Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Tuesday, December 28, 2010

Pieces of my Memories: Main sorok-sorok pukul 3pagi!

Location: MJSC Kota Putra, Besut
Year: 2002

Tengok tajuk entri ni pun mesti korang cakap budak ni gila ke ape main sorok-sorok pukul 3pagi? Tapi itulah hakikatnya... gile nakal aku time skolah dulu..haha.. Buat yang tak tahu, main sorok-sorok tu macam main sembunyi-sembunyi..korang sembunyi pastu ada sorang yang kena mencari sampai jumpa..

Ceritanya bermula camni...

" weh malam Jumaat nanti aku ada plan baik punya, korang jangan balik umah pulak minggu ni ek" kata salah sorang sahabat aku yang aku dah lupa nama apa sebab aku lupa sapa yang bagi idea ni..haha

Malam Jumaat pun tiba

"Ok malam ni kita main sorok-sorok nak tak?" What the heck? aku memang cakap gila la budak ni.Dahla masa tu kitorang baru je sebulan lebih masuk sekolah ni.Karang senior atau pakgad nampak, tak ke jadi kes plak? Bak kata Cik Ila dalam blog beliau, jangan sorok, nanti tersorok.hehe. Tapi last-last semua setuju selepas diyakinkan oleh kawan aku tu.

"Macam ni, aku dah check jadual rondaan pakgad, last skali dia round, pukul 2.30, so lepas tu kita dah selamat nak main." pergh siap gi check jadual pakgad tu..ko ni memang leh jadi event manager..haha. Lokasi permainan bukan kat kawasan asrama, tapi kat bangunan sekolah. kat situ takde orang, jadi bebas la nak nyorok kat mana pun.


Tepat jam 3pagi kitorang mula membuka langkah. Agak seram jugakla aku rasa. masa tu rasanya ada dalam 10orang kot yang join.tapi setiap orang kena menyorok secara berpaangan la.Untuk keselamatan diri.huhu. Masa main tu memang best.Lupa plak sekarang ni awal pagi. Ade satu je pasangan yang tak jumpa, rupanya dia menyorok kat kawasan yang memang orang tak berani gi..kawasan dekat tangki air..kat situ terkenal dengan segala jenis cerita hantu.Last-last dia kuar sendiri sebab kitorang dah set masa. pukul 3.40 semua kena kuar dari pesembunyian.Kejadian yang paling menakutkan berlaku time kitorang nak balik ke hostel.Masa tu kitorang kena lalu ikut makmal kimia, tiba-tiba sorang member aku tanya, bayang ape tu, sebab dekat situ takde pokok, jadi xtau la mana datang bayang yang lebih kurang macam pokok tu.lalu kami berpandangan sesama sendiri dan terus cabut lari.Sampai bilik je, semua diam.Tak berani nak bercakap pasal "bayang tu".

Ni la kawasan sekolah aku


Keesokan harinya, disebabkan bosan, maka kitorang pun lepak kat pondok pakgad sambil buat-buat tanya pasal cite hantu kat sekolah. Dia pun cakap sebelum ni ada sorang pakgad penah jumpa Kak Linda (pembantu makmal kimia) pukul 1.30 pagi kat situ.lepas tu dia terus berenti keje. Naik meremang bulu roma aku dengar cite tu.kalau kak linda muncul malam tadi, memang tak cukup tanah la kitorang lari...haha


Moral of the story: Jangan langgar peraturan sekolah! haha

15 comments:

Kumbang Jingga said...

dulu time kecik pernah gak main sorok2 ni hehe

Azwan Aziz said...

time kecik2 mmg slalu main... tp dh besar2 ni nak main cara lg ekstrem plak...haha

Hasrol Nizam said...

gile ah korang.. extreme tu main sorok2..haha

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

ish3.gile nakal mamat nih dulu2.hahaha.pergh!pkol 3 pg men sorok2.nseb tak kena sorok jew kan..haish.=.=

Azwan Aziz said...

hasrol: zaman dok asrama memang suka buat benda2 pelik ni...hehe

cg mila:nakal sket2 je..huhu... mila penah dgr cite antu kopu x?

rose sensei said...

korg mmg world..pas ni, bley soh kawan awak tu tulis skrip cite seram plak ye..

Azwan Aziz said...

cikgurose: hehe world bdk skolah je.. kalau skrg dia ajak lagi, mmg xkan ikut dah...hehe

rose sensei said...

ni bukan hnatu kak Limah dh..tp hantu kak LInda....hahahaha

Azwan Aziz said...

cikgurose: hehe dah jd hantu kak linda plak.. dahla kak linda tu cun...hahaha

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

hehe.tak penah pon dgr cte antoo kt bgunan skola.kalu kt hostel ader r ckit2.tp kalu ada yg nak cter pon, awal2 lg dh cabut lariii.

Azwan Aziz said...

mila: ooo xtau la ni ek... byk gile cite antu kat kopu yg dah diturunkan dari bdk batch 1st lagi...huhu... penah dgr cite org main tenis xde kpala?haha

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

hahaha.tak penah pon..tp kitorang penah kna denda round2 gelanggang tenis kol bape entah masa tu.lwt gak ah.=.=

Azwan Aziz said...

ni mesti kes wat bising tgh2 malam kan? hehe

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

bukanlah.tp sbb prep ptg lam bilik.wuwuwu=.=

Azwan Aziz said...

saya dl kena jemur tgh panas sebab tido dlm bilik time prep ptg.. next chapter punya story la...hehe