Sunday, October 30, 2011

Jom Kepoh Tengok Bola

Semalam aku pergi ke Jom Heboh yang diadakan kat Kota Bharu. Mula-mula aku malas nak pegi, tapi lepas diperdaya oleh Mije, aku turutkan jua. Ada Fasha Sandha pakai tudung katanya. Aku pun meredah la lautan manusia untuk sampai ke Stadium Sultan Muhammad ke 4 tu... gile jam..naik lenguh kaki aku pasal aku bawak keta manual je, takde duit nak beli keta auto.haha. 

Bila sampai je sana, aku tengok kemain lagi ramainya orang. Dari baby sampai ke golongan makcik-makcik pun ade. Golongan awek-awek tak payah citela, bersepah. Yang pakai tudung labuh sampaila yang rambut percuma (free hair) sume ade. Tidak ketinggalan golongan brader-brader rempit yang datang jalan-jalan, sengih-sengih pun ade. Pendek kata semua orang datang jom heboh ni sampai aku nak berjalan dh rasa macam orang tawaf je, punyala berhimpit-himpit. Nasib baik aku tak bawak anak aku sekali, (eh bilamasa aku kawin? hahaha).


Secara keseluruhannya, aku rasa takde ape yang best pon kat sini. Ada gerai jualan je yang banyak. Lupa nak cerita, aku pun tanyala mije mana Fasha Sandha? sekali yang aku  nampak Azza ngan Watie Elite. WTH? aku nak tengok Fasha pakai tudung woi...Tapi yang paling tak sangka jumpa Zakiah Anas kat booth buletin utama. Cun jugak dia pakai tudung ni. Kalau pakai selalu kan bagus?

Sebelah petangnya Akim dengan Tomok buat show kat Hotlink punya stage. Tapi tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Apara dorang nyanyi sampai ujan plak.. malu woi..haha.. Dah puas pusing-pusing sampai lenguh kaki, aku pun berangkat pulang. Takkan nak tido kat situ pulak. Lagipun malam ni ade Final Piala Malaysia. mestila aku nak tengok Penyu menangis...hehe

Malamnya aku ready depan TV... tengok penyokong agak ramai, tapi takdela ramai macam penyokong kelantan rasanya. permainan seimbang, sama hebat la katanya Zainal Abidin Rawop. Bila Ashari dah gol sebijik, aku mula rasa panas ati. Apo kono ni jang.. jangan kasik aku punya sokongan rugi camtu je.. Gol Kunanlan buat aku lega sket. Bukan sharbinee yang salah, padang yang buruk sebenarnya.haha. Dan sekali lagi Hai-O jadi hero apabila gol dia yang cun tu masuk minit 87 dan mengesahkan kemenangan team nogori. Puas hati aku.. aritu sedap je dok mengata team aku ye. Rasa nak nyanyi lagu wings- hukum karma je...hahaha

Cite dah habis, tunggu next season la plak camne... Cukuplah dapat 1 piala sorang tahun ni.. eh kelantan dapat 2 piala rupanya...hee :)

Peace Yo!


~ Kadang-kadang gua rasa kecewa itu perlu ~

2 comments:

Cik Ila said...

ish3...ke lain pulak ceritanya yek...haha

Azwan Aziz said...

@cik ila : ni entry cerita 2 in 1...hehe