Monday, September 24, 2012

Jangan Terlalu Berharap

Setiap daripada kita pasti punya impian dan cita-cita masing-masing. Ada yang bercita-cita tinggi melangit dan ada pula yang sekadar berharap. Ada yang berimpian sampai ke bulan dan ada pula yang berimpian merentas tujuh lautan. Setiap impian dan cita-cita ini bermula dengan angan-angan. Tidak salah untuk berangan namun ianya haruslah realistik, jangan bermimpi untuk ke bulan kalau kita hanya berharap tanpa usaha.

Friday, September 7, 2012

Adam & Hawa

Dalam seminggu dua ni ramai yang tengah memperkatakan tentang drama Adam & Hawa. Aku pun mula-mula excited betul bila dengar novel ni akan diadaptasi jadi drama pasal aku memang minat baca novel tulisan Aisya Sofea ni. Adala dalam dua,tiga kali jugak aku ulang baca. Novel ni bagi aku complete jugak la, ada cinta, konflik, keagamaan, keluarga. Jadi bila ada berita mengatakan akan ada sebuah drama dari novel ni aku jadi suka jugak la pasal kalau buat filem mesti tak best macam Ombak Rindu sebab banyak part kena skip.