la jarang-jarang ada peluang nak jumpa macam ni. Aku ni pun bukan jenis yang suka keluar sangat, tapi sesekali keluar apa salahnya kan? Tapi bila jadi kes macam ni memang buat aku menyesal gila la pulak. kalau aku tahu, memang awal-awal aku dah cancel nak jumpa harini. Buang masa betul la. Dahla hari ni ramai pulak orang kat sini. Ada yang pandang-pandang jeling-jeling aku macam tak pernah tengok perempuan. Siap la kau nanti Dila!

5 minit kemudian Dila datang sambil tersengih-sengih.

" Sorry la Atie, aku tunggu sepupu aku ni. Dia nak ikut sekali tadi," Alasan la tu

"Mana sepupu kau? Tak nampak pun?" Aku buat nada tegas sikit, biar dia tahu aku tengah marah.

" Tu yang baju belang tu.." Dila menunjukkan ke arah seseorang yang amat aku kenali. Kenapa mesti  dia? adoi la...

Thursday, February 2, 2012

C.I.N.T.A.K.E.N.A.N.G.A.N.S.I.L.A.M.

C... cintaku yang satu
I... impian kan nyata
N... nikmat yang berbeda
T... tanpa pengertian
A... antara kau dan aku

C-Cuba kau pejamkan matakan matamu yang ayu
I- Inginku nyatakan ke dalam hatimu
N - Noktah cinta kita sampainya disini
T - Takkan musnah impian yang ku harapkan
A - Aku mengerti siapa diri ini

K - Kekayaan tiada dalam diri
E - Entah mengapa jadi begini
N - Nasib demikian rupa
A - Angkara dunia
N - Namun langkahku takkan berhenti di sini
G - Gerhana itu mengubat hatiku
A - Aku tersentuh dalam janjimu dulu
N - Nyata kau membisu

S - Sehingga pudar telah
I - Ingatan ini
L - Lalu aku menyepi
A - Apakah ini semua sudah biasa
M - Mainan hidupmu

Cinta kenangan silam
Cinta kenangan silam
Cinta kenangan silam...

Cinta Kenangan Silam by XPDC


~ PAST is a good place to VISIT but certainly not a good place to STAY ~

Wednesday, February 1, 2012

Dari Sinar Mata 20

" Eh Ridwan, kamu buat apa kat sini?" dah tentu ni restoran, mestilah nak makan, apa punya soalan daa.. aku dah sedaya upaya mengelak tadi dia boleh nampak jugak.

"Saya datang makan je makcik," jawabku pendek. Kalau boleh aku nak blah buat macam tak nampak je.

"Ooo, ni sape yang cantik manis ni? " Dia dah start dah.

"Ni kawan saya," cilake betul. apesal aku rasa macam nervous pulak ni. Lia diam je.

"Kawan ke girlfriend?" dia dah buat senyum sinis.

"Kawan je makcik. Eh makcik kitorang dah lambat ni. Ada hal sikit. Nanti kita jumpa lagi ek," Aku segera mintak diri. Makcik ni bukan boleh nak dilayan lama-lama sangat.

Memperkenalkan makcik Leha ataupun lebih dikenali sebagai makcik internet bergerak. Dia ni lebih kurang mami jarum. Suka betul nak gosip hal orang. Satu taman perumahan aku dah kenal dengan perangai makcik ni. Bab gosip-gosip ni dia memang minat. Kadang-kadang dia nampak lain, dia pergi cerita lain. Ni dia nak buat cerita apa entah bila nampak aku dengan Lia. Nasib baik la aku dah nak balik tadi. Malang betul rasanya bila terserempak dengan makcik Leha tu.