Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Wednesday, January 25, 2012

Aktiviti Sosial Gua Di Kelate

Rasanya macam dah lama aku tak update pasal perkembangan diri aku sendiri kat blog ni. Macam biasalah, bukan aku taknak update, cuma hidup aku ni macam agak kosong dan kelam sejak dua,tiga tahun kebelakangan ni. Nak cerita pasal kerja, baik tak payah. Lagi bagus kalau korang tak tau pun aku kerja apa.haha.

Sejak habis belajar, aku pulang semula ke tanah kelahiran aku, negeri Kelantan @ Kelate. Seperti yang sudah sedia maklum, negeri Kelate ni kurang sikit dia punya hiburan macam pusat karaoke ataupun panggung wayang.Paling sosial pun pusat bowling dan snooker je. Aku ni bukannya jenis yang suka bersosial sangat pun. Cuma aku ni suka tengok wayang. Aku suka tengok movie dengan sound yang kemain realnya tu. Kalau aku layan movie dengan sound kuat camtu kat rumah, memang kena halau dengan mak aku la jawabnya. Haha.

Monday, January 16, 2012

Dari Sinar Mata 19

" Wan, apesal aku tengok kau dah lama tak makan kat Selera Cik Siti tu? " Aku pandang muka si Mirul tu. Tu takde lain la, nak mengata aku la. Pagi-pagi dah cari pasal.

" Malas lah, jauh," Balasku pendek.

" Dulu kemain lagi kau sanggup kesana tiap-tiap hari, sekarang dah jadi jauh pulak?" Mirul sengih sinis. Aku bagi penampor jugak budak ni karang.

" Dulu lain, ada penyeri. Sekarang dah takde dah,"

" Apecite kau dengan Atie sekarang? Dah declare couple ke? hehe" Boleh tahan busybody Mirul ni. Suka sangat layan Melodi, dah terpengaruh agaknya.

Saturday, January 7, 2012

Dari Sinar Mata 18

" Awak?"

" Eh awak?" Dia pun nampak terkejut jugak.

" Awak salah naik bas ke? Awak kan orang Johor, ni bas nak ke Kota Bharu "

" Dah betul la, saya memang nak ke Kota Bharu, cuba tengok tiket ni " Aku menyambut huluran tiket tu. Memang sah sama je dengan tiket aku, dan nombor seat pun dah betul. Tapi kenapa dia nak ke Kota Bharu? Nak ikut aku ke ape ni? Tiba-tiba rasa seram sejuk pulak.

"Awak nak buat apa kat Kota Bharu?" Akhirnya aku bertanya jugak.

"Saya nak balik rumah nenek saya," selamba dia menjawab.

Wednesday, January 4, 2012

It's Now Or Never

Sepanjang perjalanan hidup aku yang sudah mencapai suku abad lamanya, seringkali aku bertemu dengan persimpangan-persimpangan hidup yang banyak menduga kebijaksanaan dan keberanian aku. Persimpangan-persimpangan yang memerlukan aku membuat keputusan, samada keputusan atas diri aku sendiri atau dengan bantuan idea bernas orang lain. Dan seringkali jua aku ketakutan apabila melalui satu-satu persimpangan itu. Takut tersalah pilih, takut akibat yang tidak diingini berlaku.

Ketakutan atas risiko tersalah membuat keputusan seringkali jua menyebabkan aku stress dan tertekan. Tekanan yang disimpan sorang-sorang kadangkala boleh ditahan, namun kadangkala meletus jua. Perasaan hampa dan kecewa tidak mudah utuk disimpan dan seringkali blog ini menjadi tempat ia diluahkan.

Tuesday, January 3, 2012

Status FB setengah tahun Kedua 2011

"...tak mungkin dapat kau faham sakitnya..."

"...mungkinkah dia gadis yang ku tunggu?..."

"...pemenang kasut emas pun tak mampu nak menjaringkan gol...huhu..."

 "...nak ku cari entah dimana, nak ku tanya pada siapa?..."

"...babak pertama bermula, saat ku terlihat mu..."

"...lost in the nothingness inside of me..."

 "...bila gua pegang stereng, segala sifat sentimental gua hilang entah kemana..."