Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Monday, March 28, 2011

Hatiku Terasa Sayu

Disaat aku terasa amat tertekan dengan kerja aku sekarang, aku cuba berjalan-jalan di sekitar bandar. Aku berjalan tanpa arah tuju, mengikut hayunan kaki kemana saja ia ingin melangkah. Sesekali aku terasa ada yang memerhati, ada yang memandang hairan. Mungkin hanya aku yang perasan. Jiwa masih kosong, otak masih serabut. Seribu kemungkinan aku fikirkan. Sejuta kenangan pula menerpa benak fikiran.

Sampai suatu saat, langkahku terhenti. Aku perhatikan sepasang suami-isteri keluar dari sebuah kedai. Si isteri sedang mendukung seorang bayi yang pada pendapatku mungkin berusia 5-7 bulan. Sungguh comel bayi itu. Mereka tiba di sebuah motosikal lalu si suami menghidupkan enjin motosikal. Si isteri terus naik ke atas motosikal. bayi itu rupanya sedang tidur. Lena sungguh dia. Tapi seketika kemudian dia mula rasa tidak selasa bila motosikal bergerak. Hatiku tiba-tiba terasa sayu....

Aku ada kerja. Dengan kerja aku sekarang, aku mampu mempunyai sebuah kereta sederhana. Aku juga mampu untuk makan dan membeli pakaian sederhana. Tiba-tiba aku terbayang kemungkinan aku juga punyai anak suatu hari nanti. Anak aku boleh tidur selesa dalam kereta yang berhawa dingin. anak aku tak akan terganggu dengan bunyi bising enjin motosikal. Tapi kenapa aku masih mengeluh? kenapa aku masih tidak menghargai segala nikmat yang telah aku perolehi selama ni? Aku terasa mata mula berkaca. Aku meneruskan semula langkah, tapi kali ini dengan suatu matlamat untuk berubah...

Anak Buah aku yang sangat nakal...


Maafkan aku Ya Allah kerana menjadi insan yang tidak bersyukur....

Tuesday, March 22, 2011

Dari Jauh

Tiada malam lena tidurku
hanya igauan mimpi yang pilu
kerna setiap kali ku pejamkan mata
ku hanya terlihat dirimu

mengapa aku masih menanti
harapan yang kian tidak pasti
walau ku sedar hakikatnya
kau takkan kembali di sisi

walau kau tidak perlukanku
aku tetap mendoakan kebahagianmu
tapi hanya satu yang ku pinta
izinkanku menyintaimu dari jauh

walau aku pernah menyatakan
yang ku telah lepaskan segala
hakikatnya hati kecilku masih menyinta
aku simpan saja perasaanku
menahan derita dalam rindu




empty...

Wednesday, March 16, 2011

Gadis Bertudung Merah

Hari ni 10 Mac, maknanya last day untuk bayar saman sebelum kena blacklist. Nak tak nak terpaksa jugak aku ke pejabat pos untuk bayar saman yang dah menimbun macam koleksi ni. 8 saman untuk speedtrap je. Tension aku dibuatnya. Kadang-kadang rasa macam nak gi keje naik basikal je. Kalau duit saman ni dikumpul-kumpul, dah boleh buat hantaran kahwin.

Sampai je kat pejabat pos, seperti yang aku dah agak.Mesti penuh dengan manusia. Kalau setakat nak beli setem 50sen, baik datang esok jela. Kebanyakan yang datang lelaki. Mungkinkah hanya lelaki yang banyak kena saman ataupun abang polis tak sampai hati nak saman golongan awek-awek cun?huhu. Kadang-kadang aku rasa nak sepak orang je kalau dengar cerita polis tak saman awek yang menggoda sikit. Tapi kalau jumpa sarjan misai, aku rasa semua kena saman je tanpa banyak cerita.haha.

