Thursday, December 30, 2010

Antara Bola, Kopitiam dan Awek...


Sebelum memulakan apa-apa cite, aku nak ucapkan tahniah pada Team Malaysia yang berjaya menundukkan keangkuhan pasukan Indon yang banyak mengutuk Malaysia dan bagi alasan-alasan yang gile tak logik + kelakar gile..haha...

Seperti biasa, kalau ade game bola yang best camni aku akan ke kopitiam milik sepupu aku bersama sepupu aku yang lain. (apekejadahnya ayat ni?haha) untuk merasai suasana sorakan beramai-ramai sebab kopitiam sepupu aku ni dah terkenal sebagai port tengok bola sacara live. Macam biasa jugak, aku akan order air nescafe beng @ nescafe ais bagi menghilangkan dahaga kalau dah bersorak macam orang sawan nanti.haha. 

Dalam 10 minit game start, tiba-tiba sekumpulan awek-awek bakal nurse dari satu kolej swasta yang cun-melecun masuk ke kopitiam dan mengganggu tumpuan aku dan sepupu-sepupu aku yang tengah syok layan bola.Masing-masing bawak laptop.nak online free la tu sebab kat sini ade wifi. mereka ni sebenarnya tinggal kat atas bangunan ni je sebab kolej diorang bagi hostel kat diorang kat atas umah kedai ni.maka diorang pun memang selalu la lepak sini.Aku ingtkan diorang datang nak online je, rupanya layan bola jugak.sesekali terdengar jeritan nyaring dari kumpulan mereka yang sekali lagi mengganggu tumpuan aku dan sepupu-sepapat aku.Ada yang menjerit malu-malu dan ada yang menjerit mengalahkan jeritan bapak beruang.haha.

Keseluruhan game malam ni memang menarik.(kalau menang je mesti menarik..haha). Bagi aku MVP patut bagi kat Khairul Fahmi yang beraksi sangat cemerlang bukannya kat Firman (sepak penalti pun tak masuk). Safee pun dah tunjukkan dia dapat buat gol solo..(laju gile dia sepak, kalo kena muka goalkeeper, mau koma seminggu).

lepas abis game yang menyaksikan Malaysia menang agregat 4-2 walaupun kalah game malam ni, salah sorang sepupu aku suruh aku gi tackle sorang awek tu, tapi aku kena pikir 18kali sebabnya kalo dia suruh blanje dia dan kawan-kawan dia skali, tak ke kopak aku dibuatnya? haha...

Menang Bergaya!!!


Azwan: nak cari awek pun biarlah bertempat, salah ngorat, dapat penyepak!...haha


x

4 comments:

cg_mila said...

like khairul fahmi.hek3;D

Azwan Aziz said...

Ore kelate tu...hehe

bungakuning . said...

tengok bola ke tengok awek . hihi

Azwan Aziz said...

Tengok bola...hehe