Protected by Copyscape Online Plagiarism Checker

Thursday, December 23, 2010

J-Drama Review: Operation Love

Hari ni aku nak buat review pasal drama Jepun pulak sebab aku memang minat gile tengok drama-drama jepun ni sebab jalan ceritanya yang best dan aku suka tengok budaya Jepun.Ok, drama yang aku nak review hari ni bertajuk Operation Love @Proposal Daisakusen.



Drama ni sebenarnya dah lama diterbitkan iaitu tahun 2007 lagi, cuma aku nak review sebab ni antara drama Jepun feveret aku (sebab aku merasa apa yang dirasakan oleh hero dalam cite nih...haha). Ceritanya bermula dengan majlis perkahwinan heroin Yoshida Rei (Nagasawa masami) dimana watak Hero Iwase ken (Yamashita Tomohisa) turut berada disitu.Sebenarnya dorang ni saling mencintai, namun Ken ni tidak pernah konfiden untuk meluahkan perasaannya sehinggala Rei memilih untuk berkahwin dengan cikgunya sendiri. Namun pada majlis perkahwinan tu, salah sorang kawan mereka, Mikio Enokido (Yuta hiraoka) telah buat 1 slideshow gambar-gambar diorang sejak zaman sekolah dulu lagi.
Pada masa tu, Ken mula menyedari yang dia sebenarnya sangatlah mencintai Rei.Dalam dia telah menyesal tu tiba-tiba dewan tu senyap dan semua orang kaku kecuali Ken sorang je.Pastu muncul sorang pakcik fairy yang menawarkan peluang pada Ken untuk balik semula ke zaman dalam gambar yang tengah ditayangkan tu.Ken pun setuju dengan tawaran pakcik fairy tu dan balik semula ke zaman dulu.Malangnya dia masih tak berpeluang nak luahkan perasaannya sampailah ke slide gambar yang terakhir...



Kalau nak tau macamana ending drama ni, korang kenala tengok sendiri..hehe..Jangan bimbang, cite ni memang best, happy ending. bagi aku, yang menarik tentang cite ni, dia punya sound effect..boleh buat aku terasa macam aku kat dalam drama tu je.

*Drama ni ade satu movie special edition yang conclude semua persoalan dalam drama ni.

*Alangkah best kalau aku pun dapat tawaran balik ke zaman dulu...hee

No comments: