Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, February 21, 2013

Dari Sinar Mata 26

Lagu Merindu Tanpa Kata berkumandang di speaker laptop. Sesuai benar dengan jiwa aku sekarang ni yang sedang merindu namun tidak mampu berkata kerana empunya diri yang dirindui tidak mahu berhubung lagi untuk 3 bulan seterusnya. Termenung aku memandang bulan. Malam ni bulan purnama, sungguh cantik. Tapi aku pandang bulan nampak Lia. Ah sudah aku sudah parah.

Lepas jumpa Lia aku dengan Mirul berjalan sekitar Langkawi. Ye la kan dah datang jauh-jauh takkan nak balik camtu je. Kenala beli barang sikit untuk family. Karang ada yang mintak nanti susah pulak. haha. Tapi Mirul je yang shopping sakan, aku cuma beli sikit untuk family je. Lagipun aku masih terfikir tentang syarat yang Lia bagi tu. Tu bulan tu lama. Tapi orang cakap pejam celik pejam celik dah 3 bulan. Tu orang yang cakap, tapi aku yang nak melalui ni camne?

Monday, February 18, 2013

Salahkah Aku Mencintaimu?



Memang terkadang ada sesuatu hal……..
Yang tak pernah kita sedari bahawa cinta itu kuat,
Cinta tak mengenal perbezaan,
Walau kekadang perbezaan membuat kita goyah...
Semoga kau disana menyedari bahawa "aku ada untukmu",
Biarlah malam menjadi saksi pilu nya,
Hatiku disini tanpa ada yang mahu mengerti aku,
Bahkan sampai saat ini pun.

Cinta sejati adalah cinta dimana
kau tidak mungkin meninggalkan dan melupakan orang yang kau cintai...