Monday, June 27, 2011

Dari Sinar Mata

Entah kenapa hari ni aku rasa lain macam. Dari pagi tadi aku terasa seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku pada hari ni. Namun aku cuba buat cool je walaupun hati mula berdebar. Bila tiba lunch time, aku rasa macam malas nak makan kat tempat biasa.

"Rul, agak-agak kita nak makan kat mana arini?"

"Ala tempat biasa la"

"Bosan la, kita cari tempat lain la pulak arini,"



"Ikut suka kau la, asalkan kau belanja," Mirul membalas sambil tersengih.

Setelah puas aku round-round, aku pun stop kat satu kedai makan ni. Nampak macam sedap je.Lepas duduk kejap, datang la waiter. Tergamam aku seketika tatkala melihat wajah gadis waiter tu. Cun gile. Macam Sari Yanti dalam iklan Hotlink pun ada. Terkebil-kebil gak aku seketika.

"Wan, dia tanya ko nak makan ape tu?" tiba-tiba aku dikejutkan oleh suara mirul. Gadis tu senyum je. Mata dia cantik sangat. Nampak macam pakai contact lens pun ada. Segan pulak aku nak tanya mata ori ke tak.hehe.

"Bagi saya nasi goreng kampung satu eh, pastu milo ais," dia terus beredar.

"Ko ni pantang nampak awek cun kan? mula la buat-buat pitam la ape la...haha" Mirul terus gelakkan aku. Mentang-mentangla dah ada awek.Ala macam la awek dia cun sangat.

Lebih kurang 15 minit, makanan yang kitorang order sampai jugak. Terus makan dengan berselera. Apatah lagi awek cun yang tolong bawakkan.huhu. Tiba-tiba aku baru perasan takde bekas tisu kat atas meja tu. Aku pun panggil la awek tu mintak tisu. Time dia datang bawak tisu tu tiba-tiba aku dapat satu idea.

"saya taknak tisu ni"

"Habis tu nak tisu macamana?" dia mula rasa pelik.

"Saya nak tisu ada no fon awak," entah mana datangnya keberanian aku nak mintak no fon dia. sekali dia bini orang, mampus aku kena tibai.

Dia senyum je. Dia masuk balik ke dalam dan keluar dengan sehelai tisu dihulurkan padaku. aku terus tengok apa yang dia tulis. Tapi yang hairannya ada satu je nombor '0'.

"takkan 0 je?"

"Kalau nak lagi 9 nombor, kenala datang sini lagi." Dia jawab sambil tersenyum dan berlalu. Terkena balik aku rupanya. Tapi aku akan sahut cabarannya. tengok la nanti.. hee

Bersambung kot...hehe

Sari Yanti - Sekadar gambar hiasan
~keunggulan cinta, dari sinar mata~

2 comments:

Sis Aya said...

hahaha... cayo0k3!!.. dtg lg 9x ok..

NMH said...

tiba2 terminat nak bace all episode..err