Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, August 30, 2012

Sebelum, Semasa dan Selepas Raya

Sebelum Raya
Macam biasa, dah jadi kewajipan sebelum nak raya kena puasa sebulan dibulan Ramadhan. Tapi dugaan Ramadhan aku tahun ni lain macam sikit. Mula-mula puasa aku tak rasa macam puasa. Pastu aircond kereta rosak pulak. Dah repair aircond, datang pulak surat saman speedtrap. Melayang lagi duit. Baju raya tak beli lagi ni oi! Dahla company tak bagi bonus macam orang keje gomen dapat.

Monday, August 27, 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu

Hidup dan kehidupan manusia sememangnya berbeza. Nasib manusia bermula ketika seseorang masih dalam kandungan ibunya. Pabila lahir ke dunia, nasibnya ditentukan oleh siapa yang membesarkannya. Bagaimana ia dicorakkan, begitulah jadinya.

Ada manusia yang dilahirkan dengan segala tuah nikmat dunia, punya segalanya. Ada pula manusia yang dilahirkan dengan serba kekurangan, kurang segalanya. Namun nasib manusia bukannya ditentukan dengan apa yang dimilikinya. Punya segalanya masih belum menjamin bahagia dan kurang segalanya juga tidak membuatkan sedih selamanya.

Friday, August 3, 2012

I will Survive

Bertemu dan berpisah, itu lumrah hidup. Usah dikenang yang telah pergi, usah ditangisi yang menyakiti. Jangan terpaku terlalu lama pada pintu yang sudah tertutup sedangkan masih banyak pintu yang terbuka luas terbentang. Jangan salahkan diri, sudah takdirnya begitu hidup kita. Hadapi dengan tabah, segala dugaan pasti ada ganjaran. Andai sudah tertulis dia bukan untukmu, maka sudah pasti ada seseorang yang lebih layak untuk memiliki hatimu. Bersabarlah wahai hati...


At first I was afraid 
I was petrified 
I kept thinking I could never live without you 
By my side