Monday, April 23, 2012

Dari Sinar Mata 24

Dah menjadi kebiasaan aku bila serabut dan kusut, mesti nak kena layan lagu. Kalau time serabut camni, mesti nak lagu rock je, kalau dengar lagu jiwang karang meleleh pulak. Haru aku nanti. Dalam playlist for sure ada Linkin Park, My Chemical Romance, Simple Plan dengan Sum 41. Speaker tu mesti berdentum macam nak pecah. Pintu kena tutup la. Karang mama bising pulak.

In The End - Linkin Park memulakan playlist. Layan gile aku. Rasa cam Chester pun ada. Lepas je lagu tu, tiba-tiba kuar lagu yang langsung aku tak pernah dengar. Mana datang lagu ni? Takkan tiba-tiba boleh muncul dalam dalam playlist aku? Ke jiran sebelah yang pasang lagu? Confius aku kejap.

Jejak-jejak langkahku, bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku kan ku bangun
di atas satu cinta

Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku...

(Di Atas Satu Cinta - Indah Dewi Pertiwi)



Tiba-tiba aku rasa macam ada perasaan halus dalam diri aku, perasaan tenang yang sukar aku tafsirkan. Aku pejamkan mata, dan yang aku nampak cuma dia, Atilia. Subhanallah aku mencintainya... Pipi rasa macam panas je, air apa pulak mengalir ni?


Segera aku call Mirul


"Jom ikut aku pergi Langkawi....!"

Dibalik pintu, Fina tersenyum. Itu saja yang dapat dia bantu abangnya. Dia cuma berharap abangnya akan dapat mencari bahagianya.

******

" Apa barang layan Leeloo's Theme ni? Mengantuk la aku camni," Mirul dari mula tadi lagi asyik membebel je. Kadang-kadang aku rasa menyesal pulak bawak budak ni sekali.

" Eh suka hati aku la, kereta aku, aku pulak tu yang drive," Aku tengah feeling ni dia nak kacau pulak.

"Aku tau la kereta kau, tapi takkan drive jauh camni nak layan lagu sedih bro? Dah gaya cite winter sonata pulak aku rasa ni," Mirul masih taknak mengalah.

" Aku tengah berfikir ni. Aku kalau nak berfikir kena dengar irama piano tau?"

"Ala rilek la bro, kau slowtalk je dengan budak Lia tu. Perempuan ni lama mana sangat la nk merajuk," Senang je kau cakap ye. Awek kau merajuk dulu, aku jugak yang tolong pujukkan.

"Lia ni lain beb, dia dah terluka, aku tambah luka pulak. Mana la dia senang-senang nak maafkan aku," datar aku bersuara. Memang aku ke Langkawi ni dengan tujuan nak pujuk Lia, tapi bagaimana? dah macam lagu spider pulak.huhu

"Apakata kau naik atas burung helang besar tu, pastu jerit Lia I Love U kuat-kuat?"

"Apa punya idea la kau ni? belum sempat naik dah kena tangkap dengan polis aku rasa, bagila idea bernas dan munasabah sikit." dah banyak tengok movie orang putih rasanya budak mirul ni.

"Bagus apa cadangan aku tu.kalau nak senang, nyanyi lagu P.Ramlee - maafkan kami "

"Kami apanya, yang salah tu aku sorang je," Ingat cite bujang terlajak ke nak pujuk pakai lagu maafkan kami ni? haha

"Asyik reject je idea aku, kau pikir sendiri la. aku nak tidur jap," Aku humban jugak budak Mirul ni. Aku penat-penat drive, dia sesedap hati tidur pulak.

******

"Ni macamana kita nak cari Lia? Langkawi ni sikit punya besar beb,"

"Jangan risau, aku dah sediakan secret weapon awal-awal lagi dah,"

"Kau ni biar betul? dah macam nak gi perang pulak gayanya,"

"Memang nak perang pun beb,fight for your love,hahaha," Saja aku gelak bagi sakit hati Mirul. 3 jam dia tidur.Aku jugak yang kena drive sorang-sorang.hampeh punya member.

"Mana kau punya secret weapon yang power sangat tu?" Mirul dah buat muka tak puas hati.

"Tu ha dia dah datang," Aku menunjukkan pada seorang lelaki yang sedang berjalan ke arah kami.

"Perkenalkan, ni Abang Lan. Dia yang akan jadi tourist guide kita kat sini,"

"Tapi dia tau ke mana Lia duduk?"

"Yang tu kena pakai secret weapon nombor 2,"

"Berapa banyak weapon daa,"

"Ni ha" Aku menunjukkan aku punya handphone.

"Kau nak call dia? Ingat dia bodoh sangat ke nak bagitau dia kat mana?"

"Rilek bro, aku ada rancangan lagi baik punya la. Nanti aku suruh Ida call dia, pastu Ida inform kita la," Aku tersenyum bangga dengan rancangan yang aku rasa sangat sempurna.

"Ceh pakai orang dalam rupanya," sekali lagi Mirul buat muka tak puas hati.

"Jap aku nak call dia,"

Lebih kurang 10 minit kemudia Ida call balik.

"Encik Ridzwan, Lia ada kat Dataran Helang sekarang. Goodluck ye,hehe" Siap gelak lagi kau ye Ida. Nasib baik kau tolong aku.

"Eh Dataran Helang kat sebelah tu je kan?" tiba-tiba Mirul bersuara. Abang Lan angguk-angguk je. Tiba-tiba aku rasa panik. Apa nak buat ni? Aku langsung takde plan lagi ni. Damn....

Bersambung lagi....

sajenakmerepek: kadang-kadang aku rasa sangat bersalah pasal lambat gile update. Mintak maaf banyak-banyak pada yang menunggu. Menulis ni kena ada mood, kalau mood datang baru boleh menulis. Mood aku pulak berubah-ubah semenjak dua menjak ni.huhu


~ kalau cinta, katakan cinta ~


LIKE kalau SUKA

1 comment:

KhaiRin : anies said...

mcm 1st time je jatuh cinta..