Berbalik pada keadaan di pejabat pos, aku masuk jugak walaupun nampak keadaan macam kena menunggu lama je. Kalau bayar esok kang tak dapat diskaun pulak. mau aku jual kereta aku tu untuk bayar saman je.haha. Dalam keadaan yang serba tak kena ( sebab tempat duduk semua dah penuh) aku terpandang sesuatu yang membuatkan aku terpana seketika. seorang GADIS BERTUDUNG MERAH. Nampak gaya macam dia datang sorang je. Ada jugak golongan awek yang datang bayar saman ye. Tapi mungkin jugak dia datang nak beli setem ataupun sekadar menghantar sepucuk surat mintak keje.hehe. Aku terus memerhatikannya. Dia kelihatan tenang. Namun sesekali dia melihat jam ditangan. Mungkin dia dah terlambat nak pergi keje. Aku rileks je sebab dah ambik cuti half day semata-mata nak bayar saman punya pasal.Tiba-tiba akak yang duduk sebelah dia bangun setelah nombor gilirannya dipanggil. Peluang baik ni.

Tanpa memikirkan 8 saman yang bakal dibayar, aku segera duduk sebelah dia. mintak-mintak la nombor dia lambat lagi.

"Datang bayar saman ke?" aku cuba-cuba untuk memulakan perbualan.

Dia nampak agak terkejut. Mesti dia tak sangka lelaki macho macam aku akan tegur dia. (gila perasan..haha).

"Eh taklah, saya datang nak hantar surat guna pos laju. Pelik jugak sebab ramai sangat orang hari ni," lembut je jawapan. Lega sikit aku bila dengar suara dia.

"Sebab hari ni last day untuk dapat diskaun bayar saman, jadi ramai la yang datang termasuk saya.hee" dia tergelak kecil.kiut pulak aku tengok.

"Mesti awak ni suka drive laju kan?"

"Eh taklah, saya drive slow je.Tapi kereta saya yang laju sendiri. maklum la gear auto kan." Dia tergelak lagi. Aku tengok ade sorang brader macam tak puas ati je tengok kemesraan kami. Ade aku kesah? haha

"awak ni kelakar la, banyak ke kena saman?"

"adalah dalam 8. sayang jugak duit nak bayar saman ni. awak tak keje ke arini?" aku mula masuk mood soal selidik.

"banyak jugak tu. saya keje, tapi dah bagitau bos masuk lambat sikit. awak keje ke?"

" saya dah ambik cuti half day semata-mata nak bayar saman.hehe." tiba-tiba je dia bangun.

"Nombor saya tu. saya pergi dulu ye," dia berlalu sambil tersenyum. alamak nama pun tak sempat nak tanya.

lepas je selesai urusannya, dia pun berlalu sambil tersenyum lagi. begitulah cerita saman dan pertemuan aku dengan gadis bertudung merah..hehe







cerita ni hanyalah khayalan semata-mata...hehe

Sunday, March 6, 2011

Awak yang langgar saya dulu!

Aduh, bila masa la pulak pompuan ni kuar? tiba-tiba je muncul kat depan, kan dah kena langgar.

"cik takde pape ke?" kesian jugak aku tengok awek yang baru je aku langgar ni. Dia jatuh dari motornya. Nampak macam ade luka je kat siku dia tu.

"Saya takde pape, sedap je rasa kena langgar ni, rasa macam nak," ada nada perli disitu.Terasa pulak aku jadinya.

"Awak yang tiba-tiba keluar dari simpang tu, patutnya awak stop, tengok kiri kana dulu barula kuar," Panas hati jugak aku dengan awek ni, orang nak tolong dia buat kerek plak.

"Yela kalau awak tu tak bawak kereta macam ribut, dah tentu awak tak langgar saya," serentak dengan ayat last tu, dia bukak helmet. Terpaku aku seketika. Boleh tahan comel awek ni. Dengan tudung fesyen baru yang aku tak tahu ape-kenama-nya, dan mata bulat macam dalam anime jepun membuatkan aku kelu seketika.

"Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok perempuan ke? " Tiba-tiba aku disergah awek tersebut. Teringat pulak aku kepada lagu Kalau Berpacaran.haha

"Teruk luka awak tu, mari saya hantar awak ke hospital," aku cuba bersabar dengannya. Yela takkan aku nak lawan balik. Ni anak ketua kampung manala garang macam singa.

"Tak payahla, saya takde pape," Lalu dia cuba angkat motornya namun dia hampir terjatuh semula.Masa tu la aku jadi hero.Aku segera sambut motornya dengan dia sekali.Dia jeling semacam je.Eleh orang nak tolong pun marah.

"Meh la saya bawak gi hospital ke, klinik ke.Kena check betol-betol, takut ada tulang yang patah ke." Dia nampak macam berfikir sekejap.

"Habis tu motor saya ni macamana?"
"Tinggal jela kat kedai depan tu.Nanti saya panggil orang datang repair ek."

Masa aku bukakan pintu kereta untuknya, dia berhenti je depan pintu kereta tu. Macam ragu-ragu je nak masuk.Mungkin takut aku jual dia kot..haha..

"Kenapa awak tak masuk?"

"Boleh percaya ke awak ni?"

"Okla, kalau awak tak percaya saya, apakata awak je yang drive," aku tersenyum nakal. dia mencebik..

"Kan tangan saya sakit ni, mana boleh drive," Tau pun dia sakit.

"Kalau camtu, awak masuk, biar saya bawak gi hospital," aku dah tak mampu nak tahan gelak. tapi aku senyum-senyum je.Takut dia kecik ati pulak.haha

Akhirnya dia masuk jugak. Sepanjang jalan ke hospital, dia membisu, aku pun malas nak tanya banyak-banyak. Biarkan dia cool je dulu. Layan radio ERA pon ok jugak. sedap je suara deejay Fieya..huhu.

Bila dah sampai hospital, aku bawak dia jumpa doktor. Aku tunggu kat luar je. Sekali datang sorang nurse cakap kat aku

"Encik tak payah risau la, luka isteri encik tu sikit je," Isteri? haha macamana la dia boleh ingat awek tadi tu wife aku. Eh aku lupa nak tanya nama awek tu. Takpe lepas ni aku tanya.

Dalam 5minit lepas tu, dia pun keluar. Tangan dah berbalut.

"Doktor cakap ape?" Aku cuba masuk mood gentlemen.

"Doktor cakap luka sikit je, takde patah tulang," ringkas je dia jawab.

"Bagusla kalau camtu. Lega saya dengar," aku senyum padanya namun dia tak balas pun.aduh marah lagi ke?

Tiba-tiba dia blah camtu je. aku pun segera kejar dia.

"Awak nak pergi mana ni? Biar saya hantar awak balik la,"

"Eh tak payahla, saya boleh balik sendiri."

"la, saya yang buat awak luka ni, biar saya la yang hantar,"

"Tapi ayah saya garang, awak tak takut ke?" Erk! betul ke ayah dia garang? Mampos aku kena kejar dengan parang nanti...Tiba-tiba dia gelak.apasal pulak minah ni?

"Kelakar la awak ni, baru je cakap camtu dah takut. Ayah saya baik la," ciss aku diperkotak-katikkan rupanya. Tapi cute gile awek ni bila gelak tadi.hee

"Mana ada saya takut, saya berfikir je tadi," terpaksa aku kontrol hensem.

"yela tu.Awak ni tak kerja ke? kalau awak ada kerja, awak balikla.Saya boleh balik sendiri," lembut je suara dia. Mungkin dah tak sakit kot.

"Takde, saya cuti harini. Jom la saya hantar awak. tapi sebelum tu nak jugak saya tahu nama awak,"

"Elisya, awak?"

"Saya Izad..."

Bersambung ke...? hehe







Idea ni datang time aku kat traffic light pastu ada awek cun naik motor kat sbelah aku...hahaha